Friday, March 27, 2009

Peliharalah masa agar dimudahkan urusan

"Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan padamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja, maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umurmu dengan sia-sia" Saidina Ali KWJH.

Manusia itu dijadikan Allah Ta'ala dengan sifatnya yang sentiasa berkeluh kesah. Kehidupan pula sentiasa menuntut kita dengan pelbagai tanggungjawab yang meletihkan dan menguji kesabaran kita. Tidak kira sebagai seorang pelajar atau mereka yang telah berada di alam pekerjaan, sentiasa ada sahaja waktu-waktunya yang menekan kita. Sebagai contoh sebagai seorang pelajar, sentiasa dibebani dengan tugasan dan projek yang perlu disiapkan dalam suatu jangka waktu. Ditambah pula dengan tanggungjawab-tanggungjawab lain, sememangnya agak menekan hidup kita. Masa yang ada 24jam dirasakan tidak cukup,tension dan kualiti kerja pun merudum jatuh. Kesibukan yang datang terlalu hebat hingga terasa diri ibarat seorang menteri.

Kalau kita imbas kembali sirah perjuangan Habiballah Rasulullah SAW yang tercinta sebenarnya bagindalah orang yang paling sibuk sekali di dunia ini. Tanggungjawabnya yang sangat berat sebagai seorang penyebar risalah Al Haq, pemerintah negara, imam umat Islam, suami,bapa,jiran,guru dan banyak lagi. Namun begitu, kualiti kerja bagindalah yang terbaik sekali, bagindalah sebaik-baik ikutan, khairu ummah. Ambillah contoh tauladan baginda sebagai ikutan,meskipun dibebani dengan bermacam kesibukan dan keletihan masih mampu tersenyum dan menggembirakan hati insan di sekeliling baginda.

Janganlah kita mengeluh dan mengatakan tidak cukup masa. Masa yang telah Allah Ta'ala kurniakn 24jam gunakanlah dengan sebaiknya. Mohonlah pada Allah agar memelihara masa kita,menjadi tersusun dan semoga sentiasa diisi dengan perkara yang bermanfaat. Imam Al Ghazali suatu masa dahulu pernah berteki teki dengan anak-anak didikannya. Kata beliau"Apakah yang paling jauh?" Dan jawabannya adalah masa yang telah berlalu itulah yang paling jauh daripada kita.



Semasa Nabi Musa a.s nak kukuhkan aqidahnya terhadap Allah, beliau tanya kat Allah SWT "Ya Allah, apakah Engkau tak pernah tidur walau sekejap pun?" maka Allah SWT suruh Nabi Musa a.s junjung sebaldi air dan letak atas kepalanya…sampai ke malam Nabi Musa a.s junjung baldi tersebut sampai dia pun terkuap-kuap mengantuk, dan finally tertido. Habis la basah kuyup pakaian Nabi Musa a.s dan masa tu la Allah SWT berfirman kepadanya "Jika Aku tidur, maka begitulah jadinya pada dunia ni,habis tunggang langgang.."


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (3)


Laa haulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

No comments: