Friday, October 30, 2009

Berukhwahlah hingga ke syurga


Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitulah..indahnya Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman. Orang yang hidup tanpa sahabat akan sentiasa merasa sunyi. Dalam menjalani kehidupan seharian bersahabatlah dengan orang di sekeliling anda, ia tidak merugikan sedikit pun malahan menguntungkan. Namun dasarilah ukhwah dengan ketaqwaan nescaya tidak akan sia-sia nilai persahabatan itu. Hidup dikelilingi sahabat mulia akan sentiasa mengingatkan di saat kita lupa, memujuk di saat kita sedih, menasihati di saat khilaf dan menjadi penguat di dalam perjuangan. Sama-sama berganding bahu susah dan senang diharungi demi sebuah perjuangan menyampaikan risalah Allah dan mencari redha-Nya. Alangkah indah.Tidak ada persahabatan tanpa ketaqwaan kerana sepertimana firman Allah Ta'ala di dalam al-Quran,

“Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh-musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”

(Surah az-Zukhruf [43]:67)



Oleh itu,bersamalah kita menjaga ukhwah yang telah terjalin,mudah-mudahan ia menjadi antara jalan yang membawa kita semakin dekat dengan Ar- Rahim. Dari Imam Malik, Nabi SAW bersabda Allah SWT berfirman “KecintaanKu didapati oleh orang-orang yang saling mencintai dan saling duduk kerana Aku, saling berkunjung keranaKu dan saling memberi keranaKu.” (Al Muwatta’)

Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan beberapa perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang telah terjalin akan bertambah kukuh dan manis serta menambahkan keimanan kita Insya ALLAH.

1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu. Sabda Rasulullah: Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya. (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah. Umar al-Khattab r.a berkata, Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s.a.w untuk mengerjakan umarah. Baginda Rasulullah s.a.w membenarkan dan berpesan; Jangan lupa berdoa untuk kami bersama. (Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3. Segeralah bersalam apabila bertemu. Sabda Rasulullah s.a.w, Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah.

4. Bermanis muka apabila bertemu Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan.

5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya. Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat.

6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

Buat semua sahabat ku tersayang, ana sangat menyayangi, mencintai dan merindui antum. Bilakah agaknya lagi dapat kita bertemu. Rindu sungguh rasa di hati ini. Apakan daya takdir ALLAH memisahkan kita jauh dimata namun dekat di hati. Terima kasih di atas segalanya dan maafkanlah segala kekhilafan diri ini. Semoga ukhwah yang dijalin diredhai ALLAH dan kekal ke syurga..insya ALLAH. (:

Dari Abu Malik Al Asya’ari, Rasulullah SAW bersabda tentang golongan manusia yang dicemburui oleh para nabi dan syuhada’, “mereka adalah orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana kekerabatan mereka, bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, wajah-wajah mereka adalah seperti cahaya dan mereka saling berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut dikala manusia ketakutan dan mereka tidak bersedih dihati tatkala manusia bersedih hati…” (Hadith Riwayat Ahmad)

Thursday, October 22, 2009

Feeling empty inside?

Truly in the heart
there is a void that can not be removed
except with the company of Allah.
And in it there is a sadness that can not be removed
except with the happiness of knowing Allah
and being true to Him.
And in it there is an emptiness that can not be filled
except with love for Him
and by turning to Him
and always remembering Him
And if a person were given all of the world and what is in it,
it would not fill this emptiness.

-Jalaludin Rumi-




Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku

Allahu Rabbi...
Qalbi laKa wa bas Ya Rabb..

Tuesday, October 20, 2009

Hebahan:Majlis Hol Imam Abdullah Alwi Al Hadad di Yayasan Al Jenderami



Assalamualaikum warahmatullah.
InsyaALLAH pada 21 Oktober 2009 (Rabu)akan diadakan Majlis Hol Imam Abdullah Alwi Al Hadad di Yayasan Al Jenderami. Majlis akan bermula selepas Asar. Semua dijemput untuk hadir.

