Monday, March 30, 2009

Zuhud

Zuhud ialah menghindari kecintaan terhadap sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Membenci dan mencintai dalam zuhud mempunyai syarat-syarat tertentu,sebab syarat zuhud ialah yang dibenci harus lebih buruk daipada yang dicintai. Atau dgn kata lain,yang disenangi adalah lebih baik dari yang dicintai.

Sangat banyak hadith yang menerangkan tentang zuhud diantaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah sesorang itu zuhud terhadap dunia kecuali diberikan hikmat oleh Allah kedalam hatinya , akan dijauhkan pula lidah dan matanya dari keburukan dunia, dan dengan tenang ia akan masuk syurga." (HR Baihaqi)

Jika seseorang itu hendak melakukan zuhud, maka hendaklah ia fahami erti zuhud yang sebenar. Zuhud ialah tidak ada ketergantungan hatinya pada harta, akan tetapi bukan bermaksud tidak memiliki harta sama sekali.Manusia sekarang sibuk mengejar dunia,mengumpul harta sebnayak-banyaknya. Tidaklah salah untuk kita mengumpul harta didunia namun cukuplah sekadar keperluan sahaja. Janganlah sehingga harta itu melalaikan kita dan menjauhkan kita daripada Allah Ta'ala.

Sabda Rasulullah SAW lagi, "Zuhud terhadap dunia akan dapat menenangkan hati dan jiwa, sedangkan mencintai dunia akan membuat orang banyak berkhayal dan sedih, dan tidaklah seorang hamba diuji keimanannya kecuali diberikan kepadanya kepedihan yang bersangatan."(HR Ahmad)

Jangan mengira bahawa Nabi Sulaiman a.s. yang kaya raya itu tidak zuhud,begitu juga dgn Nabi Muhammad SAW. Mereka adalah orang yang paling zuhud. Apabila mereka memakan roti dan memakan makann yang lebih sedap, sesungguhnya yang demikian itu adalah makan org yang zuhud.

Berkata Al-Junaidi,
"Zuhud ialah kosongnya tangan dari memegang harta dan putusnya hati dari mengingatinya."

Menurut Abu Sulaiman Ad Darani:
"Zuhud ialah meninggalkan sesuatu yang dapat memalingkan kamu dari Allah Ta'ala."

Menurut Sufyan Sauri pula,
"Zuhud ialah terputusnya angan-angan dari dunia."

Zuhud adalah maqam setelah taqwa,yang harus ditempuh oleh seorang hamba yang ingin bertemu dengan Allah Ta'ala., dan zuhud merupakan perantara terhadap cinta kepada Allah Ta'ala.


Ingatlah pesan Rasulullah SAW yang bermaksud,:
"Zuhudlah kamu di dunia nescaya Allah Ta'ala akan mencintaimu, dan zuhudlah kamu pada manusia nescaya mereka menyukaimu."(HR Ibn Majah)


:::Ya Allah janganlah Engkau letakkn dunia di hati kami tetapi letakkan lah dunia di genggaman kami..::

Laa haulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Friday, March 27, 2009

Peliharalah masa agar dimudahkan urusan

"Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan padamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja, maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umurmu dengan sia-sia" Saidina Ali KWJH.

Manusia itu dijadikan Allah Ta'ala dengan sifatnya yang sentiasa berkeluh kesah. Kehidupan pula sentiasa menuntut kita dengan pelbagai tanggungjawab yang meletihkan dan menguji kesabaran kita. Tidak kira sebagai seorang pelajar atau mereka yang telah berada di alam pekerjaan, sentiasa ada sahaja waktu-waktunya yang menekan kita. Sebagai contoh sebagai seorang pelajar, sentiasa dibebani dengan tugasan dan projek yang perlu disiapkan dalam suatu jangka waktu. Ditambah pula dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain, sememangnya agak menekan hidup kita. Masa yang ada 24jam dirasakan tidak cukup,tension dan kualiti kerja pun merudum jatuh. Kesibukan yang datang terlalu hebat hingga terasa diri ibarat seorang menteri.

