Saturday, June 5, 2010

KENYATAAN BARISAN ULAMA SELURUH DUNIA MENGENAI PERISTIWA YANG BERLAKU KE ATAS FLOTILLA MAVI MARMARA


Kenyataan barisan ulama seluruh dunia mengenai serangan zionis ke atas kapal yang membawa misi kemanusiaan ke GAZA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Penolong orang- orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang- orang yang angkuh dan ganas.
Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Saidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat- sahabatnya.

Sesungguhnya barisan ulama yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando- komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza. Para ulama beserta majoriti umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan keciwa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lain tercedera.

Barisan ulama juga mengikuti dengan penuh kagum dan hormat di atas keberanian, keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta konvoi serta kesediaan mereka untuk menghadapi sebarang tindakan jahat pihak zionis. Tidak lupa setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas para syuhada dan mereka yang cedera, yang darah mereka mengalir demi mempertahankan orang- orang yang dizalimi dan terkepung di Gaza. Juga kepada tawanan yang terus bertekad untuk membantu orang yang tertindas sekalipun diugut dengan berbagai-bagai ancaman oleh pihak zionis.

Justeru, barisan ulama menyeru seluruh umat Arab, Islam dan dunia seluruhnya agar segera bertindak untuk membebaskan tawanan secepat mungkin. Dengan ini barisan ulama mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada seluruh umat sama ada rakyat atau kerajaan agar memainkan peranan masing-masing demi keselamatan para tawanan yang berada di bawah kepungan zionis, melindungi hak saudara kita di Palestin, menolong para mujahidin di bumi yang diberkati.

Serangan jahat yang dilakukan oleh zionis yang menyebabkan berlaku kematian, luka parah dan tertawannya peserta konvoi yang tidak berdosa dan tidak bersenjata yang berada di dalam kapal kebebasan yang menggabungkan peserta yang terdiri dari lebih daripada 40 buah negara di waktu fajar hari Isnin 18 Jamadil-Akhir 1431 bersamaan 31 May 2010 memberi gambaran bahawa zionis berada dalam keadaan selamat daripada tentangan negara Islam, kutukan Amerika dan bantahan antara bangsa terhadap keganasan dan kekejaman mereka.

Maka kami menyeru semua ilmuan umat, pertubuhan-pertubuh an, institusi-institusi , rakyat yang beragama Islam yang berbangsa Arab dan bukan Arab, bangsa-bangsa yang merdeka di seluruh dunia agar bangkit dan bergerak menentang kumpulan zionis yang jahat dan keji ini. Sesungguhnya dengan ini kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

Pertama : Sesungguhnya telah menjadi suatu hakikat, suatu realiti yang terang nyata bahawa Bani Israel adalah golongan yang suka menumpahkan darah, membunuh manusia yang tidak berdosa sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya) , sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Al-Baqarah: 87)

Mereka tidak pernah bertanggungjawab dan berpegang kepada janji dengan orang yang beriman. Mereka tidak berintima’ kepada agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. sama ada secara dekat atau jauh. Dan Nabi Allah Musa tiada kaitan dengan mereka. Mereka adalah golongan terbuang, lanun-lanun di zaman moden dan tali barut zionis antara bangsa. Semua agama tiada kena mengena dengan mereka termasuk agama Nabi Musa a.s.

Kedua :
Kami menyeru kerajan Arab dan Islam agar menukar sikap mereka yang negatif sehingga menampakkan lebih dekat kepada bekerjasama dengan zionis dalam serangan mereka yang berulang- ulang. Kami menyeru agar segera diadakan persidangan tergempar yang menggariskan langkah-langkah yang wajib diambil dan dilaksanakan, sama ada dari segi politik, ekonomi, media dan ketenteraan demi menyekat kebiadapan musuh zionis dari terus sombong dengan tindakan ganasnya.