Majlis Haul Imam AlHaddad bertujuan khusus mengenang peninggalan Imam Al-Haddad selaku seorang Qutub dan Mujaddid Islam abad kedua belas hijri. Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad terkenal sebagai seorang ‘arifin yang memiliki ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan untuk sesiapa sahaja tanpa batasan merentasi zaman atau umur. Beliau kehilangan daya penglihatan sejak berusia umur empat tahun namun memiliki kelebihan yang luar biasa yang telah digantikan oleh Allah s.w.t. dengan nur basirah serta kebolehan menyerap ilmu dan menyebarluaskannya.

Semoga ALLAH Ta'ala memuliakan roh beliau dan menggolongkan beliau bersama Rasulullah SAW. Semoga ALLAH menghubungkan hati-hati kita untuk dekat dengan roh para ahlullah ini dan merasakan kecintaan dan kekhusyukan mereka terhadap ALLAH SWT dan Rasulullah SAW. Semoga majlis yang mulia ini diberkahi dan diredhai oleh ALLAH SWT.
Untuk makluman lanjut:

YAYASAN AL JENDERAMI
Kompleks Yayasan
Lot 27719, Kg Baru
Lorong Aman, Jenderam Hilir
43800 Dengkil
Selangor D.E.

Tel 603 8768 0200
Fax 603 8768 0201

www.aljenderami.com.my












Dapatkan CD Mutiara Qasidah percuma disini

Wednesday, October 14, 2009

Satu Kedatangan- "The Arrivals" kini dalam versi Bahasa Malaysia


Alhamdulillah dengan izin ALLAH Ta'ala seorang hamba ALLAH telah berjaya mentranslasikan siri The Arrivals yang telah mencetuskan kontroversi di seluruh dunia ini. Siri asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Lihat posting lama disini. Sebanyak 51 siri The Arrivals ini adalah siri yang saya berani katakan WAJIB ditonton oleh setiap orang. Penyampaiannya begitu berkesan dan kebenarannya jelas dengan bukti-bukti yang dipaparkan. Hinggakan ada golongan bukan muslim yang menonton siri ini, kini telah pun kembali menganut agama fitrah iaitu Islam.

Secara generalnya siri ini berkisar mengenai kedatangan Dajjal yang telah diceritakan oleh Nabi-Nabi sejak dari dahulu lagi. Dajjal merupakan fitnah terbesar yang menimpa umat manusia di akhir zaman. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang mafhumnya ,

“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim .

Bermakna ianya adalah suatu perkara terbesar yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan oleh semua pihak kerana sedarkah anda bahawa kita lah golongan di akhir zaman. Dalam pada masa umat Islam berusaha menyedarkan diri mengenai bahaya Dajjal dan berlindung darinya, ada pula pihak yang menunggu-nunggu dan memuja kedatangan Dajjal ini. Pelbagai perancangan telah dilakukan selama berkurun tahun lamanya dalam menyambut ketibaan Dajjal ini. Mereka berusaha membuatkan umat Islam leka dengan keindahan duniawi yang menipu dan lupa akan bahaya fitnah Dajjal ini. Siapakah mereka ini? Apakah perancangan yang telah dilakukan mereka? Adakah kita telah termakan tipuan mereka selama ini?Jawapannya boleh anda temui dalam siri Satu Kedatangan (The Arrivals) ini. Dan siri yang saya tampilkan di posting kali ini adalah dalam versi Malaysia yang telah ditranslasikan dalam Bahasa Melayu. Tetapi baru ada sebanyak 13 siri saja. Nantikan lagi siri yang akan datang dan boleh ditonton di YouTube. Semoga usaha murni hamba ALLAH ini diredhoi-Nya dan diganjar pahala.

Kata Rasulullah Saw, "Dajjal tidak akan muncul sebelum ummat manusia lupa membicarakan Dajjal dan imam-imam di mimbar pun tidak menerangkan lagi tentang Dajjal."



siri-siri yang ada:

Satu Kedatangan -Intro
Satu Kedatangan-01
Satu Kedatangan-02
Satu Kedatangan-03
Satu Kedatangan-04
Satu Kedatangan-05
Satu Kedatangan-06
Satu Kedatangan-07
Satu Kedatangan-08
Satu Kedatangan-09
Satu Kedatangan-10
Satu Kedatangan-11
Satu Kedatangan-12
Satu Kedatangan-13

Doa memohon perlindungan dari fitnah Dajjal yang diajarkan Rasulullah SAW. Dibaca semasa tahiyyat akhir sebelum memberi salam.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ertinya: "YA Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada ujian kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan ujian al-masih dajjal." (HR Muslim 1276)


Marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini. Mudah-mudahan ALLAH Ta'ala memelihara diri kita. Sesungguhnya tiada daya dan upaya diri ini kita hamba-Nya yang hina dan lemah melainkan hanya dengan pertolongan ALLAH Ta'ala. Wallahua'lam bissawab.

