Friday, August 28, 2009

Duhai Hawa..


"Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan
lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu
kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu
kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Friday, August 21, 2009

Ahlan Ya Ramadhan Kareem..

Pesta ibadah telah hadir,pencarian malam Lailatul Qadr yang lebih mulia dari seribu bulan pun sudah bermula. Ramadhan yg dirindui kini tiba lagi..syukur alhamdulillah dipanjatkan pd Ilahi yang masih lagi meminjamkan nyawa buat kita bertemu dgn Ramadhan yang mulia ini. Bulan yang menjanjikan rahmat dan barakah yang melimpah serta berganda-ganda pahala amalan ibadat. Inilah antara bukti kasih sayang Allah SWT buat sekelian makhluknya. Sama2lah kita merebut setiap ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di dalam bulan ini terutamanya malam Lailatul Qadr. Tingkatkan amalan ibadat bermula dari bulan ini dan semoga ia berkekalan sepanjang tahun sehingga kita bertemu Ramadhan yang seterusnya, insyaAllah. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramdhan sebelumnya.




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah !
Rahmatilah dan sejahterakanlah atas penghulu kami Nabi Muhammad dengan
selawat yang terafdhal dimana Engkau berselawat keatasnya dengan
selawat itu,
Wahai yang mempunyai kemuliaan dan kemurahan, wahai yang
Maha Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihi. Dan sesungguhnya
Allah telah redha dengan sahabat-sahabat Rasulullah sekeliannya. Dan
telah redha kepada kami, kedua ibubapa kami dan anak-anak kami dan
seluruh orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya orang-orang
yang menunggu kedatangan malam ini telah lama menunggu akan tibanya,
telah mengharap orang-orang yang mengharapkan dan ghairah terhadap
kemurahan-Mu. Dan juga telah ghairah orang yang menuntut akan
(amalan-amalan) maarufMu. Untuk Engkau malam dari malam-malam yang
lain di dalam bulan Ramadhan, tiupan-tiupan (roh), ganjaran dan hadiah
atas barangsiapa yang Engkau kehendaki dari kalangan hambaMu. Maka
jadikanlah kami Ya Allah, juga kedua ibubapa kami dan anak-anak kami,
isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, sahabat kami dan sekelian
orang Islam dari kalangan yang mendapat pertolonganMu. Kami berdoa
kepadaMu sebagaimana perintahMu keatas kami, maka terimalah doa kami
sebagaimana janjiMu terhadap kami, sesungguhnya Engkau tidak
memungkiri janji, Wahai yang Maha Pengasih dari kalangan mereka yang
mengasihi.

Ya Allah !
Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran
dengan hikmah serta penjelasan. Berkatilah kami, Ya Allah, di dalam bulan Ramadhan ini.
Berkatilah kami, Ya Allah, di dalam bulan Ramadhan ini.
Berkatilah kami, Ya Allah, di dalam bulan Ramadhan ini.

Kurniakanlah kepada kami Ya Allah (dengan kedatangan bulan Ramadhan dan curahan rahmatNya) tahun demi tahun atas barang apa yang Engkau kasihi dan redhai, wahai yang Maha mengasihani dari kalangan yang mengasihi. Ya Allah! sesungguhnya Engkau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadhan membebaskan ahli neraka, maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibubapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang
tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Engkau bebaskan dari ahli neraka tersebut.

Wahai Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan.
Wahai Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan.
Wahai Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan.

Masukkanlah kami dan mereka kedalam syurga sebagai orang-orang yang
sejahtera. Wahai Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemurah, Engkau
amat suka untuk mengampunkan maka ampunilah kami.Wahai Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemurah, Engkau amat suka untuk mengampunkan maka ampunilah kami. Wahai Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemurah, Engkau
amat suka untuk mengampunkan maka ampunilah kami. Dan rahmatilah serta sejahterakanlah ke atas maklukMu yang paling mulia, penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan
sahabat baginda kesemuanya, dan segala pujian milik Allah Tuhan pentadbir sekelian alam.

Ameen Ya Rabbal 'alameen..
(Doa solat terawih)

Wednesday, August 19, 2009

Amalan yang dilaknat Allah SWT dan para malaikat

Imam Abdullah bin al-Mubarak R.A. telah meriwayatkan di dalam kitab Al-Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki iaitu Khalid bin Maadan yang pernah berkata kepada Muaz:
“Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadith yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w..

