Friday, December 18, 2009

Tika Ratib Dakwah Bergema Lagi: Bahagian Akhir

Perasanya ‘wanita’ ini,desisku.Memang lelaki lembut ini sifatnya manja dan mudah menangis.Dewan kuliah mula hingar-bingar.Aku menarik nafas panjang.
“Saya minta maaf banyak-banyak.Saya tak berniat untuk mencaci awak apatah lagi memandang awak seperti alien dari Planet Pluto,”aku menyambung kembali kalamku untuk menyudahkan pembentanganku yang haru-biru.Kalangan siswi tertawa kecil.

“Awak sebahagian daripada kehidupan kami.Saya tidak ada apa-apa kepentingan pun untuk merendahkan golongan lelaki lembut seperti awak yang sebenarnya cukup istimewa,”ujarku sambil menarik nafas dalam-dalam lagi,mencari kekuatan berkata-kata.Aku memandang wajahnya dengan pandangan syuhud dan dakwah.

“Istimewa bagi saya kerana awak lahir di celah-celah manusia lelaki dan perempuan yang sepadan fizikal dan emosinya.Bijaknya Allah….Hebatnya Allah…menciptakan satu jenis golongan manusia yang berjasad lelaki tetapi beremosikan wanita….sarat dengan sifat sensitif,mudah menangis,penyayang dan sebagainya.Subhannallah!!Kalaulah sifat-sifat sebegini digunakan semaksimum mungkin sebagai wasilah untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t…Masya Allah,saya jamin,dengan izin dan kehendak Allah jua,awak akan mendapat martabat yang tinggi di sisi Allah melebihi orang-orang alim yang banyak ilmu tapi kering perasaannya terhadap Tuhan.Manalah tahu,hati yang lembut begitulah sebenarnya yang dipilih Allah untuk menjadi wadah mengisi kurnia rahsia tentang diriNya.

Percayalah,awak mampu sebenarnya untuk berubah asalkan awak sedar tujuan penciptaan awak di sini dan tahu formula dan caranya untuk kembali ke pangkal jalan.Mana-mana manusia yang mempunyai rasa hati yang dalam takkan sampai hati melihat awak dan kawan-kawan yang lain berterusan sebegitu.Sama seperti saya,sama seperti rakan-rakan yang lain.Kita sentiasa doa-mendoakan untuk tetap dalam pemeliharaan dan hidayah Allah,”ujarku menoktahkan presentasi ‘dakwah’ku.

Hangat.Tanpa kuduga,’wanita’ itu mengemaskan fail dan bukunya lalu tergesa-gesa keluar dengan air mata yang meleleh-leleh di pipi.Para siswa mula memanggil-manggil namanya.Cikgu Norlia bangun untuk meredakan suasana tapi dia cepat-cepat keluar.Aku mula terasa bungkam.Betulkan takhtit dakwahku ini?Pandanganku mula berpinar-pinar.Satu-persatu bayangan wajah ideolog dakwahku mula muncul.Di hadapanku,mula muncul wajah marah Hassan Al-Banna sambil bercekak pinggang,Syeikh Badiuuzzaman An-Nursi yang sedang mengacukan senapangnya dari arah belakangku,Said Hawwa yang bersedia untuk melemparkan tombak dari arah kananku,Zainab Al-Ghazali dengan anak panahnya dari arah kiriku.Aku rebah!

**************************************************************************
Semester baru bermula.Tengahari Jumaat yang nyaman.Usai solat Jumat dan solat ghaib berjemaah,aku meloloskan diri keluar daripada sof muslimat.Menyandarkan tubuh ke salah satu batang tiang besar di dalam masjid.Pandanganku terarah pada lampu cendaliar besar yang tergantung indah di tengah-tengah ruang masjid.Fikiranku mula terbang ke medan tafakkur.Subhanallah,cantiknya lampu itu!Bagaimana ia bersinar-sinar tepat di bawah kubah berwarna biru laut itu,bagaimana yang memegang lampu itu ialah besi keluli yang diikat kemas pada setiap lampu kecil lalu membentuk lampu cendeliar yang besar,bagaimana rantai besi kukuh memegang lampu itu terus ke atas dan bagaimana cahayanya saling memantulkan seterusnya mencantikkan lagi keadaan lampu-lampu itu.Hakikatnya,kecantikannya itu adalah manifestasi ‘Kejamalan’ Allah.Subhanlalh!!!

Tafakkurku putus tatkala terasa ada tangan yang menyentuh bahuku.Aku berpaling.Salwa.Senyumanku terukir untuknya lantas kuhadapkan kembali pandanganku ke arah lampu tersebut.Barangkali dia sudah arif tentang sifatku yang tidak gemar berbicara soal dunia di dalam masjid kecuali terpaksa.Namun,pegangannya yang semakin kuat membuatkan aku kembali memandang wajahnya.

“Awak tahu tak solat ghaib tadi untuk siapa?”soalnya tiba-tiba.Aku menggeleng-gelengkan kepala.Sungguh.Aku memang tidak perasan tadi apabila imam menyebut nama pelajar yang sudah arwah.

“Untuk Sherry,”jawabnya ringkas.
“Sherry?Siapa?Tak kenal pun,” soalku.
“Shahrizal bin Ahmad.Lelaki lembut ,classamate yang awak cerita semester lepas tu.Dia dah arwah,”jawapannya membuatkan aku seperti terkena renjatan elektrik.Terasa seluruh sendi tubuh lemah.Innalillahiwainna iliahi roji’un…..

“Ada seorang kawannya cerita kat saya.Sebenarnya Sherry tu sakit barah otak.Lepas awak tegur dulu tu,dia cuba berubah.Alat make-upnya semua dibakar.Baju-baju kurung dan telekung disedekahkan kat orang fakir.Kemudian,dia tercari-cari guru untuk mengajarnya kenal Allah.Akhirnya dia masuk tarekat.Cuti semester lepas,dia ke Mekah untuk buat umrah.Seolah –olah dia tahu yang ajalnya kat sana.Ini ada surat untuk awak,”jelasnya tanpa sempat kubertanya.Aku mengambilnya dengan tangan yang mengigil.

Assalamualaikum w.r.t.h
Saudari,
Tatkala warkah ini sampai di tangan saudari,saya sudah berangkat mengadap Allah s.w.t.Doakan ruh saya tenang di alam baqo’.
Terima kasih banyak-banyak kerana nasihat saudari dalam dewan kuliah dahulu.Saya sangat menghargainya.Hanya Allah sahaja yang mampu balas kebaikan saudari.Insya-Allah,nanti kita berjumpa di akhirat kelak.Wassalam.

Salam di antara dua alam,
Shahrizal



Ringkas.Surat itu kulipat kembali lalu kuserahkan kepada Salwa.Perlahan-lahan ,aku merebahkan diri di karpet merah yang terbentang.Mata terasa panas.Akhirnya air mataku mencurah-curah tanpa henti.Hatiku merintih pedih.

Ilahi…..
Kaulah perbendaharaan segala rahsia hati
Detik ini….
Jiwaku menagih cinta qudusMu
Meronta
Makin diikat kejap
Tambatan tali mehnahMu
Oh!Kepedihan menjalar
Berdenyut ke segenap inci sanubari
Rupaya…
Penawar yang Kau beri
Basirohku…..
Tenggelam di alam kegelapan dan kealpaan
Sehingga kubuta
Mengukur darjat hakikat kehambaan

Kini,

Pada noktah semalam…
Bidayah asimilasiku hakikat sebuah keinsafan.


*TAMAT*

1 comment:

Cikin said...

cik bb naper lame tak update blog? ape kabar? sihat ke?