Laa haula wala quwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Monday, October 12, 2009

Utamakan pandangan ALLAH melebihi pandangan manusia


Ikhlas. Mudah di sebut namun susah untuk didapati. Diibaratkan oleh seorang sahabat r.a. umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang pekat gelap. Begitulah susahnya mencapai darjat keikhlasan ini. Syeikh Al Khushairi seorang pengasas Tasauf menerangkan bahawa ikhlas itu ialah mengerjakan ibadah kerana ingin memperdekatkan diri kepada Allah s.w.t. bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal yang lain selain daripada Allah Tuhan yang menjadikan kita.

Orang yang tidak mempunyai keikhlasan hati bererti dia hidup dan bekerja hanya untuk dorongan hawa nafsu sahaja yang merugikan diri sendiri saja. Padahal ALLAH TA'ala memerintahkan kita semua beramal dan beribadat dengan keikhlasan hati. Segala pengabdian diri terhadap Allah hendaklah dilakukan seikhlas-ikhlasnya dengan penuh kebenaran, keadilan, kebijaksanaan dan kesabaran, sepertimana firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-A'raf

Maksudnya: "Hadapkanlah muka kamu dengan lurus, tulus dan ikhlas tiap-tiap mengerjakan sembahyang dan serulah Tuhanmu sambil mengikhlaskan diri kepadaNya"


Musuh utama bagi IKHLAS adalah RIYAK,UJUB,TAKBUR dan seangkatan dengannya. Sifat-sifat ini adalah racun berbisa yang dicucuk oleh syaitan yang adakalanya menyusup masuk ke hati tanpa kita sedari. Bagi yang sedar pula,susah baginya untuk menghindar dan bisanya mazmumah ini yang mana ia sangatlah berbahaya hingga boleh melumpuhkan iman dan tauhid manusia.

Muadz bin Jabal r.a. berkata:bersabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya sedikit riya' itu sudah termasuk syirik. DAn siapa yang memusuhi seorang waliyullah, bererti telah berperang dengan Allah. Dan Allah kasih sayang pada hambaNya yang taqwa."

Keikhlasan seseorang dalam amal perbuatannya tidak boleh dinilai melalui luaran sahaja. Hati yang ikhlas akan terpancar pada amalannya yang bersih dari riya' yang jelas mahupun yang samar.Keikhlasan seseorang yang abrar biasanya terarah kepada pahala yang dijanjikan Allah terhadap hambaNya yang ikhlas yang mengambil ayat "iyyaKa na'budu"(Hanya pada Mu kami menyembah dan tidak kami persekutukan Engkau dalam ibadat ini kepada sesuatu yang lain).

Keihlasan seseorang yang muqarrabin(dekat) pula ialah yang menerapkan pengertian "Laa haula wala quwwata illa billah" : Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah. Tiada langsung kekuatan melainkan semuanya daripada Allah semata-mata. Golongan ini merasakan setiap amal dan ibadatnya hanyalah semata-mata kerana kurnia Allah padanya, bukan kerana ilmunya mahupun kekuatannya sendiri. Ini diambil dari ayat "iyyaka nasta'in": (Hanya padaMu kami mengharap bantuan pertolongan.)

Rasulullah SAW ada bersabda,
"Barangsiapa merendah diri, Allah akan memuliakannya dan barangsiapa meninggi diri Allah akan menghinanya"

Menurut Imam Al-Ghazali, keikhlasan itu sememangnya susah untuk didapati namun perlulah kita berusaha mendidik hati ke arah keikhlasan itu. Umpama seorang ibu yang mendidik seorang anak untuk mengerjakan solat,di awalnya pasti akan dipaksa dahulu sang anak untuk bersolat,bukan datang dari keinginan nya sendiri. Begitu juga dalam kita bekerja apatah lagi beribadat. Jangan jadikan statement "takut tidak ikhlas" sebagai alasan untuk tidak melaksanakan ibadat. Paksalah diri untuk melakukannya dengan niat untuk mencapai redha Allah dan mengharap balasan pahala darinya. Cuba untuk ikhlaskan sehabis mungkin meskipun pasti akan dicemari juga pada awalnya dengan rasa tidak ikhlas.

Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”

Bagi orang-orang 'alim pula berhati-hatilah dengan ilmu yang ada jangan sampai hilang keikhlasan dan timbul riyak atas kelebihan ilmu yang dimilikinya. Ibrahim bin Adham pernah berkata, tidak benar-benar bertujuan kepada Allah siapa yang ingin masyhur. Orang yang hatinya sentiasa ingin masyhur,dipandang,dipuja dan dipuji manusia lain bermaksud hatinya telah bernanah dengan bisa sifat riyak ini.

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap redha-Nya.”

Sentiasalah kita bermuhasabah pada setiap amalan kita. Utamakan pandangan ALLAH Ta'ala melebihi pandangan manusia. Takut-takut di akhirat sana nanti tiada apa yang tinggal untuk dipersembahkan pada Allah Ta'ala. Moga-moga Allah Ta'ala memelihara kita daripada sifat riyak ini. Ikhlaskanlah hati dan jiwa kita hanya mengharap kan Redha dari Allah semata-mata.

La haula wala quwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Thursday, October 8, 2009

Ayat-ayat Allah SWT dalam gempa bumi di Indonesia.


Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur?an!? demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur?an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:


17.16 (QS. Al Israa? ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. "

17.58 (QS. Al Israa? ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir?aun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya. "

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya. Subhanallah!

(sumber; eramuslim )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Innalillahi wainnailaihi rojiun. Meskipun telah berlalu selama beberapa hari namun kesan daripada bencana ini masih terkesan di lubuk hati setiap insan yang melihatnya di televisyen mahupun di media-media lain. Betapa sungguh menyayat hati melihat bencana yang tidak tergambar di mata menimpa saudara-saudara kita. Dalam sekelip mata sahaja Allah Ta'ala mengambil nyawa dan harta. Dalam sekelip mata sahaja seorang anak menjadi yatim, seorang isteri menjadi balu, seorang kaya menjadi papa, seorang pelajar kehilangan sekolahnya, sebuah kampung lenyap terkubur dan bermacam-macam lagi. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada musibah ini. Sesungguhnya setiap yang berlaku telah direncanakan Allah seperti dalam firman NYA:

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan tidak pula pada diri kalian sendiri
melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah swt” (Surah al-Hadid [57] : 22)
Buat saudaraku yang ditimpa bencana ini, takziah di ucapkan. Bersabarlah dan redha dengan setiap apa yang terjadi. Sesungguhnya pada setiap musibah yang berlaku di sebaliknya ada Rahmat Allah yang tersembunyi.

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).


Ingatlah sabda Rasulullah SAW,

“Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”.
(HR Bukhari)

“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang ridho maka baginya keridhoan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi)


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Marilah sama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan keteguhan hati dan iman saudara kita dalam melalui musibah ini. Buat diri kita yang masih beruntung hidup dalam segala macam kesenangan, beringat-ingatlah sentiasa. Dalam kita asyik bergembira di bulan Syawal ini masih ramai lagi saudara kita yang kelaparan dan kesakitan di luar sana. Jangan terlalu gembira dengan kenikmatan yang sementara. Jika Allah Ta'ala berkehendak menariknya kembali dalam sekelip mata sahaja akan diluputkannya. Naudzubillahi min zalik. Moga-moga Allah memelihara kita dari musibah yang tidak termampu untuk kita tanggungi.

Laa haulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.

Tuesday, October 6, 2009

Tanpa Cinta Semuanya Tak Bernilai

Puisi dari filem Ketika Cinta Bertasbih:

♥♥

Cinta adalah kekuatan..,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,

mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta..

Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan kujelaskan dengan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu,
pada keteranganku sendiri..

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..

Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta..

Dalam menerangkan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring di dalam lumpur,
cinta sendirilah yang menerangkan,
cinta dan percintaan.