Perkara pertama yang wajib dilakukan ialah hentikan usaha rundingan damai sepenuhnya. Hentikan sebarang bentuk rundingan baik secara terang atau senyap dengan mereka. Gunakan segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada umat Arab dan Islam, suburkan hubungan dengan semua negara di dunia bagi mewujudkan tekanan yang mengesankan ke atas rejim zionis yang telah merampas Palestin dengan cara haram dan tidak sah. Langkah ini wajib diambil demi membebaskan al-Aqsa dan Palestin, menyokong perjuangan yang diterajui oleh rakyat Palestin baik secara material, moral dan media, mengukuhkan kekuatan mereka, memudahkan hubungan rasmi dan sya’bi dengan mereka.

Kami juga menyeru kerajaan Mesir dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain semuanya agar membuka sempadan Rafah dan meruntuhkan tembok kepungan ini. Mengapa kita harus menghormati perjanjian dan undang-undang antara- bangsa dengan Zionis sedangkan mereka tidak pernah mengambil peduli terhadap sebarang nilai akhlak, moral, uruf dan perjanjian antara-bangsa?

Ketiga : Kami menyeru rakyat Palestin agar segera berdamai dan bersatu. Lupakan perbezaan pandangan politik kepartian. Bersatu di atas landasan perjuangan menentang seteru yang sebenar. Kami menyeru pihak berkuasa Palestin agar berhenti sepenuhnya dari memburu mujahidin. Isytiharkan dengan segera pemberhentian rundingan damai secara total dengan musuh. Tiada lagi sebarang usaha ke arahnya baik secara langsung atau tidak langsung.
Batalkan sebarang pertemuan dengan pemimpin rejim penjajah zionis. Sesungguhnya pertemuan itu tidak sejajar dengan perinsip akhlak dan undang-undang kerana mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman.

Keempat : Kami menyanjung tinggi dan memohon keberkatan di atas usaha murni yang dilakukan oleh rakyat Turki, pertubuhan-pertubuhan serta kerajaannya. Kami mengakui bahawa pengorbanan paling besar adalah datangnya daripada rakyat Turki.
Kami menyeru umat Islam dan semua umat yang merdeka di seluruh dunia agar menghargai dan menjejaki peranan kemanusiaan Turki yang berani.

Kelima : Kami menyeru seluruh pertubuhan dan institusi hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara Arab, negara Islam dan semua negara di dunia supaya bergerak dan menggerakkan seluruh rakyat dengan kadar segera untuk menentang jenayah zionis di semua peringkat dan semua lapangan, dengan menggunakan undang-undang bagi mengenakan tindakan yang tegas ke atas penjenayah perang yang telah menyerang secara terang-terangan.
Mereka mesti didakwa di hadapan semua mahkamah di Eropah dan di peringkat antara-bangsa. Semua pemimpin mereka mesti diheret dan dibicarakan. Tiada seorang pun dari kalangan mereka yang boleh dilepaskan atau diberi keampunan.

Keenam :
Kami menyeru media massa Arab dan Islam agar memberi sepenuh keutamaan dalam mendedahkan kejahatan rejim Zionis yang merampas bumi Palestin serta keganasan- keganasan yang mereka lakukan. Dedahkan segala usaha mereka memalsukan dokumen rasmi kedutaan beberapa buah negara. Dedahkan identiti mereka dan usir mereka dari semua negara, dedahkan keadaan genting yang dialami oleh penduduk Gaza dan semua kawasan yang terletak di bawah jajahan mereka di Palestin dan akhir sekali penyembelihan konvoi keamanan Mavi Marmara.

Ketujuh : Berhadapan dengan ancaman musuh zionis ini, semua bangsa yang merdeka di seluruh dunia, bukan hanya penduduk Gaza sahaja, wajib menghidupkan ruh keimanan dan membangkitkan semangat juang menentang kezaliman serta menolak sebarang usaha rundingan damai dengan zionis. Jihad adalah satu-satunya jalan untuk menggerunkan penjajah itu dan membebaskan masjid al-Aqsa dan Palestin.

Oleh kerana ulama dan para ilmuan merupakan minda yang sedar di kalangan ummah, hati yang sentiasa berdenyut dengan keinsafan, lidah yang mampu menuturkan kebenaran, melakarkan cita-cita dan harapan; mereka adalah ibarat kepala kepada badan ummah, jantung yang menentukan kesihatan perjalanannya, maka kami menyeru para ulama dan ilmuan agar memainkan peranan memegang teraju utama dalam menyatakan kebenaran dan mendedahkan hakikat zionis yang sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang.

