Telah berkata Al Imam Ibnu Athoillah,
Tanamlah dirimu dalam tanah kerendahan,sebab tiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam, maka tiada sempurna hasil buahnya.Tiada sesuatu yang lebih bahaya bg seseorang yang beramal, daripada menginginkan kedudukan dan terkenal di tengah-tengah umum. Dan sesungguhnya sikap ini sebenarnya adalah datang dari keinginan nafsu yang utama.
Rasulullah SAW telah bersabda:
"Siapa yang merendah diri maka Allah akan memuliakannya, dan barangsiapa yang sombong (besar diri), Allah akan menghinanya."
Ibrahim bin Adham r.a. berkata:
Tidak benar-benar bertujuan kepada Allah, siapa yang ingin masyhur(terkenal).
Ayyub Assakh-tiyaany r.a. berkata:
Demi Allah tiada seorang hamba yang sungguh-sungguh ikhlas pada Allah, melainkan ia merasa senang,gembira jika ia tidak mengetahui kedudukan dirinya.
Muadz bin jabal ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya sedikit riya itu sudah termasuk syirik. Dan sesiapa yang memusuhi seorang waliyullah bererti telah berperang dengan Allah, dan Allah kasih kepada hamba yang bertaqwa yang tersembunyi (tidak terkenal), apabila ketidaanya tidak dicari, bila hadir tidak dipanggil dan tidak dikenal. Hati mereka sebagai pelita hidayah, mereka terhindar dari segala kegelapan kesukaran."
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan sebuah kisah: Ketika kami di majlis Rasulullah SAW tiba-tiba Rasulullah SAW berkata: Esok pagi akan ada seorang ahli syurga yang bersembahyang bersama kamu. Abu Hurairah berkata:Aku berharap akulah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Maka pagi2 aku sembahnyang di belakang Baginda dan terus menetap di majlis itu setelah yang lain pulang. Tiba-tiba ada seorang hamba berkulit hitam datang berjabat tangan dengan Rasulullah SAW sambil berkata: Ya Nabiyallah, doakan semoga aku mati syahid. Maka Rasulullah SAW pun berdoa. Sedang kami pula mencium bau kasturi dari badan hamba itu. Kemudian aku bertanya: Siapakah orang itu? Jawab Nabi SAW:Ya Benar. Ia hamba sahaya dari Bani fulan.
Abu Hurairah berkata: Mengapa tidak kau beli saja dan kau merdekakannya ya Nabiyallah? Jawab Nabi: Bagaimana aku akan dapat berbuat demikian, bila Allah akan menjadikannya seorang Raja di syurga. Hai Abu Hurairah, sesungguhnya di syurga itu ada raja dan orang2 terkemuka. Dia ini adalah salah seorang dari mereka itu. Hai Abu Hurairah, sesungguhnya Allah kasih kepada makhluknya yang suci hati, yang samar, yang bersih, yang terurai rambut,yang kempis perut kecuali dari hasil yang halal, yang bila masuk mengadap raja-tidak diizinkan, bila meminang wanita bangsawan-tidak diterima, bila tidak ada-tidak dicari, bila hadir-tidak dihirau, bila sakit-tidak dijenguk, bahkan bila mati-tidak dihadiri jenazahnya.
Ketika sahabat bertanya: Tunjukkan kepada kami seseorang dari mereka? Jawab Nabi: Iaitu Uwais Al Qarni, seorang berkulit coklat, lebar kedua bahunya, sederhana tingginya, selalu menunduk kepalanya sambil membaca Al Quran, tidak terkenal di bumi tetapi terkenal di langit, andaikan ia bersungguh-sungguih minta sesuatu kepada Allah pasti diberiNya. Di bawah bahu kirinya ada bekas belang sedikit. Hai Umar dan Ali jika kamu bertemu padanya, maka mintalah kepadanya supaya dibacakan istighfar untukmu.
(dipetik dari Kitab Al Hikam-Syaikh Ibnu Atho'illah)
Syair Rabiatul Adawiyah:
كلهم يعبدك من خوف النار ويرون النجاة حظا جزيلا
او بان يسكنوا الجنان ويحظوا بقصور ويشربوا سلسبيلا
وانا ليس لى فى النار ولا الجنة رغب انا لا ارضى بحبى بديلا
"Mereka menyembah Mu kerana takutkan neraka, dan beranggapan lepas daripada azabnya satu kejayaan yang besar. Ataupun kerana ingin menghuni syurga dan memperolehi mahligai dan minum air salsabila. Akan tetapi aku bukanlah menyembaMu kerana untuk lepas daripada neraka atau untuk mendapatkan syurga, aku tidak rela cintaku ditukar ganti."
[Merendahlah wahai diri dan hati..moga dikasihi ALLAH Ta'ala dan penghuni langit. Semoga ALLAH Ta'ala menggolongkan diri kita di kalangan para mukhlisin dan muttaqin..aminn Ya Rabb~]
[Merendahlah wahai diri dan hati..moga dikasihi ALLAH Ta'ala dan penghuni langit. Semoga ALLAH Ta'ala menggolongkan diri kita di kalangan para mukhlisin dan muttaqin..aminn Ya Rabb~]
No comments:
Post a Comment