♥♥



Tanpa Cinta Semuanya Tak Bernilai

Jika engkau bukan seorang pencinta, maka jangan pandang hidupmu adalah hidup. Sebab tanpa Cinta, segala perbuatan tidak akan dihitung pada Hari Perhitungan nanti. Setiap waktu yang berlalu tanpa Cinta, akan menjelma menjadi wajah yang memalukan dihadapanNya.
Burung-burung Kesedaran telah turun dari langit dan terikat pada bumi sepanjang dua atau tiga hari. Mereka merupakan bintang-bintang di langit agama yang dikirim dari langit ke bumi. Demikian pentingnya Penyatuan dengan Allah dan betapa menderitanya Keterpisahan denganNya.
Wahai angin, buatlah tarian ranting-ranting dalam zikir hari yang kau gerakkan dari Persatuan. Lihatlah pepohonan ini ! Semuanya gembira bagaikan sekumpulan kebahagiaan. Tetapi wahai bunga ungu, mengapakah engkau larut dalam kepedihan ? Sang lili berbisik pada kuncup : “Matamu yang menguncup akan segera mekar. Sebab engkau telah merasakan bagaimana Nikmatnya Kebaikan.”
Di manapun, jalan untuk mencapai Kesucian Hati adalah melalui Kerendahan Hati. Hingga dia akan sampai pada jawaban “YA” dalam pertanyaan : “Bukankah Aku ini Rabbmu ?”

-Jalaludin Ar Rumi-

Saturday, October 3, 2009

Jangan sia-siakan hidup,jangan malas!


Pernahkah dihitung berapakah masa yang dipinjamkan Allah dalam sepanjang umur kita hingga kini? Berapa banyak pula yang telah kita manfaat kan dengan sebaiknya? Umar bin al Khattab RA menulis surat untuk sebagian pegawainya , muhasabahlah dirimu dalam keadaan senang sebelum dimuhasabah pada saat susah, sesungguhnya orang yang menghisab dirinya disaat senang sebelum datang kesusahan (kiamat), maka urusannya akan menjadi ridha, dan barang siapa yang menuhankan hidupnya, dan disibukkan oleh hawa nafsunya, maka urusannya akan berakhir dengan penyesalan dan kerugian.

Sedar ataupun tidak kita banyak mensia-siakan umur yang dipinjam Allah dan membuang masa dengan pelbagai perkara yang tidak bermanfaat. Yang menyedihkan ramai anak muda masa kini malas bekerja dan sekadar menghabiskan masa dan harta orang tuanya hanya untuk hiburan. Masa yang ada sentiasa terisi dengan menonton televisyen,mendengar radio,makan,bergelak ketawa,berchatting,membeli belah,berjalan-jalan dan macam-macam lagi yang tidak membawa keuntungan sedikitpun. Kalaupun rasa ingin bekerja datang hanyalah pada pekerjaan yang menjanjikan glamour seperti penyanyi,pelakon dan model. Yang ada di kepala mereka hanyalah untuk hidup senang-lenang,santai,berhibur dan memenuhi segala kehendak nafsu duniawi.

Rasulullah SAW pernah berpesan, "Allah benci kepada pemuda-pemuda yang menganggur (malas)."

Imam Al Ghazali menerangkan Allah membenci dengan pemalas dan penganggur kerana orang yang pemalas itu hakikatnya khalayannya yang akan bekerja. Yang kelihatan diam dan santai hanyalah tubuh luarannya saja. Sedang khayal dan lamunannya akan tetap berjalan ke sana sini melahirkan banyak angan-angan kosong yang menipu. Di saat itu adalah saat yang paling mudah untuk musuh Allah iaitu syaitan menggoda. Digodanya manusia supaya terus berada dalam dunia khayalan hingga lalai mengingati Allah. Dicucuk nya juga rencana-rencana kejahatan yang akhirnya menjerumus manusia ke lembah kehinaan.

