*****************************************************
‘Andaikata kita memandang kepada sesuatu makhlukNya dengan hati yang hanya menagih kebaikan,kelembutan dan kasih sayang dariNya,Insya-Allah akan diperindahkan basiroh kita dengan pengislahan’
Bibirnya membaca satu-persatu dengan perlahan.Aku memandang Salwa.Dia tersenyum.Diariku yang dibaca tanpa izin kutarik semula.
“Indahnya ungkapan tersebut.Syeikh daripada mana yang empunya bicara?”soalnya tiba-tiba.
Aku tersenyum.Perkataan ‘syeikh’ itu membuatkan fikiranku terbang menerobos benua.Teringatkan seseorang.
“Tak kisahlah siapa yang berkata-kata.Yang penting,apa yang dikata.Untuk kenal perkara haq perlu dilihat kepada inti haq itu dahulu,barulah dilihat kepada siapa punya bicara haq,”aku menjawab sambil melontar kembali kata-kata hikmah Saidina Ali Karromallahuwajhah.
Aku kembali menghabiskan air limau nipis.Hilang sudah perit di tekak.Hampir seharian kami ‘berkubang’ di Pustaka Naim. Membaca buku-buku terbaru sambil bertukar-tukar fikiran. Salwa yang merupakan rakan karibku yang sudah jarang berada disisiku waktu-waktu sekarang. Jawatannya sebagai salah seorang pimpinan mahasiswa membataskan waktu kami untuk sentiasa bersama. Sibuk sentiasa. Seringkali kurindu waktu-waktu bersamanya seperti sebelum ini. Sebagai gantinya,dia menyarankanku supaya menghabiskan masa bersamanya di kedai buku sebanyak dua hari dalam sebulan. Mencanai kemesraan ukhuwwah dan mengasah minda ilmiah dalam masa yang terhad tapi berkualiti.Ahh…alangkah enaknya punya sahabat yang’sekepala’.
Aku meneliti tajuk-tajuk buku yang dibelinya.Buku yang paling tebal sekali’Syarah Kitab Hikam’ .Hairan.Entah kenapa,Salwa yang merupakan peminat buku-buku motivasi sebelum ini mula menukar corak bacaanya yang bersifat tasauf.’Kekeringan spritual’,pernah dia mengujar sebegitu kepadaku sebelum ini. Aku kembali membelek buku ‘Fiqh Siasah Menurut Imam Hassan Al-Banna’ yang sempat kubeli tadi.
“Ungkapan yang terbit dari lisan adalah natijah kondisi jiwa.Awak setujukah?”tiba-tiba dia menyoalku sambil membuka kembali medan perbincangan.Aku terdiam lama.
“Emm,begitulah gholibnya.Praktis ilmu dan iman yang hidup dalam jiwa biasanya membenihkan kejernihan perasaan-perasaan yang halus dan membuahkan mutiara-mutiara hikmah di lidah sebagaimana bagusnya adab kesopanan lahiriah seseorang membuktikan adanya adab di dalam batinnya. Kullu kalamin yabruzu ‘alaihi kiswatul qalbillazi minhu baroza. Setiap kalimat yang keluar ,pasti membawa corak bentuk hati yang mengeluarkannya.Itu kata-kata hikmah Syeikh Ibnu Athaillah. Balik nanti,awak cuba buka syarah Kitab Hikam tu”responku.
“Kitab Hikam ni memang kitab yang menakjubkan.Kalam hikmahnya seperti datang daripada langit.Saya kagum sebenarnya”dia mengomel lagi.Aku terdiam lagi.Ada sesuatu yang perlu diperbetulkan.
“Sebaik-baik kitab hikmah adalah Al-Quran dan Sunnah.Asasnya bermula di situ dan ‘diisti’mal’ semula oleh insan-insan yang memperoleh ketajaman makrifat dengan Allah.Bila kontak hati dengan Allah tajam,Allahlah yang akan menguasai hatinya dengan taufiq dan hidayatNya.Jadinya,bila dia ingin memberi nasihat,Allahlah yang akan mengatur kalimat yang keluar darinya dan Allah juga yang akan mengatur pendengaran yang mendengarnya”ujarku panjang lebar.
“Ada lagikah kitab tasauf dan hikmah yang lebih hebat daripada kitab ini?”soalnya tiba-tiba.Aku mengingat-ingat sesuatu.
“Ada.Pengarangnya bernama Syeikhul Akbar Ibnu ‘Arabi,imam para sufi.Masya-Allah,ruhnya telah sampai ke darjat iluminasi yang tinggi sehingga mampu melahirkan imaginasi yang sangat dahsyat.Ideanya terurai dalam ratusan karya-karyanya.Yang paling masyhur,Al-Futuhatul Makkiyah,kitab paling monumental yang merupakan penafsiran sufistik yang hebat.Fususul Hikam pula kitabnya yang paling sulit dan penuh metafora.Banyak guna bahasa simbolik hingga orang awam seperti kita akan kebingungan”ujarku menerangkannya satu-persatu.
“Subhanallah,”tasbihnya mengiringi rasa kekaguman.
Aku memerhati keadaan sekeliling.Matahari sudah mahu berangkat ke peraduan.Aku berkira-kira dalam hati untuk berangkat pulang.
“Susahkah bagi kita orang awam untuk memiliki hati dan lidah yang penuh hikmah?”soalnya lagi.Aduh!Terasa soalannya berlegar di sekitar ‘point’ yang sama.Sulitnya untuk menjawab bagi aku yang bukan ahlinya.Aku berfikir-fikir lama.
“Ro’sul hikmah makhofatullah.Pokok segala hikmah itu adalah takut kepada Allah.Itu kata Nabi s.a.w.Sebab itu,Luqmanul Hakim ketika ditanya seseorang ,bagaimana dia boleh menjadi seorang yang berhikmah lidahnya,maka dijawabnya bahawa dia meninggalkan dusta,membanyakkan diam,menjaga kehormatan,tidak mempedulikan urusan yang tidak berkaitan dengannya dan banyak lagilah “responku sedaya termampu.
“Ohh,begitu”responnya pendek.Seakan-akan satu konklusi.Suasana kholi.
“Cuba awak lihat kat depan tu,”tiba-tiba suara Salwa memecah kesunyian.Aku mengalihkan pandangan.Kelihatan seorang ‘wanita’ yang berbaju kurung sedang berjalan –jalan di depan kami.Seperti menunggu seseorang.Dia memakai selendang nipis di atas kepalanya.Wajahnya jelita digores make-up yang garang.Sekali imbas,tiada apa-apa yang pelik.Aku memandang wajah Salwa dengan penuh tanda tanya.
“Cuba awal lihat betul-betul orang tu ,”dia sekali lagi mengarah.Wanita yang dimaksudkannya itu kembali menjadi perhatianku.Aku memerhatinya betul-betul dan…….
“Astaghfirulllahal’azim…”aku mengucap panjang dalam rasa tergamam.Hatiku mula menangis.
*********************************************************
(bersambung)

No comments:
Post a Comment