Ulama dan para ilmuan mesti memainkan peranan menjelaskan kepada ummah apa yang mereka perlu sediakan untuk menghadapi zionis durjana ini, membebaskan tawanan-tawanan dan masjid al-Aqsa, membela mereka yang terluka, cedera dan terbunuh serta mengembalikan kemuliaan ummah seluruhnya. Allahu Akbar! Kemenangan untuk Islam dan muslimin!

Ditandatangani oleh:
Dr. Sofwat Hijazi – Mesir,
Dr. Muhammad Musa asy-Syarif – Saudi,
Dr. Solah Sultan – Mesir,
Syeikh Salim asy-Syeikhi – Libya,
Syeikh Muhammad al-Amin – Bahrain,
Syeikh Majd Makki – Syria,
Syeikh Akram Kassab – Mesir,
Dr. Hamdy Arsalan – Turki,
Dr. Khalid Hanafy – Mesir,
Dr. Muwaffaq Kadasah – Saudi,
Dr. Sa’eid al-Ghamidy – Saudi,
Dr. Abdul Ghani at-Tamimy – Palestin,
al-Qadhi Muhammad Tais al-Jamily – Qatar,
Dr. Saleh Sowwab – Yaman,
Syeikh Hasan Qatarji – Lubnan,
Dr. Muhyiddin Ghazi – India,
Syeikh Muhammad al-Hasan bin ad-Dadu – Mauritania,
Syeikh Wasfy ‘Asyur Abu Zaid – Mesir,
Dr. Ahmad Abu Bakar Jumi – Nigeria,
Dr. Abdul Hayyi Yusuf – Sudan,
Dr. Abdul Wahhab ad-Dailamy – Yaman,
Dr. Umar Abdul Aziz – Mesir,
Syeikh Khalid Saifullah ar-Rahmany – India,
Syeikh Amin al-Uthmany – India,
Dr. Muhammad Abdul Maqsud – Mesir,
Dr. Abdul Sattar Fathullah Sa’eid – Mesir,
Dr. Yahya Ismail – Mesir
, Dr. Ali as-Solaby – Libya,
Dr.Ahmad ar-Risuni – Maghribi, dan ramai lagi…
(sebenarnya terdapat 108 nama, rasa cukup dimasukkan sebahagian saja)

*dipetik dari blog Kembara Sufi

Sunday, May 30, 2010

Kasut Crocs tiruan hina nama ALLAH

“Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.

Kalau entri di isuhangat semalam berkaitan kucing ada kalimah Allah, oklah. Ini benda ciptaan manusia yang kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam

Ini adalah logo crocs yang ori..



Ini pula logo crocs yang dimaksudkan

kasut crocs

Sebarkan kepada rakan-rakan .

http://epondok.wordpress.com/2010/05/27/kasut-crocs-tiruan-hina-nama-allah/

That's ALLAH


Have you ever been down and out
and nobody seems to be around for
you to talk to.....
THAT'S ALLAH...
He wants you to talk to Him.

Have you ever been just sitting there
and all of sudden you feel like doing
nice for someone
you care for.....
THAT'S ALLAH....
He talks to you

Have you ever been thinking about
somebody that you haven't seen
in a long time and then next think
you know you see them or receive
a phone call from them....

THAT'S ALLAH....
There is no such thing as
"Coincidence"

Have you ever received something
wonderful, that you didn't even ask for..
THAT'S ALLAH...
He knows the desires of your heart.

Have you ever been in situation
and you had no clue how it is
going to get better,
but now you look back on it..
THAT'S ALLAH..
He passes us through tribulation
to see a brighter day.

In all that we do, we should totally realize that ALLAH is always there,
give Allah thanks and our prayers,
blessings will continue to multiply...

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Thursday, April 29, 2010

Buat hati kita yang sering terlupa


Perjalanan kehidupan yang memerihkan membuatkn kita seringkali lupa. Dalam kekalutan dunia sekarang,masing2 sibuk mengejar harta,pangkat,nama,kereta,banglo dan segala kenikmatan yang ada. Berlumba-lumbalah dalam kemewahan hingga terlupa segalanya. Semakin hari kita semakin melupai ALLAH Ta'ala..semakin banyak melakukan dosa...semakin jauh dan jauh dari ALLAH Ta'ala..nauzubillah minzalik.

