
Alhamdulillah dengan izin ALLAH Ta'ala seorang hamba ALLAH telah berjaya mentranslasikan siri The Arrivals yang telah mencetuskan kontroversi di seluruh dunia ini. Siri asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Lihat posting lama disini. Sebanyak 51 siri The Arrivals ini adalah siri yang saya berani katakan WAJIB ditonton oleh setiap orang. Penyampaiannya begitu berkesan dan kebenarannya jelas dengan bukti-bukti yang dipaparkan. Hinggakan ada golongan bukan muslim yang menonton siri ini, kini telah pun kembali menganut agama fitrah iaitu Islam.
Secara generalnya siri ini berkisar mengenai kedatangan Dajjal yang telah diceritakan oleh Nabi-Nabi sejak dari dahulu lagi. Dajjal merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat manusia di akhir zaman. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang mafhumnya ,
“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim .
Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan

Kata Rasulullah Saw, "Dajjal tidak akan muncul sebelum ummat manusia lupa membicarakan Dajjal dan imam-imam di mimbar pun tidak menerangkan lagi tentang Dajjal."
siri-siri yang ada:
Satu Kedatangan -Intro
Satu Kedatangan-01
Satu Kedatangan-02
Satu Kedatangan-03
Satu Kedatangan-04
Satu Kedatangan-05
Satu Kedatangan-06
Satu Kedatangan-07
Satu Kedatangan-08
Satu Kedatangan-09
Satu Kedatangan-10
Satu Kedatangan-11
Satu Kedatangan-12
Satu Kedatangan-13
Doa memohon perlindungan dari fitnah Dajjal yang diajarkan Rasulullah SAW. Dibaca semasa tahiyyat akhir sebelum memberi salam.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)
Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini. Mudah-mudahan ALLAH Ta'ala memelihara diri kita. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini kita hamba-Nya yang hina dan lemah melainkan hanya dengan pertolongan ALLAH Ta'ala. Wallahua'lam bissawab.
Laa haula wala quwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

2 comments:
bile nk buat sambungan ep seterusnya?
salam, saya dah habis download semuanya ALHAMDULILLAH saya sedar dan terkejut dengan semua yang telah dipaparkan bagi saya lebih jika sesebuah negara itu bergerak sendiri tanpa adanya politik yg menghancurkan minda kita dan lebih negara ini hidup dalam really islam bukan yang di campur adukkan negara kita sebenarnya penyokong kepada fremason...takutnya saya bila mendengarnya jika malaysia mengharamkan sama sekali produk israil yang mempunya labang pemujaan apa aka jadi pada negara tercinta kita ini?
Post a Comment