Kalau kita imbas kembali sirah perjuangan Habiballah Rasulullah SAW yang tercinta sebenarnya bagindalah orang yang paling sibuk sekali di dunia ini. Tanggungjawabnya yang sangat berat sebagai seorang penyebar risalah Al Haq, pemerintah negara, imam umat Islam, suami,bapa,jiran,guru dan banyak lagi. Namun begitu, kualiti kerja bagindalah yang terbaik sekali, bagindalah sebaik-baik ikutan, khairu ummah. Ambillah contoh tauladan baginda sebagai ikutan,meskipun dibebani dengan bermacam kesibukan dan keletihan masih mampu tersenyum dan menggembirakan hati insan di sekeliling baginda.

Janganlah kita mengeluh dan mengatakan tidak cukup masa. Masa yang telah Allah Ta'ala kurniakn 24jam gunakanlah dengan sebaiknya. Mohonlah pada Allah agar memelihara masa kita,menjadi tersusun dan semoga sentiasa diisi dengan perkara yang bermanfaat. Imam Al Ghazali suatu masa dahulu pernah berteki teki dengan anak-anak didikannya. Kata beliau"Apakah yang paling jauh?" Dan jawabannya adalah masa yang telah berlalu itulah yang paling jauh daripada kita.



Semasa Nabi Musa a.s nak kukuhkan aqidahnya terhadap Allah, beliau tanya kat Allah SWT "Ya Allah, apakah Engkau tak pernah tidur walau sekejap pun?" maka Allah SWT suruh Nabi Musa a.s junjung sebaldi air dan letak atas kepalanya…sampai ke malam Nabi Musa a.s junjung baldi tersebut sampai dia pun terkuap-kuap mengantuk, dan finally tertido. Habis la basah kuyup pakaian Nabi Musa a.s dan masa tu la Allah SWT berfirman kepadanya "Jika Aku tidur, maka begitulah jadinya pada dunia ni,habis tunggang langgang.."


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Laa haulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Friday, March 20, 2009

Dambaan kasih Ilahi


Dambaan kasih Illahi,
Sekian lama hati mencari sesuatu yang pasti,
Bagi menjadi nur dihati yang resah gelisah,
Gelap gelita,
tanpa sinar cahaya kasihMu Illahi,


Dambaan rahmat dariMu Ya Rabbi,
Bagi merestui perjalan sufi di muka bumi ini,

Agar langkahku lurus meniti sinarmu Illahi,
Walau taubat sering kumungkir,

Walau janji sering terpinggir,
Namun, nikmat dan rahmatMu masih hamper,

Betapa hati ini hina,

Betapa diri ini durjana,

Alpa dek kelalian dunia,

Tuhan,

Terimalah seadanya sujudku di telapak sejadahMu,

Berkatilah sekelumit doa yang hanya mendamba rahmat dan kasihmu,

Sesungguhnya engkau Tuhanku,
Yang menciptakan aku dari setitis air yang hina,

Kepada makhluk yang mulia,

Sucikanlah hati ini dari mazmudah kemungkaran,

Sinarkan ianyadengan madah mahdudah,

Agar bias kukecapi halawah imanmu….


Ya Rabbi…

Ampunilah aku…

Monday, March 16, 2009

Selembar Bulu Mata

Pada hari akhirat kelak, ada seorang manusia yang hanya dengan pertolongan selembar bulu mata..Dia dituduh bersalah , menyia2kan umurnya di dunia dengan berbuat maksiat ..Tetapi dia berkeras membantah,

"Tidak..Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi.."

"Tetapi saksi2 mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat ...Orang itu menoleh kiri dan kanan dan ke segenap penjuru . Anehnya dia tidak nampak sesiapun sebagai saksi..

Di situ hanya ada dia sendirian..Maka diapun menyanggah, "Manakah saksi2 yang kau maksudkan? Di sini tiada siapa pun kecuali aku dan suaramu.." "Inilah saksi2 itu," ujar malaikat..

Tiba tiba mata angkat bicara, "Saya yang melihat ,"...

Di usul dengan telinga, "Saya yang mendengar,"...

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium ."...

Bibir mengaku, "saya yang merayu,"....
Lidah menjawab .."Saya yang menghisap ."..

