Wednesday, June 24, 2009

Ahlan wasahlan Ya Rejab


اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Allahuma Barik lana fi Rajaba wa Sha’bana wa ballighna Ramadhan
Ya Allah Berkatkanlah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan ketemukanlah (sampaikanlah) kami dengan bulan Ramadhan.

Ameen Ya Rabbal 'alameen..

Alhamdulillah syukur dipanjat kan ke hadrat Allah Ta'ala yang masih memberikan kita peluang untuk berada di bulan Rejab yang mulia. Ahlan wasahlan ya Rejab. Selain pahala amalan yang berlipat ganda dan doa2 yang dimakbulkan Allah Ta'ala di bulan yang mulia ini, antara kelebihannya adalah pada malam 27 Rejab berlaku suatu peristiwa mulia yang bersejarah bagi umat Islam. Ia adalah peristiwa Israk dan Mikraj dimana Rasulullah SAW diisrakkan (diperjalankan) daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan dimikrajkan (diangkat) ke Sidratul Muntaha. Firman Allah bermaksud:
"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra', ayat 1)
Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ia sebenarnya sebagai suatu isyarat yang mengajak manusia berfikir tentang kejadian alam semesta dan menerokai segala ciptaan Allah Ta'ala yang maha hebat.


Diantara amalan-amalan yang sangat baik dianjurkan ketika berada dalam bulan Rejab:

- Banyakkan puasa sunat.jika mampu,

- Perbanyakkan Solat-solat sunat yang mengiringi solat fardhu (rawatib).

- Solat sunat Dhuha, sunat tasbih, sunat tahajjud, sunat hajat, sunat witir dan sebagainya, buat menampung amalan fardhu

- Banyakkan masa dengan membaca Al-Quran.

- Banyakkan berzikir dengan bertasbih bertahmid, bertakbir dan bertahlil beberapa ratus kali. Jika tak mampu lakukan beberapa kali termampu pada sebilangan waktu. Waktu terbaik ketika hampir subuh selepas subuh dan ketika hampir masuk waktu berbuka puasa.

- Berselawat keatas Nabi S.A.W. sebanyaknya

- Beristighfarlah mohon keampunan diatas dosa-dosa yang lalu. Paling utama bacalah Istighfar Rejab setiap hari (sila rujuk dalam kitab-kitab doa atau melalui tuan-tuan guru mengenainya)

- Berdoalah memohon sebanyak-banyaknya dalam solat, didalam sujud dan selepas solat beberapa lama tanpa berasa jemu meminta.

Dengan kehadiran bulan Rejab ini bermakna semakin hampirlah kita dengan Ramadhan yang mulia yang ditunggu-tunggu dan dinanti oleh segenap umat Islam. Semoga Allah Ta'ala memuliakan kita dengan menyampaikan kita pada bulan Ramadhan yang dirindui ini. Antara usaha yang dapat dilakukan adalah dengan mengamalkan doa di atas sepanjang bulan Rejab ini. Persiapkanlah diri kita juga dengan sebaiknya sejak dari awal Rejab ini agar kita terpilih di kalangan hamba-Nya yang dilimpahi berkat dan rahmat Ramadhan terutama sekali pada malam Lailatul Qadr. Mudah-mudahan dengan kehadiran bulan Rejab ini juga menjadi permulaan baru untuk kita sama-sama memperbaiki ibadat dan amal agar semakin baik daripada sebelumnya. Semoga amalan-amalan yang dilakukan ikhlas semata-mata mengharap keredhaan dan rahmat-Nya. InsyaAllah.

Selingan kepada posting ini adalah menjawab tag yang diberi oleh Adik Ain. Syukran diucapkan pada dik Ain. Tugasannya mudah sahaja, pastekan gambar di bawah ini. Semoga kita dapat sama-sama meningkatkan lagi amalan ibadat kita dan yang paling utama ikhlaskan diri agar diterima oleh Allah Ta'ala. Kepada sesiapa yang membaca posting ini anda dialu-alukan untuk mengambilnya. :)

2 comments:

Awrapurnama said...

okeh.. cemerlang.. hu2.. alhamd.. trimas.. sma2 ke arah itu.. :)

An-najua said...

insyaAllah..smoga dpt sm2 kita mngambil pengajaran pd nya dn mmberi mnfaat pd kita walaupun hanya sekadar tag..aminn Ya Robb..jazakillah dik Ain..
:)