Saturday, October 9, 2010

Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana

Menangislah Di Sini Sebelum Menangis Di Sana (Cahaya Mukmin)

Detik waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menyaring segala suara yang menyapa telinga ibu. Lonjak hatinya memuncak gembira penawar sakit dan lesu. Lalu bermulalah sebuah kehidupan yang mewarnai bumi berpenakan hati, berdakwatkan air mata.

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku,keluh seorang Abid. Alangkah sedikitnya hartaku,kesal si hartawan. Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.

"Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang." (al- Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup,justeru:
Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."
Nabi Muhammad bersabda lagi :
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali." Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda :
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Nabi Muhammad bersabda :
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair :
"Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan." Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita Nabi pernah bersabda :
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun, Allah s.a.w. telah berfirman :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda:
"Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala."

Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata : "Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
"Kenapa engkau menangis?"
"Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,"jawabnya.
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :
"Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu."

Ibnu Masud r.a.berkata :
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............

Wednesday, August 25, 2010

Kisah Anak yang Tawakkal

Seorang soleh bernama Ahmad Bin Harb mempunyai seorang anak lelaki. Sejak kecil anak itu telah diajarkan mengenal Allah dan yakin bahawa Dia berkuasa atas segala sesuatu.

Allah yang menghidupkan, yang mematikan dan yang memberi rezeki kepada manusia.

"Nak, jika engkau menginginkan sesuatu, engkau mesti meminta dan berdoa kepada Allah tidak boleh kepada yang lain," kata Ahmad kepada anaknya yang masih kecil itu.

"Caranya bagaimana ayah?" tanya anaknya.

"Engkau pergi ke tingkap, angkat kedua-dua tanganmu ke langit dan ucapkan: "Ya Allah! Aku ingin ini.... maka berikanlah aku rezeki dari sisi-Mu."

Ahmad dan isterinya telah menyediakan segala makanan, minuman atau benda-benda yang menjadi kegemaran anaknya itu. Setiap kali anaknya pergi ke tingkap, kedua-duanya pergi ke tempat benda-bendanya yang disorokkan.

Suatu hari anaknya pergi ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah, aku ingin roti yang sedap, maka berilah aku rezeki dari sisi-Mu."

Secepat kilat ibunya meletakkan roti diatas meja makan. Maka apabila anaknya pergi ke meja makan, telah tersedia makanan yang dimintanya. Dia yakin bahawa barang itu dari Allah.

 Esok harinya ia pergi pula ke tingkap dan berdoa: "Ya Allah!, berilah aku minuman yang sedap."

Apabila dia menoleh, di meja sudah tersedia minuman yang sedap yang diletakkan oleh ibunya. Dia yakin bahawa Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan memperkenankan setiap permintaannya.

Suatu hari, Ahmad dan isterinya bepergian. Sementara anaknya yang berada di rumah sangat ingin makan roti. Maka pergilah dia ke tingkap dan berdoa : "Ya Allah, aku sangat ingin makan roti., Maka berilah aku rezeki roti dari sisi-Mu."

Ketika itu juga tersedia roti di tempat makannya. Apabila ibu bapanya pulang,. kedua-duanya terkejut kerana anaknya makan roti. Padahal ketika itu di rumahnya kebetulan tidak ada roti.

"Daripada mana engkau mendapatkan roti wahai anakku?' tanya Ahmad dan isterinya.

"Dari Allah yang memberiku maknan setiap hari itu." jawab anaknya.

Dengan kejadian ini, Ahmad sedar bahawa anaknya telah mencapai taraf yang tinggi keyakinannya kepada Allah, dan telah menempuh jalan seperti yang ditempuh oleh orang yang tawakkal.

~Himpunan Kisah Sufi~

Friday, August 13, 2010

Siapa Ahli Taklif dan Siapa Ahli Takrif?

Telah berkata Syeikh Ahmad Ibnu Athoillah Al Iskandariyy:

Barang siapa memberi nasihat kerana masih memandang akan kebaikannya, maka keburukannya pasti mendiamkannya. Dan barangsiapa memberi nasihat kerana memandang kebaikan Allah kepadanya, maka dia tidak akan diam bila melakukan kesalahan.