Sesungguhnya beringatlah bahawa ISLAM yang kita anuti bukan sekadar agama sahaja,bukan sekadar solat yang kita lakukan 5 kali sehari,dan bukan hanya setakat cukup dengan puasa,zakat dan haji. Tetapi ISLAM adalah cara hidup kita yang sebenar. ISLAM merangkumi segala2nya termasuklah cara berpakaian,bertutur,belajar,bekerja,bersosial,berakhlak dan sebagainya...semuanya telah ALLAH gariskan buat kita. Sepatutnya kita berbangga kerana berada dalam agama yang benar...nikmat yang tidak ternilai harganya iaitu nikmat berada di dalam ISLAM dan iman. Namun sebaliknya sayang sekali...kitalah yang merendah2kannya,kita malu dengan agama ISLAM. Malu apabila orang lain melihat kita cuba membawa identiti ISLAM. Malah kita tidak segan silu pula mengikut budaya2 barat yang membawa kita jauh dari kehidupan ISLAM yang sebenar. Kita semakin lalai dengan kehidupan fana' yang mengasyikkan hingga terlupa ALLAH Ta'ala itu ada dan melihat setiap perbuatan kita.

Tidak patut bagi kita mengambil hanya sebahagian ISLAM dan meninggalkan sebahagian yang lain. Umpamanya sebuah rumah yang dibina hanya mempunyai dinding dan tiang sahaja. Pastinya pelik dan tidak selesa berada di rumah tanpa atap bukan?Begitulah juga kehidupan kita takkan sempurna tanpa Islam. Tapi sejauh manakah kita telah mengamalkan ISLAM dalam kehidupan?Adakalanya kita tahu bahawa ALLAH itu ada tapi kita tetap sombong pada-NYA. Kita kufur pada nikmat yang melimpah ruah hingga lupa mengucap syukur pada Pemberi Nikmat. Kita tahu adanya dosa dan pahala...dan kita juga tahu adanya syurga dan neraka....tetapi kita tidak peduli akan semua itu,kita melanggar semua perintah ALLAH Yang Maha Kuasa. Renungkan kembali layakkah kita digelar Muslim?Apalah ertinya kemewahan dan kenikmatan hidup andai diri tidak dipandangan ALLAH Ta'ala.

Renungilah sebuah hadits Qudsi, dimana Rasulullah SAW ada bersabda:
ALLAH SWT berfirman, "Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu. Jika dia ingat kepadaKu dalam hatinya, Aku pun akan mengingatinya dalam hatiKu. Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khayalak ramai yang lebih baik. Dan jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku pun akan mendekatinya sehasta. Dan jika dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika dia datang kepadaKu berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari." (HQR Syaikhani dan Tidmidzi dari Abu Hurairah R.A.)


Begitulah besarnya kasih sayang ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada kita setiap hamba ciptaan-NYA. Andai terasa diri sudah jauh tersasar...marilah kita kembali kepada ISLAM yang sebenar.Kembalilah hati untuk sentiasa berzikir mengingati ALLAH Ta'ala. Kembalilah diri pada ALLAH Ta'ala yang tidak pernah jemu mendengar rintihan setiap hamba-NYA. Ingatlah sebesar2 kemurkaan ALLAH itu...lebih besar lagi kasih sayang-NYA.


**********************************************************************************
Rabbi...kemana lagi kah akan kami hadapkan muka ini jika ENGKAU tidak mengampunkan kami..maka dengan itu ampunkanlah segala keterlanjuran dan dosa maksiat yang telah kami lakukan YA ALLAH..kami sedar dan insaf atas setiap kelalaian kami...jadikan lah kami hamba-MU yang sebenar2 hamba.. perkenankanlah kami mencintai-MU dengan sebenar2 cinta..dan jadikanlah matlamat hidup kami hanyalah untuk-MU....

