Friday, December 18, 2009

Tika Ratib Dakwah Bergema Lagi: Bahagian Akhir

Perasanya ‘wanita’ ini,desisku.Memang lelaki lembut ini sifatnya manja dan mudah menangis.Dewan kuliah mula hingar-bingar.Aku menarik nafas panjang.
“Saya minta maaf banyak-banyak.Saya tak berniat untuk mencaci awak apatah lagi memandang awak seperti alien dari Planet Pluto,”aku menyambung kembali kalamku untuk menyudahkan pembentanganku yang haru-biru.Kalangan siswi tertawa kecil.

“Awak sebahagian daripada kehidupan kami.Saya tidak ada apa-apa kepentingan pun untuk merendahkan golongan lelaki lembut seperti awak yang sebenarnya cukup istimewa,”ujarku sambil menarik nafas dalam-dalam lagi,mencari kekuatan berkata-kata.Aku memandang wajahnya dengan pandangan syuhud dan dakwah.

“Istimewa bagi saya kerana awak lahir di celah-celah manusia lelaki dan perempuan yang sepadan fizikal dan emosinya.Bijaknya Allah….Hebatnya Allah…menciptakan satu jenis golongan manusia yang berjasad lelaki tetapi beremosikan wanita….sarat dengan sifat sensitif,mudah menangis,penyayang dan sebagainya.Subhannallah!!Kalaulah sifat-sifat sebegini digunakan semaksimum mungkin sebagai wasilah untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t…Masya Allah,saya jamin,dengan izin dan kehendak Allah jua,awak akan mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah melebihi orang-orang alim yang banyak ilmu tapi kering perasaannya terhadap Tuhan.Manalah tahu,hati yang lembut begitulah sebenarnya yang dipilih Allah untuk menjadi wadah mengisi kurnia rahsia tentang diriNya.

Percayalah,awak mampu sebenarnya untuk berubah asalkan awak sedar tujuan penciptaan awak di sini dan tahu formula dan caranya untuk kembali ke pangkal jalan.Mana-mana manusia yang mempunyai rasa hati yang dalam takkan sampai hati melihat awak dan kawan-kawan yang lain berterusan sebegitu.Sama seperti saya,sama seperti rakan-rakan yang lain.Kita sentiasa doa-mendoakan untuk tetap dalam pemeliharaan dan hidayah Allah,”ujarku menoktahkan presentasi ‘dakwah’ku.

Hangat.Tanpa kuduga,’wanita’ itu mengemaskan fail dan bukunya lalu tergesa-gesa keluar dengan air mata yang meleleh-leleh di pipi.Para siswa mula memanggil-manggil namanya.Cikgu Norlia bangun untuk meredakan suasana tapi dia cepat-cepat keluar.Aku mula terasa bungkam.Betulkan takhtit dakwahku ini?Pandanganku mula berpinar-pinar.Satu-persatu bayangan wajah ideolog dakwahku mula muncul.Di hadapanku,mula muncul wajah marah Hassan Al-Banna sambil bercekak pinggang,Syeikh Badiuuzzaman An-Nursi yang sedang mengacukan senapangnya dari arah belakangku,Said Hawwa yang bersedia untuk melemparkan tombak dari arah kananku,Zainab Al-Ghazali dengan anak panahnya dari arah kiriku.Aku rebah!

Sunday, December 13, 2009

Tika Ratib Dakwah Bergema Lagi: Bahagian 2

Aku nekad.Nekad sungguh kali ini.Kalau sudah perkara haq,biarlah ia berkibar megah,nanti kebatilan akan akur menyembah.Rasanya bukan api hamasah semata-mata yang sedang marak membakar diriku sekarang.Aku seorang da’aiah Ilallah.Daia’ah ilallah perlu melihat mad’u yang yang tersasar dengan pandangan kasih sayang untuk hadaf islah.Rasanya dialah salah seorang sasaran dakwahku yang terbaru.

