Thursday, April 29, 2010

Buat hati kita yang sering terlupa


Perjalanan kehidupan yang memerihkan membuatkn kita seringkali lupa. Dalam kekalutan dunia sekarang,masing2 sibuk mengejar harta,pangkat,nama,kereta,banglo dan segala kenikmatan yang ada. Berlumba-lumbalah dalam kemewahan hingga terlupa segalanya. Semakin hari kita semakin melupai ALLAH Ta'ala..semakin banyak melakukan dosa...semakin jauh dan jauh dari ALLAH Ta'ala..nauzubillah minzalik.

Sesungguhnya beringatlah bahawa ISLAM yang kita anuti bukan sekadar agama sahaja,bukan sekadar solat yang kita lakukan 5 kali sehari,dan bukan hanya setakat cukup dengan puasa,zakat dan haji. Tetapi ISLAM adalah cara hidup kita yang sebenar. ISLAM merangkumi segala2nya termasuklah cara berpakaian,bertutur,belajar,bekerja,bersosial,berakhlak dan sebagainya...semuanya telah ALLAH gariskan buat kita. Sepatutnya kita berbangga kerana berada dalam agama yang benar...nikmat yang tidak ternilai harganya iaitu nikmat berada di dalam ISLAM dan iman. Namun sebaliknya sayang sekali...kitalah yang merendah2kannya,kita malu dengan agama ISLAM. Malu apabila orang lain melihat kita cuba membawa identiti ISLAM. Malah kita tidak segan silu pula mengikut budaya2 barat yang membawa kita jauh dari kehidupan ISLAM yang sebenar. Kita semakin lalai dengan kehidupan fana' yang mengasyikkan hingga terlupa ALLAH Ta'ala itu ada dan melihat setiap perbuatan kita.

Tidak patut bagi kita mengambil hanya sebahagian ISLAM dan meninggalkan sebahagian yang lain. Umpamanya sebuah rumah yang dibina hanya mempunyai dinding dan tiang sahaja. Pastinya pelik dan tidak selesa berada di rumah tanpa atap bukan?Begitulah juga kehidupan kita takkan sempurna tanpa Islam. Tapi sejauh manakah kita telah mengamalkan ISLAM dalam kehidupan?Adakalanya kita tahu bahawa ALLAH itu ada tapi kita tetap sombong pada-NYA. Kita kufur pada nikmat yang melimpah ruah hingga lupa mengucap syukur pada Pemberi Nikmat. Kita tahu adanya dosa dan pahala...dan kita juga tahu adanya syurga dan neraka....tetapi kita tidak peduli akan semua itu,kita melanggar semua perintah ALLAH Yang Maha Kuasa. Renungkan kembali layakkah kita digelar Muslim?Apalah ertinya kemewahan dan kenikmatan hidup andai diri tidak dipandangan ALLAH Ta'ala.

Renungilah sebuah hadits Qudsi, dimana Rasulullah SAW ada bersabda:
ALLAH SWT berfirman, "Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu. Jika dia ingat kepadaKu dalam hatinya, Aku pun akan mengingatinya dalam hatiKu. Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khayalak ramai yang lebih baik. Dan jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku pun akan mendekatinya sehasta. Dan jika dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika dia datang kepadaKu berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari." (HQR Syaikhani dan Tidmidzi dari Abu Hurairah R.A.)


Begitulah besarnya kasih sayang ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada kita setiap hamba ciptaan-NYA. Andai terasa diri sudah jauh tersasar...marilah kita kembali kepada ISLAM yang sebenar.Kembalilah hati untuk sentiasa berzikir mengingati ALLAH Ta'ala. Kembalilah diri pada ALLAH Ta'ala yang tidak pernah jemu mendengar rintihan setiap hamba-NYA. Ingatlah sebesar2 kemurkaan ALLAH itu...lebih besar lagi kasih sayang-NYA.


**********************************************************************************
Rabbi...kemana lagi kah akan kami hadapkan muka ini jika ENGKAU tidak mengampunkan kami..maka dengan itu ampunkanlah segala keterlanjuran dan dosa maksiat yang telah kami lakukan YA ALLAH..kami sedar dan insaf atas setiap kelalaian kami...jadikan lah kami hamba-MU yang sebenar2 hamba.. perkenankanlah kami mencintai-MU dengan sebenar2 cinta..dan jadikanlah matlamat hidup kami hanyalah untuk-MU....

