Saturday, April 25, 2009

Kalam Hikmah Al Imam Ali bin Abi Talib K.W.J


1. Ada 3 perkara yang akan membinasakan iaitu:

1) Sifat SOMBONG yang menjatuhkan iblis dpd kedudukannya yang asal.
2) Sifat TAMAK yang telah mengeluarkan Adam 'alaihissalam dpd syurga.
3) sifat HASAD DENGKI yang mengajak anak Adam 'alaihissalam supaya membunuh sesama sendiri.

2. Ada 3 perkara yang tidak akan berlanjutan (kekal lama)iaitu:

1) HARTA yg berada pd orang yang boros.
2) AWAN pada musim panas.
3)dan KEMARAHAN orang yang sedang bercinta.

3. Ada 3 orang yang akan menzalimimu sekiranya engkau tidak menzalimi(bersikap tegas) mereka iaitu hambamu(khadam), isterimu dan anak lelakimu.

4. Hasil (faedah) daripada kecuaian ialah penyesalan, manakala hasil daripada sifat merendah diri ialah selamat.

5. Hasil (faedah) daripada sikap redha dengan apa yang ada ialah kerehatan, manakala hasil daripada sifat merendah diri ialah ikatan kasih sayang.

6. Sifat keji seseorang itu diketahui apabila dia banyak bercakap tentang perkara yang tidak mendatangkan faedah padanya, juga diketahui apabila dia memberitahu tentang sesuatu perkara yang tidak diminta (ditanya).

7. Hendaklah kamu memakai wangi-wangian istighfar supaya bau dosa tidak membuka keaiban kamu.

8. Hendaklah kamu mempelajari ilmu kerana ilmu adalah hiasan bagi orang kaya dan pembantu orang fakir.

9. Hendaklah kamu mempelajari ilmu sewaktu kecil supaya kamu dapat memimpin dengannya sewaktu besar nanti.

10. Bertaqwa kepada ALLAH SWT adalah ketua segala akhlak yang mulia.

11. Bersikap sombong dengan golongan yang sombong adalah tawadhuk yang sebenarnya.

12. Tawadhuk adalah suatu nikmat yang amat tidak difahami oleh sesiapa yang berhasad dengki.

13. Kasih sayang adalah separuh daripada akal.

[dipetik daripada kitab 400 Kata-Kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib K.W.J karangan Hj. Nik Azran Muhamed]

Tuesday, April 14, 2009

CINTA itu sebenarnya suci..cuma..

Cinta itu sebenarnya suci.. Cuma manusia yang mengotorkannya. Kerana cinta lah terhasilnya ULAMA dan para WALI. Cinta itu letaknya di HATI. Bagaimana hati hendak memahami rahsia ALLAH sedang DOSA masih banyak.

Hati yang banyak DOSA dikuasai NAFSU.. NAFSU itu berlawanan dengan kehendak ALLAH. ALLAH berserta kamu dimana kamu berada.. katanya, Sesungguhnya Aku sangat hampir.

Musibah itu dari ALLAH, utk membersihkan DOSA. Semakin bersih dari DOSA, semakin banyak RAHSIA ALLAH yang diketahui kerana CAHAYA hidayah (NUR) semakin terang.. Hati itu suka yang BATIN..

Pandanglah mata HATI Akhirat itu lebih baik. Manusia utamakan DUNIA kerana hati dikuasai NAFSU, dipenuhi DOSA. Bersihkan diri dari DOSA, hati akan MERDEKA.. NAFSU akan dikuasai HATI.

Bertaubatlah.. Lari dari DOSA menuju ALLAH..Selagi Taubat tidak betul, perjalanan pun tidak betul..Sifat para wali itu sentiasa bertaubat. Kalau berlarutan dalam dosa, tidak akan faham rahsia ALLAH. ALLAH suka yang GANJIL... Hati yang GANJIL.. Didalam hati cuma ada Allah sahaja..
Hati yang GANJIL..Apa jua yang dirasainya dalam hidup ini dikembalikan pada ALLAH..Setiap saat setiap detik mengingat ALLAH..Jika terbuat dosa,rasa malu pada ALLAH..Jika terlalu gembira teringat pula kematian yang bakal menjelma..Jika terlalu sedih kalam ALLAH memujuk-mujuk hatinya..

CINTA dalam hati sandarkanlah pada ALLAH semata...kalau ada pun CINTA manusia jadikannya JALAN untuk DEKAT pada TUHAN..Jangan diturut NAFSU yang membuai..Yang tidak akan jemu mengajak kepada MAKSIAT..

Ingatlah DUNIA hanya persinggahan..NIKMAT hanya sementara..AKHIRAT itulah yang kekal abadi..Moga akhirnya dapat bertemu ILAHI..itulah nikmat hakiki melebihi segala kenikmatan DUNIAWI..

Kembalilah...kembalilah diri pada ALLAH..kembalilah HATI menjadi GANJIL..kembalilah ke sisi TUHAN YANG MAHA PENGASIH...Lagi MAHA PENYAYANG kepada hamba-hambaNYA..


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw telah bersabda:
“Barangsiapa mencintai pertemuan dengan Allah, maka Allah pun mencintai pertemuan dengannya. Dan barangsiapa tidak mencintai pertemuan dengan Allah, maka Allah pun tidak mencintai pertemuan dengannya.” (H.r. Bukhari).

Laa haulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Thursday, April 9, 2009

Pada-Mu (Elaika)

Ku persembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupkuku
jadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu....

dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
yang selalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
dan keampunanMu yang mendatangi hamba..
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

terjemahan nasyid Elaika oleh Muhammad Ubaid....
bait-bait syair ini yang indah dan menyentuh hati ini adalah merupakan nukilan Al Imam As Syafie yang dikarangnya sewaktu sakit sebelum meninggal dunia..SubhanALLAH..


::Ya Allah..Jangan Engkau tinggalkan aku dengan diriku sendiri walau sekelip mata cuma..pimpinlah aku kembali ke jalan Mu Rabbi..:::

Wednesday, April 8, 2009

Kehidupan ibarat sebuah bahtera

Sabda rasulullah SAW ,
"Perumpamaan orang yang berdiri pada batasan Allah dan yang jatuh di dalamnya adalah seumpama satu kumpulan yang menaiki bahtera. Setengahnya berada di di bahagian atas bahtera manakala sebahagian yang lain berada di bahgian bawah. Mereka yang berada di bawah, apabila ingin mendapatkan air maka melalui orang-orang yang berada di atas. Mereka berkata: Apakata kalau kita tebuk sedikit dari kapal ini, agar kita tidak menyusahkn orang di atas! Jika mereka semua membiarkan golongan ini dengan kehendak-kehendak tersebut, maka semuanya akan binasa. Jika mereka membimbing tangan-tangan tersebut pasti mereka akan selamat dan semua akan selamat"




Ini adalah suatu gambaran yang dibuat oleh Rasulullah SAW tentang kehidupan. Suatu perumpamaan yang begitu indah kerana memang kehidupan ini ibarat pelayaran yang tidak akan pernah luput dari alunan ombak,sama ada perlahan alunannya mahupun kuat seperti ribut. Kehidupan kita di dunia ini bukanlah hanya seorang diri kita sahaja, tetapi turut merangkumi masyarakat sekeliling kita. Masyarakat adalah ibarat penumpang yang sam-sama dalam perjalanan kita untuk sampai ke pelabuhan. Baik buruknya masyarakat sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perjalanan kita.

Namun begitu, tidak ramai yang menyedari hakikat ini, manusia kini kebanyakannya hidup nafsi-nafsi tanpa mempedulikan masyarakat sekeliling. Khayal dalam bahtera yang kelihatan tenang ibarat berada di daratan. Lantaran itu jugalah ia berani untuk melakukan sesuatu tindakan di luar batasan Allah. Kalaulah si pelanggar batasan Allah ini sedar bahawa mereka sebenarnya bukanlah berada di daratan,tidak kekal di suatu tempat dan tidak akan terus berada di dalam bahtera itu, pastilah mereka akan takut untuk melakukan sesuatu di luar batasan,sombong dan menceroboh laranagan Allah Ta'ala. Katanya:Siapa boleh mengganggu aku! Aku bebas melakukan apa yang aku mahu dan apa yang aku suka! Tiada siapa yang boleh mengahalang aku!

Orang seperti ini khayal dan lupa bahawa sebenarnya dia hidup di dalam masyarakat. Sikapnya yang melampauii batasan itu boleh mmberi kesan kepada orang lain. Masyarakat di sekitarnya juga lupa untuk mengingatkan orang itu,membiarkannya menyebarkan keburukan dalam masyarakat. Akhirnya perkara-perkara terlarang semakin berleluasa dan masyarakat pula semakin hari semakin rosak.

Ada orang yang mempersoalkan bagaimana dengan ayat yang terdapat dalam surah Maidah ayat 105 yang maksudnya:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ عَلَيۡكُمۡ أَنفُسَكُمۡ‌ۖ لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡ‌ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُكُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (١٠٥

Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.

Persoalan ini pernah timbul pada zaman sahabat, lalu Saidina Abu Bakar As Siddiq bangun dan pantas mengingatkan dan membetulkan persepsi mereka. Kata Abu Bakar:

"Wahai manusia, kamu membaca ayat ini sedangkan aku pernah mendengar Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya manusia itu apabila mereka melihat kepada orang yang zalim tetapi mereka tidak mencegah kezaliman itu, Allah akan menurunkan balasan dari sisiNYa kepada mereka semua"
(HR Abu Daud & Tirmizi)


Kisah menarik yang boleh dikaitkan disini ialah mengenai sebuah tempat yang penuh dengan maksiat, Allah Ta'ala memerintahkan kepada malaikat untuk menurunkan azab di kawasan yang penuh maksiat itu. Tidak lama kemudian malaikat itu kembali dan memberitakan terdapat 3 orang soleh dan alim yang sedang beribadat pada Allah di dalm masjid. Lalu Allah Ta'ala memerintahkan agar bala itu tetap diturunkan juga dan terlebih dahulu kepada pemuda-pemuda yang soleh itu kerana tidak menjalankan dakwah di kalangan masyarakatnya.

Begitulah juga dalam kehidupan kita, janganlah kita mementingkan diri dan keluarga atau orang-orang yang kita sayangi sahaja. Membiarkan terus menerus orang lain di dalam kejahilan dan kemaksiatan. Mahukah kita menjadi ibarat kapal yang ditebuk-tebuk dan menanti karam? Yang kita tidak mungkin dapat menyelamatkan diri kita mahupun orang-orang yang kita sayangi daripada karam.

Oleh itu sebelum tenggelam di dalam api neraka yang marak menyala-nyala pilihlah untuk tenggelam di dalam syurga dan kenikmatan yang tidak pernah tergambar oleh mata dan akal dengan berbuat baik dan saling nasihat menasihati serta mencegah kemaksiatan sepertimana di dalm firman Allah dalam surah Fussilat ayat 33 dan 34:

وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ (٣٣) وَلَا تَسۡتَوِى ٱلۡحَسَنَةُ وَلَا ٱلسَّيِّئَةُ‌ۚ ٱدۡفَعۡ بِٱلَّتِى هِىَ أَحۡسَنُ فَإِذَا ٱلَّذِى بَيۡنَكَ وَبَيۡنَهُ ۥ عَدَٲوَةٌ۬ كَأَنَّهُ ۥ وَلِىٌّ حَمِيمٌ۬ (٣٤


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! .Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Laa haulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.