Fikiranku mula merancang uslub dan siasah dakwah yang terbaik.Terlintas sesuatu tapi aku merasakan ianya pula tidak sesuai. Akur,sebetulnya aku tiada uslub terbaik untuk dakwah sebegini selain daripada uslub yang tiba-tiba muncul di benakku.Lagipun,aku tidak mahu hal ini mencetuskan kesinambungan masalah ‘gharizah ’ yang sering menjadi kuman dalam dunia dakwah antara lelaki dan perempuan.Muktamad.

Aku melangkah kaki ke dewan kuliah dengan iringan doa sepanjang perjalanan.Tiba-tiba sahaja terasa kepalaku sedikit pusing.Semalaman tidak tidur kerana menyiapkan bahan presentasiku yang ditukar last minute.Ya Allah,moga-moga presentasiku kali ini menjadi….

“Assalamualaikum w.r.t.h dan selamat pagi saya ucapkan kepada Cikgu Norlia dan semua rakan-rakan.Untuk kali ini,giliran saya untuk mempersembahkan presentasi saya yang fokusnya berkisar ‘Dilema Lelaki Lembut dan Resolusinya,”mukoddimah presentasiku mula mengundang tawa para siswa.

Para siswi tampak tersenyum-senyum kambing.Aku perasan ‘wanita’ yang sedang berada di barisan siswa sudah memerah wajahnya.Perasaanku pula yang berdebar-debar.Robbi,yassir,wala tu’assir ya Karim,aku berdoa di dalam hati.

Thursday, December 10, 2009

Tika Ratib Dakwah Bergema Lagi: Bahagian 1

Assalamualaikum wbt. Kali ini sebuah lagi cerpen akan saya kongsikan untuk renungan kita bersama. Cerpen ini ditulis oleh penulis yang sama menulis cerpen Ratu Sufiah iaitu kakak kepada seorang sahabat saya. Kisah ini mengupas tentang dilema lelaki lembut di dalam masyarakat kita. Renungkanlah setiap bait ayatnya dan hayatilah dengan sepenuh jiwa kisah yang sangat menyentuh hati ini, semoga bermanfaat kepada kita semua. InsyaALLAH..(:


*****************************************************
‘Andaikata kita memandang kepada sesuatu makhlukNya dengan hati yang hanya menagih kebaikan,kelembutan dan kasih sayang dariNya,Insya-Allah akan diperindahkan basiroh kita dengan pengislahan’

Bibirnya membaca satu-persatu dengan perlahan.Aku memandang Salwa.Dia tersenyum.Diariku yang dibaca tanpa izin kutarik semula.
“Indahnya ungkapan tersebut.Syeikh daripada mana yang empunya bicara?”soalnya tiba-tiba.

Aku tersenyum.Perkataan ‘syeikh’ itu membuatkan fikiranku terbang menerobos benua.Teringatkan seseorang.
“Tak kisahlah siapa yang berkata-kata.Yang penting,apa yang dikata.Untuk kenal perkara haq perlu dilihat kepada inti haq itu dahulu,barulah dilihat kepada siapa punya bicara haq,”aku menjawab sambil melontar kembali kata-kata hikmah Saidina Ali Karromallahuwajhah.

Aku kembali menghabiskan air limau nipis.Hilang sudah perit di tekak.Hampir seharian kami ‘berkubang’ di Pustaka Naim. Membaca buku-buku terbaru sambil bertukar-tukar fikiran. Salwa yang merupakan rakan karibku yang sudah jarang berada disisiku waktu-waktu sekarang. Jawatannya sebagai salah seorang pimpinan mahasiswa membataskan waktu kami untuk sentiasa bersama. Sibuk sentiasa. Seringkali kurindu waktu-waktu bersamanya seperti sebelum ini. Sebagai gantinya,dia menyarankanku supaya menghabiskan masa bersamanya di kedai buku sebanyak dua hari dalam sebulan. Mencanai kemesraan ukhuwwah dan mengasah minda ilmiah dalam masa yang terhad tapi berkualiti.Ahh…alangkah enaknya punya sahabat yang’sekepala’.