Ya ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM..dgn Rahmat-MU yg luas,perkenankanlah rintihan hati kami ini kerana hanya pada-MU tempat kami merintih dan mengadu..aminn Ya Rabbal 'alameenn..

Sunday, April 11, 2010

Yang Dicari Selama Ini

Dunia ini umpama perjalanan seorang musafir kelana menuju satu destinasi yang pasti. Laluannya cuma satu arah iaitu menuju pada ALLAH SWT. Dia lah yang menciptakan kita dan kepadaNya lah kita kembali. Di situlah asal kita dan di situ juga kita kembali. Mahu atau tidak itulah hakikat kehidupan kita sebagai hamba. Kematian yang akan menjemput kita menemui ALLAH SWT sama ada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya..kita sendiri lah yang menentukan.

Ada juga manusia yang masih tidak sedar bahawa sebenarnya kewujudan di dunia ini hanyalah untuk menuju mati. HAti sering tertanya2 kenapa aku wujud di dunia ini jika suatu masa kematian tetap akan terjadi? dan kenapa perlunya kematian? Tiada salahnya jika hati bertanya kerana itulah fitrah yang telah Sang Pencipta titipkan di dalam diri setiap insan. Fitrah untuk kembali pada asal. Lihatlah alam di sekeliling kita, renunglah sedalam-dalam nya ke dalam diri...carilah bukti interaksi antara kita dan Sang Pencipta. Sesudah itu akan terbit rasa rindu yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Di akhirnya kita pasti sedar bahawa selama ini hanya Si DIA lah yang kita cari.

Dalam Risalah Mahabbah oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis, beliau mengatakan; Ramai manusia mencari apa yang belum pasti, sedangkan dia menuju apa yang pasti. Manusia yang bijak adalah, dia hanya mencari dan menuju apa yang pasti. ALLAH s.w.t.-lah yang pasti lagi hakiki. Tangisanmu biar terarah kepada mencariNya, agar jiwamu puas hanya dengan merinduiNya.

Umpama seseorang yang merindui sang kekasih, hati yang sentiasa merindui ALLAH pasti akan berusaha mendapatkan Cinta dan RedhaNYA. Bahagialah insan yang menemui ALLAH dalam bersama redha ALLAH dan rugilah bagi mereka yang berakhir dengan kemurkaan NYA. Moga Allah s.w.t. membimbing kita dan membawa kita kepada pembimbing yang boleh membawa kita kepadaNYa.

Allahummar zuqni hubbak wa hubb man yuhibbuk wal 'amalallazi yuballighuni hubbak...aminn Ya Rabb...


Lahaula wala quwwata illa billahil 'adzim.

Friday, April 9, 2010

Fenomena Sungai dalam laut?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pada bulan Mac yang lepas, saya telah menerima sebuah emel mengenai fenomena yang sungguh menakjubkan iaitu Sungai Dalam LAut. Subhanallah..begitu hebat sekali kekuasaan ALLAH SWT. Pernahkah terfikir di akal kita akan fenomena yang sungguh mengagumkan seperti ini? Dan ternyata segala kejadian ini telah dibuktikan di dalam Al Quranul Karim. Ternyata ALLAH SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa dan hanya Dialah yang berhak disembah.

Alhamdulillah..di saat-saat menularnya berbagai fahaman songsang yang membuatkan manusia semakin hilang percaya pada kekuasaan Tuhan,di saat manusia menjadikan segala kenikmatan dunia sebagai berhala di hati mereka, Allah SWT memperlihatkan kita sekali lagi dengan sesuatu yang sungguh luarbiasa sebagai petunjuk bagi insan-insan yang semakin dibuai arus duniawi. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberi peluang pada kita melihat keagunganNYA ini dan mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa menyedari bahawa kita manusia hanyalah seorang hamba yang lemah. Kembalilah pada Sang Pencipta kerana hanya padaNya tempat kita berharap dan memohon pertolongan. Semoga dengan penemuan seumpama ini lebih ramai insan yang kembali kepada agama fitrah iaitu Islam dengan sebenar-benarnya dan bukan hanya pada nama sahaja.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
Surah Ali Imran.

Berikut adalah petikan artikel tersebut: