Aku nekad.Nekad sungguh kali ini.Kalau sudah perkara haq,biarlah ia berkibar megah,nanti kebatilan akan akur menyembah.Rasanya bukan api hamasah semata-mata yang sedang marak membakar diriku sekarang.Aku seorang da’aiah Ilallah.Daia’ah ilallah perlu melihat mad’u yang yang tersasar dengan pandangan kasih sayang untuk hadaf islah.Rasanya dialah salah seorang sasaran dakwahku yang terbaru.
Fikiranku mula merancang uslub dan siasah dakwah yang terbaik.Terlintas sesuatu tapi aku merasakan ianya pula tidak sesuai. Akur,sebetulnya aku tiada uslub terbaik untuk dakwah sebegini selain daripada uslub yang tiba-tiba muncul di benakku.Lagipun,aku tidak mahu hal ini mencetuskan kesinambungan masalah ‘gharizah ’ yang sering menjadi kuman dalam dunia dakwah antara lelaki dan perempuan.Muktamad.
Aku melangkah kaki ke dewan kuliah dengan iringan doa sepanjang perjalanan.Tiba-tiba sahaja terasa kepalaku sedikit pusing.Semalaman tidak tidur kerana menyiapkan bahan presentasiku yang ditukar last minute.Ya Allah,moga-moga presentasiku kali ini menjadi….
“Assalamualaikum w.r.t.h dan selamat pagi saya ucapkan kepada Cikgu Norlia dan semua rakan-rakan.Untuk kali ini,giliran saya untuk mempersembahkan presentasi saya yang fokusnya berkisar ‘Dilema Lelaki Lembut dan Resolusinya,”mukoddimah presentasiku mula mengundang tawa para siswa.
Para siswi tampak tersenyum-senyum kambing.Aku perasan ‘wanita’ yang sedang berada di barisan siswa sudah memerah wajahnya.Perasaanku pula yang berdebar-debar.Robbi,yassir,wala tu’assir ya Karim,aku berdoa di dalam hati.
“Objection!Sister,don’t you have any other topic to present than this topic for today?”tiba-tiba dia bangun membantah.Cikgu Norlia yang sedang berada betu-betul di depanku mengetuk meja.Wajahnya mula serius.
“Berapa kali perlu saya ulang?Ini kelas Bahasa Melayu .Tolong berkomunikasi dalam bahasa Melayu.”suaranya tegas.Dia kembali memandangku seraya memberi isyarat supaya presentasiku diteruskan.
“Baiklah ,saya akan menghuraikan topik ini kepada dua bahagian .Pertama,mungkin awak semua pernah mendengar perkataan ‘khunsa’. Khunsa merujuk kepada seseorang yang mempunyai dua jantina ataupun langsung tidak mempunyai jantina.Ianya terbahagi kepada dua.Al-Musykil iaitu yang dapat dibezakan kecenderungannya secara fizikal dan mental kepada jantina tertentu.
Manakala Ghairul Musykil pula yang tidak dapat dibezakan sama sekali fizikal dan mentalnya.Dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke -4 pada 13 dan 14 bulan April tahun 1982 memutuskan untuk membolehkan pembedahan golongan khunsa bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi.”
“Berbeza pula dengan golongan lelaki lembut yang menjadi fokus saya pada hari ini.Mereka didefinisikan sebagai golongan yang memiliki perasaan ,jiwa dan perlakuan seperti wanita.Saya bahagikan mereka kepada tiga golongan.
Pertama,mereka yang lembut tetapi ciri lelaki masih kekal melalui cara berpakaian dan bekerja.
Yang kedua,mereka yang ada sedikit gaya wanita melalui lenggok suara yang lembut dan yang ketiga,mereka yang berubah dari segi pakaian,suara ,lenggok badan dan penampilan.Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan mereka berkelakuan sebegitu.
Sebab paling utama ialah kerana diri mereka sendiri.Memang sejak lahir lagi,mereka sudah mempunyai sifat kewanitaan.Ditambah lagi dengan asas pendidikan awal dan pengaruh daripada keluarga yang mana terdapat di kalangan ibu dan bapa yang mendidik anak lelakinya berpakaian dan berperwatakan seperti wanita kerana mereka terlalu menginginkan anak perempuan.Bukan setakat itu sahaja,mereka memberi tugas memasak,mengemas rumah dan menjaga adik-adik.
Faktor ketiga adalah disebabkan adanya pengaruh rakah sebaya yang mempunyai sifat yang sama.Rakan-rakan yang sama sifat inilah yang menyebabkan ada satu benteng ‘daya tahan’ untuk menangkis segala cemuhan rakan sejantina yang lebih normal”
‘Faktor keempat adalah kerana wujudnya persekitaran yang lebih global dan terbuka yang menerima segala bentuk budaya dan gejala baru yang memberi ruang kepada golongan ini untuk ‘terus berkembang’.Contohnya dari segi kewujudan pertandingan Miss Malaysia ,Miss World dan Miss Universe seperti yang berlaku di Bangkok pada tahun 2000.Faktor kelima adalah kurangnya kefahaman agama di kalangan mereka.Kalaupun mereka faham,tetapi mereka tidak mampu untuk mengamalkannya atas alasan-alasan tersendiri, ”huraiku panjang.Aku memandang wajah ‘wanita ‘ itu.Dia diam tanpa sebarang respon tapi riak wajahnya seperti sudah tidak senang.