Thursday, December 3, 2009

Ilmu umpama air..tadahlah dengan hati yang merendah pada ALLAH

Sejak kecil kita diajar supaya meniatkan setiap langkah kita dalam mencari ilmu adalah kerana ALLAH SWT semata2. Apabila kita mengikhlaskn diri belajar kerana tuntutan agama insyaAllah ilmu yang diperolehi akan diberkati ALLAH SWt. Berapa ramai orang yang belajar semata2 atas tuntutan nafsu iaitu semata2 mengejar kemewahan dunia berbanding mereka yang belajar atas sebab tuntutan agama. Agama menuntut kita belajar kerana kepentingan ilmu itu sendiri. Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-Mujaadalah: ayat 11, tafsirnya:

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat".

Dengan ilmu manusia dapat mengajak akal supaya berfikir dengan betul dan memandu hati kearah kebenaran. Kerana itu jugalah ilmu digelar sebagai cahaya yang menerangi hidup kita. Oleh itu kita dituntut supaya mencari ilmu sejak dari kecil hinggalah ke liang lahad.

Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah. Berapa banyak ilmu yang telah kita pelajari sejak dari lahir hingga kini. Namun berapa peratus yang benar2 melekat di hati kita dan berapa peratus pula yang kita amalkan. Sebaik2 ilmu adalah ilmu yang membawa kita dekat pada Pencipta…iaitu Allah SWT. Ilmu yang membawa kita dekat pada Allah SWT tidak kiralah ilmu matematik,fizik,biologi,kimia,pendidikan Islam dan apa sahaja…semuanya mengajar kita untuk menjadi manusia yang sempurna..insan kamil. Insan yang sempurna adalah yang sentiasa sedar tujuan dan tugas nya sebagai manusia di muka bumi ini. Setiap langkah hidupnya dimatlamatkan kearah mencari keredhaan ALLAH SWT yang telah menciptakan dirinya. Setiap perbuatannya menjadi ibadah yang menghampirkan diri pada Pencipta Yang Esa.

Orang yang memiliki ilmu yang diberkati akan menguasai ilmu itu untuk membimbing dirinya kea rah kehidupan bahagia dunia dan akhirat dan diredhai ALLAH SWT. Segala musibah yang datang juga akan dihadapi dengan tabah berbekalkan ilmu yang diberkati itu. Namun begitu orang yang memiliki ilmu yang dicari semata2 atas tuntutan nafsunya akan dikuasai ilmu itu hingga segala batas2 kebenaran dilangkaui. Semua perkara yang berlaku di dunia ini baginya mesti memerlukan penjelasan berdasarkan logic akal menurut ilmu yang dimilikinya. Sepatutnya dengan ilmu itu dia boleh menilai yang mana benar dan tidak,namun ia semakin membutakan mata hatinya daripada kebenaran ditambah dengan keangkuhannya dengan tahap ilmu yang dimiliki. Naudzubillah min zalik. Semoga ALLAH SWT memelihara diri kita daripada tergolong dalam golongan yang dikaburi dengan ilmunya sendiri.

Sesungguhnya beringatlah sebanyak mana pun ilmu kita tidak terbanding dengan ilmu ALLAH SWT. Ilmu di dunia ini ibarat setitis air dilautan berbanding Ilmu ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Jadilah kita golongan yang menguasai ilmu bukan dikuasai ilmu..insyaALLAH.

Rindu kenangan sewaktu zaman belajar dulu..kepada sahabat2 yang masih,sedang atau akan ke alam persekolahan,matrikulasi atau universiti,(especially buat Ukhty Sumaiyah yang akan ke Gombak) hargailah kesempatan yang masih dikurnia ALLAH SWT ini dengan belajar bersungguh2 dan rebutlah peluang yang ada untuk menggarap segala jenis ilmu yang ada buat bekalan di masa depan. Khas juga buat seorang teman yang akan ke melanjutkan pelajaran ke Kedah tak lama lagi, kudoakan ALLAH merahmati dirimu selalu dan dimudahkan segala urusan. Selamat berjuang. (:

Semoga setiap ilmu yang dipelajari memberi manfaat pada diri kita serta orang2 di sekeliling kita dan membawa kita hampir pada ALLAH SWT. InsyaAllah. :)
Lahaulawalaquwwatailla billah.

“Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.?
(Muadz bin Jabal Radhiyyallahuanhu)
kata2 hikmahdipetik dari laman Cahaya Mukmin.