Dunia ini umpama perjalanan seorang musafir kelana menuju satu destinasi yang pasti. Laluannya cuma satu arah iaitu menuju pada ALLAH SWT. Dia lah yang menciptakan kita dan kepadaNya lah kita kembali. Di situlah asal kita dan di situ juga kita kembali. Mahu atau tidak itulah hakikat kehidupan kita sebagai hamba. Kematian yang akan menjemput kita menemui ALLAH SWT sama ada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya..kita sendiri lah yang menentukan.
Ada juga manusia yang masih tidak sedar bahawa sebenarnya kewujudan di dunia ini hanyalah untuk menuju mati. HAti sering tertanya2 kenapa aku wujud di dunia ini jika suatu masa kematian tetap akan terjadi? dan kenapa perlunya kematian? Tiada salahnya jika hati bertanya kerana itulah fitrah yang telah Sang Pencipta titipkan di dalam diri setiap insan. Fitrah untuk kembali pada asal. Lihatlah alam di sekeliling kita, renunglah sedalam-dalam nya ke dalam diri...carilah bukti interaksi antara kita dan Sang Pencipta. Sesudah itu akan terbit rasa rindu yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Di akhirnya kita pasti sedar bahawa selama ini hanya Si DIA lah yang kita cari.
Dalam Risalah Mahabbah oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis, beliau mengatakan; Ramai manusia mencari apa yang belum pasti, sedangkan dia menuju apa yang pasti. Manusia yang bijak adalah, dia hanya mencari dan menuju apa yang pasti. ALLAH s.w.t.-lah yang pasti lagi hakiki. Tangisanmu biar terarah kepada mencariNya, agar jiwamu puas hanya dengan merinduiNya.
Umpama seseorang yang merindui sang kekasih, hati yang sentiasa merindui ALLAH pasti akan berusaha mendapatkan Cinta dan RedhaNYA. Bahagialah insan yang menemui ALLAH dalam bersama redha ALLAH dan rugilah bagi mereka yang berakhir dengan kemurkaan NYA. Moga Allah s.w.t. membimbing kita dan membawa kita kepada pembimbing yang boleh membawa kita kepadaNYa.
Allahummar zuqni hubbak wa hubb man yuhibbuk wal 'amalallazi yuballighuni hubbak...aminn Ya Rabb...
Lahaula wala quwwata illa billahil 'adzim.
4 comments:
kakak :)
adik su :)
salam...pohon copy ye,buat titipan ummah.syukran
wsalam..silakan akhi..sgalanya hakcipta milik ALLAH Ta'ala.semoga bermanfaat utk smua...:)
Post a Comment