Tangan pula meneruskan, "saya yang meraba .."..
Kaki menyusul, "Saya yang berjalan kearah maksiat itu,"...

"Nah .. kalau aku biarkan , seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu," ucap malaikat..

Perasaan gerun menyelinap segenap ruang tubuh orang itu..Dia bagaikan berputus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dilemparkan ke dalam jahannam . Padahal , rasa rasanya dia telah terbebas dari tuduhan dosa..

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan itu..sekonyong konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya, "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi,"...
"Silakan." kata malaikat. "Terus terang saja , menjelang ajalnya , pada suatu tengah malam yang bening, aku pernah dibasahinya dengan airmata ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya."

"Bukankah Nabinya pernah berjanji, dua mata yang tidak disentuh api neraka; mata yang berjaga pada jalan Allah dan juga mata yang menangis kerana takutkan Allah ."

" Maka saya ,selembar bulu matanya , berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sehingga membasahi saya dengan air mata penyesalan ."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu ,orang itu dibebaskan dari neraka dan dihantar ke syurga.

Sebaik menjengah ke pintu syurga , kedengaran suara penghuninya :
"Lihatlah ,Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu matanya.."

Ya Allah.....


Wednesday, March 11, 2009

Sambutan Maulid Kubro di Al Jenderami








klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.
semua dijemput hadir, untuk keterangan lanjut tentang lokasi dan sebagainya boleh lihat di website Yayasan Al Jenderami

Monday, March 9, 2009

Tetap teguhlah di sisi Rasulullah SAW

"Apabila azan sang muazin, berserulah dia, ‘Asyhaduan Lailahaillallah’, (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin.”

Assalamua'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Salam Maulidurrasul ana ucapkan pada semua...sama-samalah kita merenung kembali kisah insan teragung dan termulia di segenap pelusuk alam, Nabi Muhammad SAW, kekasih yang sentiasa dirindui.semoga bertambah2 kecintaan kita pada Rasulullah Shallahu 'alaihi wasallam.

Kehadiran detik 12 Rabiu'lawal kali ini sesungguhnya menghadirkan kesayuan di hati ini lantaran kerinduan yang semakin mendalam buatmu Rasulullah Ya Habiballah. Namun begitu diri ini tidak pasti adakah layak untukku menyatakan rasa kerinduan buatmu sedangkan jauh benar rasanya amalan yang dilakukan kini dengan apa yang menjadi sunnahmu.

Bersempena dengan Maulidurrasul kali ini,ana kongsikan dengan sahabat-sahabat sekelian sebuah luahan rasa yang ana perolehi dari seorang sahabat ana yang cukup menyentuh hati,semoga dapat sama-sama kita menyegarkan kembali kecintaan pada baginda SAW serta menguatkn kembali semangat untuk terus berjuang di jalan dakwah yang telah dibina baginda SAW.


Buat para mujahid yg sdg merindui jln menuju ALLAH…
Allahumma solli wasallim wabarik ‘ala Muhammad wa ‘ala alihi wasohbihi ila yaumiddin..

Rasulullah SAW dn generasi itu tlh tiada! Lama sudah mrk berlalu meninggalkn kita.
Muhammad, kekasih ilahi. Baginda berjalan selangkah demi selangkah,meniti hari.Bermula daripd seorg diri, menyampaikn dakwah secara sembunyi2. Bukannya baginda tidak berani dan takut mati, namun itulah tertib wahyu ketika itu, strategi Rabbi.

Ucapan Baginda tidak lahir dr nafsu melainkn wahyu yg suci.Ucapan yg hikmah dr kalbu yg jernih disambut oleh hati yg bersih dn jiwa yg fitri. Dimulainya mengajak manusia kpd Islam dgn menjernihkn fikrah, pndekatan akal, pemahaman dan menyentuh hati sanubari. Juga dgn jln hujah dan keterangn, dgn hikmah dn pengajaran penuh seni.

Bilamn ade prdebatan dirungkaikn dgn baik dn menawan hati. Bila mn mndpt tekanan, rintangn serta siksaan brlaku sabar dn melontarkn doa kasih nansejati. Dgn rahmat dn kurnia Ilahi, seorg demi seorg menyertai, dr golongn bangsawan mulia hingga hamba sahaya tidak mahu terkecuali.Lalu, trbentuklahjemaah Islam pertama, jemaah Rasulullah dan para sahabi. Jemaah baru itu masih sgt kecil dn golongan ghuraba’ di Mekah, kota kelahiran sendiri.

Golongan ghuroba’ inilah yg kelihatan brjalan perlahan2 dan lambat, akhirnya mnjadi kelompok yg mulia, gah, izzah dn mnjadi generasi trbaik umat ini. Mereka tidak punya apa2, melainkn jiwa yg sarat keyakinan bhw janji ALLAH itu pasti! Biarpunsehebat mn rintangan, jln dakwah terus brkembang dn panjinya berkibar tggi.

Jalan dakwah inilah jalan yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW sehingga Islamlah seluruh jazirah Arab, demikian pula Parsi, Romawi, mencabutjahiliyyah dari akar umbi.


Sabda Rasulullah SAW,
“Ingatlah bhw Islam itu brputar, maka brputarlah kamu brsama Islam ke mana saja ia brputar.Ketahuilah bhwsanya penguasa dn AL-Quran akan berpisah, maka janganlah kamu brpisah dari Al-Quran.”

Duhai ikhwahfillah, ketahuilah..

Dalam langkah hidup ini, hanya ada 2 jalan yg slh satunya perlu ditempuhi. Kita yg memilih jalan kita sendiri. Kalau kita memilih jalan menuju kecelakaan diri sndiri itulah jalan syaitan, nafsu, syahwat dan duniawi. Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblisi.

Orang yg berjalan di atas jaln Ilahi sentiasa brusaha mensucikan jiwa dan hati, sementara org yg berada di jln iblisi, tiada sensitiviti dlm mengotori dan menodai hati. Masing2 berusaha dn masing2 bergerak menuju waktu dan hari, mendekati MATI. Akhirnya masing2 kerdil mengadap Ilahi. Sudah tentu disana, ada prbezaan antara keduanya di alam abadi.

Tanyalah diri, mahukah kita mencampak diri ke lembah kehinaan saat bertemu Rabbi? Atau meletakkan diri ke darjat yg tertinggi? Sudah tentu jawapn kita mengimpikn tempat disisi Ilahi.

Namun adakh sama org yg sekadar berangan2 ttp tidak mempunyai persiapan yg serius utk menghadapNYA? Berapa ramai org yg sanggupmenjual harta dn dirinya demi membeli redha ALLAH? Sungguh,manusia lupa saat prjumpaan itu!

Zaman brganti zaman, Islam asing(gharib) kali kedua,hati2 yg jernih fikrahnya mnjadi ghuroba’.Golongn ini sedikit sekali krn golongn ini sering mndpt tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yg tinggal hanyalah org yg benar2 ikhlas denganNYA.

Adakah amalan dan akhlak kita trmasuk dlm golongn ghuroba’ ini?Mungkinkah kelalaian kita yg berterusan ini akan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini?Nauzubillah!


Ya Muqallibal Qulub tsabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala tho'atik..Ameen Ya Robbal 'alameen...


::..andai diri ini tidak mampu menjadi seorang serikandi dalam perjuangan menegakkan kalimatullah, cukuplah sekadar mata rantai perjuangn Rasulullah tercinta..sampaikanlah walau secebis ayat dari baginda,dan saling brpesan2 dgn kebenaran & kesabaran...tetap teguhlah wahai diri dalam keimanan dan perjuangan sehingga bertemu ILAHI...::

Wednesday, March 4, 2009

Rasulullah Kami Merinduimu...


Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah SAW berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibrail dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehNya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Setelah malaikat Jibrail pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Rasulullah SAW lalu mengumpulkan para sahabat baginda, dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibrail. Apabila para sahabat RA mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."

Apabila Abu Bakar RA mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya. Abu BAkar RA pulang ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar RA menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar RA menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpullah para sahabat RA di depan rumah Abu Bakar RA dan bertanya: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna."

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat RA maka Abu Bakar RA pun berkata,
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda." Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar RA maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar RA, lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang kejadian yang mereka saksikan itu.

Berkata salah seorang dari para sahabat RA, "Ya Rasulullah, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar RA.

Sebaik Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar RA, Rasulullah SAW melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali RA berkata, "Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

Sebaik sahaja Abu Bakar RA mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali RA pula mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit, cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua menangis. Kemudian Rasulullah SAW bersalam dengan para sahabat RA satu demi satu dan berwasiat pada mereka.

Pada satu hari, baginda SAW menyuruh Bilal RA azan untuk mengerjakan solat. Para Muhajirin dan Ansar pun berkumpullah di masjid Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW menunaikan solah dua rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai solat, baginda SAW bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: "Alhamdulillah, wahai para muslimin. Sesungguhnya aku adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izinNya. Dan aku ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu, kalau ada sesiapa ada hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi aku sebelum aku dituntut di hari Qiamat."

Rasulullah SAW berkata sebanyak tiga kali, lalu bangunlah seorang lelaki bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau kamu tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu aku tidak mahu mengemukakan ini."

Lalu 'Ukasyah RA berkata lagi: "Sesungguhnya dalam perang Badar aku bersamamu ya Rasulullah. Pada masa itu aku mengikuti unta kamu dari belakang. Setelah dekat, akupun tuun menghampiri kamu dengan tujuan supaya aku dapat mencium paha kamu, tetapi kamu telah mengambil tongkat dan memukul unta kamu untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu akupun kamu pukul pada tulang rusukku. Aku hendak tanya samada kamu sengaja memukul aku atau hendak memukul unta tersebut."

Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal RA, "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal RA keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah RA sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk dibalas [di qishash]."

Setelah Bilal RA sampai di rumah Fatimah RA maka Bilal RA pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah RA menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Bilal RA menjawab: "Aku Bilal, aku telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat baginda. "Kemudian Fatimah RA berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal RA: "Wahai Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fatimah RA lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah?" Bilal RA tidak menjawab pertanyaan Fatimah RA. Setelah Fatimah RA memberikan tongkat tersebut, maka Bilal RA pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal RA maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah RA.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar RA dan Umar RA tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar RA dan Umar RA maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali RA bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah". Lalu Rasulullah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan RA dan Husin RA bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah, kamu qishashlah kami sama jika kamu ingin menqishash Rasulullah" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah aku kalau kamu hendak memukul."

Kemudian 'Ukasyah RA berkata: "Ya Rasulullah, anda telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah RA melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Aku tebus kamu dengan jiwa ku ya Rasulullah, siapakah yang sanggup memukul kamu. Aku melakukan begini adalah sebab aku ingin menyentuh badan kamu yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan ku. Dan Allah SWT menjaga aku dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah di dalam syurga."

Ibnu Mas’ud RA berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah RA. Kemudian baginda SAW memandang kami sambil berlinangan air mata dan bersabda:
"Marhaban bikum, semoga Allah SWT memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah SWT menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah SWT."

Allah SWT berfirman: "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal kamu ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah SWT, ke Sidratul Muntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arasy."

Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan kamu ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: "Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih."

Kami bertanya: "Siapakah yang akan mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis. Kemudian baginda SAW bersabda: "Tenanglah, semoga Allah SWT mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibrail. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Izrail berserta bala tenteranya. Kemudian masuklah kamu dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

Setelah itu para sahabat RA menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah kamu adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila kamu sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?"

Kemudian Rasulullah SAW berkata,
"Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW pun bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat RA. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah SAW diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin.

Pada hari Isnin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal RA menyelesaikan azan subuh, maka Bilal RA pun pergi ke rumah Rasulullah SAW kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian ia berkata lagi "Assolah yarhamukallah." Lalu dijawab oleh Fatimah RA, "Rasulullah masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal RA mendengar penjelasan dari Fatimah RA maka Bilal RA pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah RA itu.

Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal RA pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal RA telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal RA pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah. Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"

Setelah Bilal RA sampai di masjid maka Bilal RA pun memberitahu Abu Bakar RA tentang apa yang telah Rasulullah SAW pesankan kepadanya. Ketika Abu Bakar RA melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan.

Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat RA dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fatimah RA; "Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?." Siti Fatimah RA menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah tidak ada bersama mereka." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali RA dan Fadhl bin Abas RA, lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka Rasulullah SAW pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah SAW melihat kepada orang ramai dan berkhutbah:
"Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah SWT, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia."

Dengan suara terbatas Rasulullah SAW bersabda,
"Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Pesanan ringkas itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah SAW yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar RA menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar RA dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman RA menghela nafas panjang dan Ali RA menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah SAW akan meninggalkan kita semua." Keluh hati semua sahabat RA kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat. Tatkala Ali RA dan Fadhal RA dengan cergas menangkap Rasulullah SAW yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar, kalau mampu, seluruh sahabat RA yang hadir pasti akan menahan detik-detik dari terus berlalu.

Setelah itu Rasulullah SAW pun pulang ke rumah baginda. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaKu."

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah RA tidak mengizinkannya masuk, "Wahai Abdullah (Hamba Allah), maaflah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah RA yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian Fatimah RA kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata. Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengari oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW bertanya pada Fatimah RA, "Siapakah itu wahai anakku?"

Fatimah RA menjawab: "Seorang lelaki memanggil ayahanda, saya katakan kepadanya yang ayahanda dalam keadaan sakit. Ia memanggil dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah SAW lantas berkata; "Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah RA, "Tidak ayahanda."

"Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat, yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah RA tidak dapat menahan air matanya lagi. Setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan bermula, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Fatimah RA maka Baginda SAWpun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan daku."

Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan aku adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau dikau izinkan, kalau dikau tidak izinkan maka aku akan kembali." Rasulullah SAW bertanya: "Wahai Malaikulmaut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibrail? "Aku tinggalkan ia di langit dunia?" Jawab malaikat Izrail. Baru sahaja malaikat Izrail selesai bicara, tiba-tiba malaikat Jibrail datang dan duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: "Wahai Jibrail, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?" Jibrail menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."

Rasulullah SAW bertanya lagi: "Wahai Jibrail, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah SWT" Berkata malaikat Jibrail, "Sesungguhnya semua pintu langit telah di buka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti."

Berkata Jibrail: "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum dikau masuk terlebih dahulu, dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga." Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."

Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu malaikat lzrail pun memulai tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Apabila ruh baginda SAW sampai ke pusat, dengan perlahan Rasulullah SAW mengaduh "Jibrail, betapa sakit sakaratul maut ini."

Fatimah RA terpejam, Ali RA yang di sampingnya menunduk semakin mendalam dan Jibrail mengalihkan pandangannya dari Rasulullah SAW. Melihatkan telatah Jibrail itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibrail, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibrail berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?"

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah SAW merintih kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali RA segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat RA saling berpelukan. Fatimah RA menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali RA kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah SAW yang mulai kebiruan.

Ali RA berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan aku meletakkan telinga, aku dengan Rasulullah berkata: "Umatku, umatku." Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin 13 Rabiul Awal.



Berkata Anas RA: "Ketika aku lalu di depan pintu Aishah, ku dengar dia sedang menangis sambil mengatakan: "Wahai orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang yang keluar dari dunia dari perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa'iir"

Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa: "Malaikat Jibrail telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Allahuma sholi’ala Muhammad
Ya Robbi sholi’alaihi Wassalim..


sesungguhnya kami sangat merinduimu Ya Rasulullah..Ya Habiballah..

“Maka mereka yang beriman dengannya (Muhammad), membesarkannya dan membantunya dan mengikuti cahaya (Al-Qur’an) yang diturunkan bersamanya. Mereka itulah yang mendapat kejayaan.”

(Surah Al-A’araf, ayat 157).


“ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia.” ( al-Hadis ). Firman Allah ta’ala, “ Katakanlah kepada kaummu, jika sekiranya kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.” (Ali-Imran:31)