Thursday, December 3, 2009

Ilmu umpama air..tadahlah dengan hati yang merendah pada ALLAH

Sejak kecil kita diajar supaya meniatkan setiap langkah kita dalam mencari ilmu adalah kerana ALLAH SWT semata2. Apabila kita mengikhlaskn diri belajar kerana tuntutan agama insyaAllah ilmu yang diperolehi akan diberkati ALLAH SWt. Berapa ramai orang yang belajar semata2 atas tuntutan nafsu iaitu semata2 mengejar kemewahan dunia berbanding mereka yang belajar atas sebab tuntutan agama. Agama menuntut kita belajar kerana kepentingan ilmu itu sendiri. Firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Surah Al-Mujaadalah: ayat 11, tafsirnya:

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat".

Dengan ilmu manusia dapat mengajak akal supaya berfikir dengan betul dan memandu hati kearah kebenaran. Kerana itu jugalah ilmu digelar sebagai cahaya yang menerangi hidup kita. Oleh itu kita dituntut supaya mencari ilmu sejak dari kecil hinggalah ke liang lahad.

Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah. Berapa banyak ilmu yang telah kita pelajari sejak dari lahir hingga kini. Namun berapa peratus yang benar2 melekat di hati kita dan berapa peratus pula yang kita amalkan. Sebaik2 ilmu adalah ilmu yang membawa kita dekat pada Pencipta…iaitu Allah SWT. Ilmu yang membawa kita dekat pada Allah SWT tidak kiralah ilmu matematik,fizik,biologi,kimia,pendidikan Islam dan apa sahaja…semuanya mengajar kita untuk menjadi manusia yang sempurna..insan kamil. Insan yang sempurna adalah yang sentiasa sedar tujuan dan tugas nya sebagai manusia di muka bumi ini. Setiap langkah hidupnya dimatlamatkan kearah mencari keredhaan ALLAH SWT yang telah menciptakan dirinya. Setiap perbuatannya menjadi ibadah yang menghampirkan diri pada Pencipta Yang Esa.

Orang yang memiliki ilmu yang diberkati akan menguasai ilmu itu untuk membimbing dirinya kea rah kehidupan bahagia dunia dan akhirat dan diredhai ALLAH SWT. Segala musibah yang datang juga akan dihadapi dengan tabah berbekalkan ilmu yang diberkati itu. Namun begitu orang yang memiliki ilmu yang dicari semata2 atas tuntutan nafsunya akan dikuasai ilmu itu hingga segala batas2 kebenaran dilangkaui. Semua perkara yang berlaku di dunia ini baginya mesti memerlukan penjelasan berdasarkan logic akal menurut ilmu yang dimilikinya. Sepatutnya dengan ilmu itu dia boleh menilai yang mana benar dan tidak,namun ia semakin membutakan mata hatinya daripada kebenaran ditambah dengan keangkuhannya dengan tahap ilmu yang dimiliki. Naudzubillah min zalik. Semoga ALLAH SWT memelihara diri kita daripada tergolong dalam golongan yang dikaburi dengan ilmunya sendiri.

Sesungguhnya beringatlah sebanyak mana pun ilmu kita tidak terbanding dengan ilmu ALLAH SWT. Ilmu di dunia ini ibarat setitis air dilautan berbanding Ilmu ALLAH SWT Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Jadilah kita golongan yang menguasai ilmu bukan dikuasai ilmu..insyaALLAH.

Rindu kenangan sewaktu zaman belajar dulu..kepada sahabat2 yang masih,sedang atau akan ke alam persekolahan,matrikulasi atau universiti,(especially buat Ukhty Sumaiyah yang akan ke Gombak) hargailah kesempatan yang masih dikurnia ALLAH SWT ini dengan belajar bersungguh2 dan rebutlah peluang yang ada untuk menggarap segala jenis ilmu yang ada buat bekalan di masa depan. Khas juga buat seorang teman yang akan ke melanjutkan pelajaran ke Kedah tak lama lagi, kudoakan ALLAH merahmati dirimu selalu dan dimudahkan segala urusan. Selamat berjuang. (:

Semoga setiap ilmu yang dipelajari memberi manfaat pada diri kita serta orang2 di sekeliling kita dan membawa kita hampir pada ALLAH SWT. InsyaAllah. :)
Lahaulawalaquwwatailla billah.

“Pelajarilah Ilmu, karena mempelajarinya karena Allah adalah khasyah, Menuntutnya adalah ibadah, mempelajarinya adalah Tasbih, mencarinya adalah Jihad, Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahui adalah Shadaqah, menyerahkan kepada ahlinya adalah Taqarrub. Ilmu adalah teman dekat dalam kesendirian dan sahabat dalam kesunyian.?
(Muadz bin Jabal Radhiyyallahuanhu)
kata2 hikmahdipetik dari laman Cahaya Mukmin.

2 comments:

Cikin said...

bb. kite dah keje skarang kat PJ, bb kasikla ucapan khas kat kite jugak...hehe...=P

sufiahsolehah said...

wah! tahniah cikin dh keje ye...bagusnye..smoga dimudahkn segala urusan n dibrkati ALLAH dalam setiap langkah. Doakn bb jgk ye :)