Ya ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM..dgn Rahmat-MU yg luas,perkenankanlah rintihan hati kami ini kerana hanya pada-MU tempat kami merintih dan mengadu..aminn Ya Rabbal 'alameenn..

Sunday, April 11, 2010

Yang Dicari Selama Ini

Dunia ini umpama perjalanan seorang musafir kelana menuju satu destinasi yang pasti. Laluannya cuma satu arah iaitu menuju pada ALLAH SWT. Dia lah yang menciptakan kita dan kepadaNya lah kita kembali. Di situlah asal kita dan di situ juga kita kembali. Mahu atau tidak itulah hakikat kehidupan kita sebagai hamba. Kematian yang akan menjemput kita menemui ALLAH SWT sama ada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya..kita sendiri lah yang menentukan.

Ada juga manusia yang masih tidak sedar bahawa sebenarnya kewujudan di dunia ini hanyalah untuk menuju mati. HAti sering tertanya2 kenapa aku wujud di dunia ini jika suatu masa kematian tetap akan terjadi? dan kenapa perlunya kematian? Tiada salahnya jika hati bertanya kerana itulah fitrah yang telah Sang Pencipta titipkan di dalam diri setiap insan. Fitrah untuk kembali pada asal. Lihatlah alam di sekeliling kita, renunglah sedalam-dalam nya ke dalam diri...carilah bukti interaksi antara kita dan Sang Pencipta. Sesudah itu akan terbit rasa rindu yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Di akhirnya kita pasti sedar bahawa selama ini hanya Si DIA lah yang kita cari.

Dalam Risalah Mahabbah oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis, beliau mengatakan; Ramai manusia mencari apa yang belum pasti, sedangkan dia menuju apa yang pasti. Manusia yang bijak adalah, dia hanya mencari dan menuju apa yang pasti. ALLAH s.w.t.-lah yang pasti lagi hakiki. Tangisanmu biar terarah kepada mencariNya, agar jiwamu puas hanya dengan merinduiNya.

Umpama seseorang yang merindui sang kekasih, hati yang sentiasa merindui ALLAH pasti akan berusaha mendapatkan Cinta dan RedhaNYA. Bahagialah insan yang menemui ALLAH dalam bersama redha ALLAH dan rugilah bagi mereka yang berakhir dengan kemurkaan NYA. Moga Allah s.w.t. membimbing kita dan membawa kita kepada pembimbing yang boleh membawa kita kepadaNYa.

Allahummar zuqni hubbak wa hubb man yuhibbuk wal 'amalallazi yuballighuni hubbak...aminn Ya Rabb...


Lahaula wala quwwata illa billahil 'adzim.

Friday, April 9, 2010

Fenomena Sungai dalam laut?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pada bulan Mac yang lepas, saya telah menerima sebuah emel mengenai fenomena yang sungguh menakjubkan iaitu Sungai Dalam LAut. Subhanallah..begitu hebat sekali kekuasaan ALLAH SWT. Pernahkah terfikir di akal kita akan fenomena yang sungguh mengagumkan seperti ini? Dan ternyata segala kejadian ini telah dibuktikan di dalam Al Quranul Karim. Ternyata ALLAH SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa dan hanya Dialah yang berhak disembah.

Alhamdulillah..di saat-saat menularnya berbagai fahaman songsang yang membuatkan manusia semakin hilang percaya pada kekuasaan Tuhan,di saat manusia menjadikan segala kenikmatan dunia sebagai berhala di hati mereka, Allah SWT memperlihatkan kita sekali lagi dengan sesuatu yang sungguh luarbiasa sebagai petunjuk bagi insan-insan yang semakin dibuai arus duniawi. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberi peluang pada kita melihat keagunganNYA ini dan mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa menyedari bahawa kita manusia hanyalah seorang hamba yang lemah. Kembalilah pada Sang Pencipta kerana hanya padaNya tempat kita berharap dan memohon pertolongan. Semoga dengan penemuan seumpama ini lebih ramai insan yang kembali kepada agama fitrah iaitu Islam dengan sebenar-benarnya dan bukan hanya pada nama sahaja.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
Surah Ali Imran.

Berikut adalah petikan artikel tersebut: