Saturday, April 25, 2009

Kalam Hikmah Al Imam Ali bin Abi Talib K.W.J


1. Ada 3 perkara yang akan membinasakan iaitu:

1) Sifat SOMBONG yang menjatuhkan iblis dpd kedudukannya yang asal.
2) Sifat TAMAK yang telah mengeluarkan Adam 'alaihissalam dpd syurga.
3) sifat HASAD DENGKI yang mengajak anak Adam 'alaihissalam supaya membunuh sesama sendiri.

2. Ada 3 perkara yang tidak akan berlanjutan (kekal lama)iaitu:

1) HARTA yg berada pd orang yang boros.
2) AWAN pada musim panas.
3)dan KEMARAHAN orang yang sedang bercinta.

3. Ada 3 orang yang akan menzalimimu sekiranya engkau tidak menzalimi(bersikap tegas) mereka iaitu hambamu(khadam), isterimu dan anak lelakimu.

4. Hasil (faedah) daripada kecuaian ialah penyesalan, manakala hasil daripada sifat merendah diri ialah selamat.

5. Hasil (faedah) daripada sikap redha dengan apa yang ada ialah kerehatan, manakala hasil daripada sifat merendah diri ialah ikatan kasih sayang.

6. Sifat keji seseorang itu diketahui apabila dia banyak bercakap tentang perkara yang tidak mendatangkan faedah padanya, juga diketahui apabila dia memberitahu tentang sesuatu perkara yang tidak diminta (ditanya).

7. Hendaklah kamu memakai wangi-wangian istighfar supaya bau dosa tidak membuka keaiban kamu.

8. Hendaklah kamu mempelajari ilmu kerana ilmu adalah hiasan bagi orang kaya dan pembantu orang fakir.

9. Hendaklah kamu mempelajari ilmu sewaktu kecil supaya kamu dapat memimpin dengannya sewaktu besar nanti.

10. Bertaqwa kepada ALLAH SWT adalah ketua segala akhlak yang mulia.

11. Bersikap sombong dengan golongan yang sombong adalah tawadhuk yang sebenarnya.

12. Tawadhuk adalah suatu nikmat yang amat tidak difahami oleh sesiapa yang berhasad dengki.

13. Kasih sayang adalah separuh daripada akal.

[dipetik daripada kitab 400 Kata-Kata Hikmah Saidina Ali bin Abi Talib K.W.J karangan Hj. Nik Azran Muhamed]

1 comment:

Awrapurnama said...

Assalamualaikum wbt..
ukhti..
nasihat yg sungguh hebt..
tp tak sure suma dpt diamalkan..
doa sma2 eh..
:D
jaga diri hiasa peribadi..