Orang yang memberikan nasihat dengan disertakan pengertian bahawa nasihat nya itu timbul dari amal solehnya,tentu dia akan terdiam atau tidak mahu berkata lagi seandainya tergelincir dalam kesalahan. Tetapi orang yang mengerti bahawa nasihatna itu semata-mata adalah kurniaan Allah tentu dia tidak akan merasa malu seandainya pada suatu ketika tergelincir dalam kesalahan. Begitulah perbezaan antara ahli taklif (orang yang merasa mendapat beban dari Allah) dengan ahli takrif (orang yang makrifat pada Allah).

Abu Abas berkata, manusia itu terbahagi kepada tiga golongan,iaitu:

1. Golongan orang yang melihat bahawa segala sesuatu yang timbul daripadanya menuju pada ALLAH.

2. Golongan yang melihat bahawa segala sesuatu yang timbul daripadanya adalah kurniaan daripada ALLAH yang diberikan kepadanya.

3. Golongan orang yang melihat bahawa segala sesuatu itu dari ALLAH dan menuju kepadaNYA pula.


Golongan pertama adalah orang yang selalu memikirkan kekurangan diri nya di dalam menjalankan kewajipan,sehingga selalu berduka cita. Golongan pertama itu kerana mengingati firman ALLAH SWT:

إِنَّا عَرَضۡنَا ٱلۡأَمَانَةَ عَلَى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱلۡجِبَالِ فَأَبَيۡنَ أَن يَحۡمِلۡنَہَا وَأَشۡفَقۡنَ مِنۡہَا وَحَمَلَهَا ٱلۡإِنسَـٰنُۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ ظَلُومً۬ا جَهُولاً۬ (٧٢

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (Al Ahzab:72)



Golongan kedua adalah orang yang selalu mengakui bahawa segala semua yang berlaku ke atas dirinya adalah kurnia dari ALLAH, sehingga selalu bergembira.Golongan kedua itu kerana berpegang pada firman ALLAH SWT iaitu;

قُلۡ بِفَضۡلِ ٱللَّهِ وَبِرَحۡمَتِهِۦ فَبِذَٲلِكَ فَلۡيَفۡرَحُواْ هُوَ خَيۡرٌ۬ مِّمَّا يَجۡمَعُونَ(٥٨

"Katakanlah : Dengan kurniaan ALLAH dan Rahmat-NYA hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan ALLAH dan Rahmat-NYA itu lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)." (Yunus:58)



Golongan ketiga pula adalah orang yang telah lupa pada dirinya sendiri dan selalu mengingati bahawa semua yang berasal dari ALLAH itu pasti kembali kepada ALLAH,sehingga mereka selalu berserah kepada kehendak ALLAH. Golongan ketiga ini pula berpegang pada firman ALLAH SWT;

وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ
"Dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, ALLAH akan mencukupkan keperluannya."(At Talaq:3)


~bil qalam hikmah Syeikh Ahmad Ibnu Athoillah Al Iskandariy dipetik dari kitab Mutiara Al Hikam

Wednesday, July 21, 2010

Nasihat Buat Para Pencari 'Ilmu

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ketahuilah, salah seorang murid Al Ghazali yang telah menyertai gurunya selama bertahun-tahun bertanya-tanya kepada dirinya. Ia berguru, menemani dan melayani gurunya dalam waktu yang cukup lama. Berbagai ilmu dan pengalaman spiritual telah diperolehnya, tetapi ia masih merasa ragu terhadap dirinya. Ia berkata kepada dirinya, "Saya telah membaca berbagai macam ilmu. Usiaku habis untuk belajar dan mengumpulkan bermacam-macam ilmu. Hingga sekarang saya tidak mengetahui ilmu yang mana yang bermanfaat bagiku dan menemaniku kelak di alam kubur. Saya juga tidak tahu ilmu mana yang tidak bermanfaat bagiku sehingga saya harus meninggalkannya. Padahal Rasulullah saw. telah berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung denganMu dari ilmu yang tidak bermanfaat."