Lalu Muaz menagis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadaku:

Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu ceritakan kepada kamu sebuah hadith jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manafaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujahmu di hadapan Allah pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit pertama. Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu berkata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah:

“Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama kerana orang yang mengerjakan amalan tersebut tidak terlibat dengan dosa mengumpat orang) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakanya kerana ia mengkehendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripad itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu ( melintasi langit yang pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yan ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takbur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat maka berkata malaikat penjaga kangit keempat itu:

“ Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ‘ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ‘ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ‘ujub terhadap dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disanbut) ke rumah suaminya (maksudnya amalan itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang pertama:

“ Berhenti kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanya di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad , ia sangat hasud kepada orang berlajar ilmu dan beramal seperti amalanya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada sembahyang, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut:

“ Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini tidak melintasi aku.”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu tiga ribu malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintulangit tersebut:

“ Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat zikir ( seorang yang beramal dengan tujuan supaya disebut-sebut oleh orang lain). Aku akan menghalang amalan orang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia bukan beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah ber firman kepada paraa malaikat –Nya:
“ Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak mengkehendaki akan Aku dengan amalannya tersebut. Ia hanya mengkehendaki sesuatu yang lain daripadaKu oleh kerana itu maka Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”

Lalu para malaikat tadi berkata:
“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.”
Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.

Mendengar sabda Rasulullah s.a.w. ini lalu Muaz menangis seraya berkata:
“Engkau adalah Rasulullah s.a.w. sedangkan aku adalah Muaz (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera”.

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:

“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca al-Quran (golongan ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas mereka dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu di hadapan mereka .
Dan jangan engkau campurkan urusan dunia di dalam urusan akhirat . Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis
nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu dan jangan engkau membesarkan dirimu , maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia, maka mencarik akan dikau oleh anjing-anjing api neraka pada hari kiamat nanti. Allah berfirman yang bermaksud:“ Demi yang mencarik dan carikkan .” (al-Nazi’at: 2) Apakah engkau ketahui wahai Muaz siapakah mereka yang mencarik itu? Muaz bertanya: “Ya Rasulullah, sebenarnya siapa mereka?” Lalu Nabi s.a.w. menjawab: “Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”
Muaz bertanya:
“Ya Rasulullah siapakah yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?”
Nabi s.a.w. mwnjawab:
“Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”

Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata:
“Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca al-Quranul Karim
lebih daripada Muaz kerana beliau faham terhadap hadith yang besar ini.”

~dipetik dari kitab Bidayatul Hidayah-Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali



Saturday, August 15, 2009

The Arrivals- truth revealed

20 minit yang lepas saya baru sahaja menonton beberapa siri The Arrivals ini. Begitupun hati ini sudah cukup tersentuh dan tersentak dengan kebenaran yang dipaparkan dalam The Arrivals ini. Kebenaran yang tidak diragui lagi, membuka mata dan mata hati setiap yang menontonnya (dengan izin Allah jua) untuk menyedari hakikat sesungguhnya syaitan itu tidak akan sekali-kali berputus asa dalam menyesatkan dan memesongkan manusia. Perancangan yang tersusun rapi dengan bantuan pelbagai jenis hiburan yang disalurkan di tv,radio dan internet hingga manusia tersungkur jauh dari agama dan Allah. Begitulah yang dijelaskan dengan cukup terperinci di dalam setiap siri ini. Siri-siri yang dipaparkan dalam The Arrivals merupakan rentetan penjelasan mengenai penjajahan minda manusia kini dalam mencapai New World Order. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang New World Order, simbol mata satu dan piramid serta kaitannya dengan kedatangan Dajjal tontonilah The Arrivals selagi siri-siri ini masih boleh ditonton. Boleh lawati website nya disini . Anda juga boleh download di link ini:


قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ (16) ثُمَّ لَآَتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ (17) 16.

Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, 17. kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).


Ingatlah syaitan itu tidak akan pernah berputus asa untuk menyesatkan Bani Adam. Semoga Allah Ta'ala memelihara diri kita daripada syaitan dan dajjal laknatullah.

Laa haulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Friday, August 14, 2009

Musibah itu nikmat bagi orang-orang soleh

Kehidupan di dunia tidak akan pernah sunyi dari dugaan dan musibah kerana itulah tujuan dunia diciptakan oleh Allah SWT iaitu sbg tempat menguji hambaNya. Ia juga dpt membezakan antara mereka yang beriman dengan tidak. Sifat orang-orang yang mempunyai iman di hatinya adalah tetap sabar dan redha atas apa jua ujian yang datang. Tidak kira sebesar mana ujian yang menimpanya hatinya tetap teguh dalam beriman dan yakin dengan ketentuan Tuhannya. Allah SWT tidak menjadikan ujian sebagai penutup bagi segala kenikmatan malah ia membuka jalan untuk kita mencapai nikmat cinta dan hampir (taqarrub) pd Allah Ta'ala.

Telah berkata Junaid Al Baghdadi, " Bala merupakan pelita orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lengah (lupa). Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala,rela dan sabar. "

Rasulullah SAW juga bersabda, "Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit janganlah segera meminta sembuh."

Telah berkata Adl Dlahak ra, "Barangsiapa tidak diuji antara tiap-tiap 40 hari dengan suatu bala, kedukaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah".

Daripada Muaz bin Jabal ra, beliau berkata, "Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada (malaikat) pencatat amalan buruk, "Hapuskan amalannya" dan berkata kepada (malaikat) pencatat amalan baik "Tuliskan untuk hambaKu yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat."


Laa haulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.