Malas sebenarnya adalah cabang-cabang daripada sifat putus asa. Padahal Allah telah melarang tegas hambaNya daripada sifat ini yang boleh membawa kepada kekufuran. Jangan sesekali pernah berhenti berharap dengan apa yang ada di bumi dan jangan pernah kita berputus asa dengan Rahmat Allah yang luas. Ada orang yang berputus asa adalah kerana malas berusaha lebih atau terlalu mudah menyerah kalah dengan suatu musibah yang menimpa. Padahal Allah menegaskan tidak terjadinya musibah di dunia ini melainkan hasil dari tangan-tangan manusia itu sendiri. Cuba muhasabah kembali di mana kekurangan diri dan sentiasa bertawakkal kepada Allah,sentiasa mengingati Allah. Ingatlah firman Allah,
"Apabila telah ditunaikan sembahyang,maka bertebaranlah kamu di permukaan bumi, dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah dengan sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung."(Al Jum'ah ayat 10)

Bagi seorang mukmin, bekerja adalah suatu ibadah manakala malas akan hanya merugikan diri dan mengundang murka Allah. Berhasil atau tidak suatu pekerjaan bukan menjadi matlamat utama namun semata-mata mengharap redha dan rahmat Allah. Kerana itulah keberhasilan dan keuntungan yang paling bernilai adalah kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi. Bahkan dalam sebuah hadis dikatakan bekerja sebagai berjuang di jalan Allah, "sabilillah".

Suatu ketika, di zaman Rasulullah SAW, datang seorang lelaki yang berbadan tegap dan sihat di hadapan Rasulullah. Ini mengundang rasa kagum pada sahabat-sahabat Rasulullah. Salah seorang daripada sahabat berkata' "Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika seorang lelaki itu memanfaatkan tubuhnya yang gagah itu untuk berjuang di jalan Allah?" Lalu Rasulullah bersabda,
" Jikalau ia keluar dari rumahnya untuk mencari nafkah bagi anak-anak yang masih kecil, dia berjuang di jalan Allah. Jika dia mencari nafkah untuk orang tua nya yang sudah tua itupun dikira berjuang di jalan Allah. Namun, jika dia bekerja hanya untuk bermegah-megah, maka itu berusaha di jalan syaitan."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Pernah juga diceritakan pada suatu ketika datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW meminta wang padahal kelihatannya masih sihat dan kuat,mampu bekerja. "Apakah di rumahmu itu tiada suatu apapun?"tanya Rasulullah SAW. DAn lelaki itu menjawab bahawa di rumahnya hanya tinggal dua lembar kain tebal, satu yang sedang dipakainya dan satu lagi untuk alas bilik rumah serta sebiji gelas untuk minum. Lalu Rasullah SAW bersabda, "Ambillah dan bawa kemari!". Kemudian dilelongnya di hadapan sahabat-sahabat dan laku sebanyak dua dirham.Satu dirham diperintahkan untuk membeli keperluan keluarga dan satu dirham diperintahkan untuk membeli sebuah kapak.

" Pergilah dengan kapak ini, jangan menghadapku sampai15 hari, bekerjalah dengan kapak mu itu."
Dan setelah 15 hari berlau, lelaki itu kembali bejumpa Rasulullah SAW. Dengan perasaan puas dan bangga ia menunjukkan hasil kerjanya selama ini, sehingga memperoleh wang sebanyak 10dirham. Dan Nabi SAW dengan tersenyum bersabda,

"Beginilah yang sebaik-bainya bagi kamu,daripada meminta-minta. Kerana ketahuilah meminta-minta itu akan menjadi titik hitam yang mencemarkan wajahmu nanti pada hari kiamat. Tak patut seseorang itu meminta melainkan 3 sebab iaitu, bagi seorang fakir yang benar-benar tertekan hidupnya, atau yang bertimbun hutangnya atau bagi seseorang yang menanggung denda berat kerana urusan darah."

( Hadis Riwayat Abu Daud, Al Baihaqi dan Tirmizi)

Oleh itu, buang jauh-jauh sifat malas itu, berhenti daripada sikap hanya ingin berhibur, bangun dari tempat dudukmu dan mulalah menikmati keindahan dunia ciptaan Yang Maha Indah ini. Dunia diciptakan Allah dengan bermacam kekayaan untuk dikecapi nikmatnya oleh hamba-hambaNya yang sentiasa rajin dan tidak pernah berputus asa. Bertebaranlah di muka bumi ini mencari rezeki yang telah dijanjikanNya. Selagi masih ada nyawa yang dipinjam Allah,laburkanlah ia pada perkara yang bermanfaat dan membawa keuntungan di dunia dan akhirat. Jangan sia-siakan hidup ini. Jadilah hambaNya yang bersyukur dan bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.

Lahaulawalaquwwata illa billah.
Astaghfirullah al adzim.