“Apa yang positif dan negatifnya golongan ini?”tiba-tiba Zehra melontarkan soalan.
“Positifnya,mereka ni sebagai salah satu golongan penjana ekonomi yang sihat untuk negara.Sebabnya mereka banyak terbabit dalam bidang kecantikan,fesyen,jurumekap,salun dan sebagainya kerana mereka bersifat penyayang,lemah-lembut dan bermotivasi tinggi.Negatifnya pula,masyarakat sering keliru kerana golongan ini mewujudkan satu keadaan kekeliruan gender.Bukan setakat itu sahaja,ada juga di kalangan mereka yang banyak terlibat dalam budaya negatif seperti pelacuran,penyebaran penyakit berjangkit dan menggalakkan hubungan di luar tabiie.Secara peribadi,saya beranggapan bahawa golongan seperti ini sebagai salah satu penyumbang besar kepada gejala sosial di negara kita”ujarku panjang.
“Apa pendapat awak tentang persatuan lelaki lembut yang wujud dalam UIA ini?”tiba-tiba Sakinah bertanya,memotong huraianku yang selanjutnya.
“Seperti yang saya hurai dalam faktor ketiga tadilah.Kesatuan tersebut wujud atas dasar untuk mempertahankan kedudukan golongan mereka daripada segala tohmahan orang luar.Sebenarnya,kesatuan tersebut bukan wujud dalam UIA sahaja,bahkan di IPT yang lain.Cuma yang membezakan antara kita dan IPT lain adalah ketidakberanian mereka menonjolkan watak mereka yang sebenar dari segi berpakaian disebabkan undang-undang dan biah Islamik yang wujud dalam Taman Ilmu dan Budi ini.Di universiti lain,kita boleh menyaksikan betapa golongan ini tidak segan-silu berterusan berpakaian menjolok mata sekaligus golongan inilah sebenarnya yang merupakan kuman-kuman gejala sosial di IPT ,”jawabku sengaja menekan berulang kali tentang factor-faktor gejala sosial.
“Satu pandangan yang cukup tidak adil.Orang-orang seperti awak selalu menilai kami dengan sebelah mata tanpa memahami dengan lebih mendalam terhadap permasalahan jiwa dan keinginan kami,”tiba-tiba ‘wanita’ itu bangun membantah.
“Permasalahan jiwa dan keinginan?Maaf,sebenarnya saya tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa.Ini adalah sekadar pemerhatian yang…..”belum selesai aku berkata-kata,dia bangun berdiri.
“Pemerhatian dengan mata kasar tanpa menjiwai sendiri permasalahan bukanlah satu jawapan yang benar-benar baik.Awak membentangkan tajuk ini seolah-olah kami telah melakukan kesalahan yang sangat besar!”ujarnya seperti berang.
“Macammana saya tak anggap ini adalah satu masalah besar sedangkan sudah terang lagi bersuluh ,Islam sangat melarang transeksualisme.Ada dalam hadis Sunan Abu Dawud ,Buku 32,Nombor 4087 yang bermaksud:diriwayatkan oleh Abu Hurairah :Rasulullulah s.a.w melaknat lelaki yang berpakaian seperti wanita dan wanita yang berpakian seperti lelaki.Ada lagi hadis riwayat Ibnu Abbas:Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang berkelakuan seperti wanita dan sebaliknya dan katanya lagi “halau mereka dari rumahmu”.
Barangkali awak faham sebab awak pun daripada jurusan agama.Jangan sampai nafsu memperkudakan sifat dan kejiwaan awak sehingga melupakan batas-batas syariat,”aku berhujah dengannya.
Dia terdiam lama.Dari depan,aku memandang wajahnya merah.Tiba-tiba sahaja terbit rasa cemburu di hatiku.Kulit mukanya kelihatan sangat halus dan lembut.
“Yalah,orang macam awak memang suka bagi dalil agama kalau bercakap.Kami tahu,apa yang kami buat ni salah.Tapi awak takkan faham jiwa kami yang sebenarnya.Sejak lahir,jiwa kami sudah tebal dengan sifat kewanitaan.Ini sudah takdir Tuhan.Jadi apa salah saya?Kenapa orang nak hina saya?Kenapa caci saya?Saya tak pernah susahkan adik beradik,mak bapak saya dan orang lain.Saya beli alat-make-up dengan duit saya sendiri.Saya tak jual badan kat lorong.Tapi,kenapa orang pandang rendah kat saya lagi?Saya nak berubah sebenarnya,tapi saya tak mampu.Jadi,saya salahkah?Salahkah?”tiba-tiba dia terduduk sambil merintih-rintih sayu.Air matanya keluar membanjir.
Melihatkan keadaannya,aku mula rasa serba salah.
(bersambung)
No comments:
Post a Comment