Wednesday, February 16, 2011

Za'ba Berselawat (Majlis Sambutan Mawlid,Bacaan Qasidah dan Tausyiah oleh 3 penceramah terkenal) di UKM

sumber:http://majlisilmu.blogspot.com/2011/02/sambutan-mawlid-di-surau-kolej-pendeta.html


Alhamdulillah syukur pada ALLAH SWT dengan kewujudan majlis seumpama ini di bumi permai UKM. Salah seorang penceramahnya iaitu Ustaz Raja Ahmad Mukhlis adalah seorang yang benar2 saya sanjungi dan kagumi lantaran penulisannya di blog nya dan buku2 terbitannya yang sarat dengan ilmu, menyentuh hati dan banyak memberi kesedaran buat diri ini yang jahil dan selalu lalai mengingatiNYA. Marilah sahabat2 yang dekat mahupun jauh untuk turun meluangkan masa bersama2 di dalam majlis ilmu dan zikir mengingati Kekasih kita,ALLAH SWT serta kekasihNYA Rasulullah SAW. Semoga ALLAH melapangkan serta mengizinkan kita untuk hadir agar bertambah2 kecintaan kita padaNYA dan KekasihNYA berkat dari majlis ini. InsyaALLAH.:)