Ia terus berpikir dan berpikir sampai akhirnya memutuskan untuk menulis surat kepada gurunya, Al Ghazali. Ia mengadukan kepadanya kegelisahan hatinya dan meminta nasihat. Ia memang mengaku sudah banyak memperoleh pelajaran dari gurunya, tetapi yang dicari belum ditemukan. Salah satu ucapan yang disampaikan kepada gurunya adalah sebagai berikut: "Beberapa buku karangan Syekh, seperti Kitab Ihya’ dan kitab-kitab yang lain memang sudah menjawab masalah saya. Akan tetapi, maksud saya di sini adalah agar Syekh menuliskan untuk saya nasihat yang tertulis hanya dalam beberapa lembar kertas. yang saya bisa membawanya sepanjang hidup saya dan mengamalkannya."
Kemudian Al Ghazali menulis jawaban. Surat itu kepada muridnya sebagaimana berikut.

Ilmu adalah Untuk Diamalkan

Ketahuilah, wahai anakku yang mulia dan sahabat yang ikhlas, - semoga Allah menetapkan ketaatanmu kepadaNya dan melangkahkan kakimu dijalan para kekasihNya-, Sesungguhnya tebaran nasihat ditulis dari risalah Rasulullah saw. Jika nasihat dari Baginda telah sampai kepadamu, maka nasihat apa lagi yang kamu perlukan dariku. Jika belum sampai, maka katakan kepadaku apa yang telah kamu peroleh selama bertahun-tahun ini dari ilmu yang telah kau raih? Sementara pada saat yang sama engkau habiskan waktumu mencari ilmu itu.

Wahai Anakku di antara nasihat Rasulullah saw. yang sangat berharga adalah sabda Baginda ini:
"Tanda-tanda Allah berpaling dari hambaNya adalah kesibukan hamba itu dengan sesuatu yang tidak berarti. Jika seseorang sesaat saja dari usianya hilang untuk sesuatu yang tidak berguna bagi tujuan penciptaannya, maka patut baginya mendapatkan kerugian yang panjang: dan barangsiapa telah melewati 40 tahun dan kebaikannya tidak mengalahkan kejelekannya, maka bersiap-siaplah ke neraka."

Nasihat ini sudah cukup bagi orang yang benar-benar ahli ilmu. Wahai Anakku, urusan nasihat sangat mudah, yang susah adalah menerima nasihat. Kerana menerima nasihat bagi hawa nafsu terasa pahit, sementara larangan-larangan itulah yang disukai oleh sebahagian besar manusia, khususnya bagi orang yang hanya sibuk mencari ilmu, dimana ilmunya tersebut digunakan hanya untuk memperoleh keagungan dan kemulian dunia. Dengan upayanya mencari ilmu itu - dia hanya bertujuan untuk mendapatkan ilmu semata - bukan untuk diamalkan - agar ilmu tersebut dinisbatkan kepadanya.

Dengan demikian orang akan berkata "Si Fulan seorang yang berilmu (sarjana, master, doktor dll -pentj) dan mulia". Orang yang terakhir ini hidupnya hanya sibuk mengurusi nafsu dan memasuki lorong-lorong kehidupan dunia. Ia mengira bahwa dengan mendapatkan ilmu semata, kehidupannya akan selamat dan terlepas dari kesengsaraan. Ia tidak perlu beramal. Ini adalah keyakinan para filosofi( ahli falsafah/Muktazilah). Mahasuci Allah. Ia tidak mengetahui ketentuan ini ketika sudah mendapatkan ilmu dan tidak mengamalkannya, ia justru berhujjah dengan sekian banyak dalil yang memperkuatkan pandangannya bahwa ilmu untuk ilmu, bukan untuk amal. Rasulullah saw. bersabda:
"Manusia yang mendapatkan azab paling berat di akhirat adalah orang yang berilmu yang Allah tidak memberinya kemanfaatan atas ilmunya."

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi meriwayatkan dari Mansur Ibn Zadan yang berkata, "Telah sampai kabar kepada kami, bahwa apabila orang berilmu tidak memperoleh manfaat dari ilmunya itu, para penghuni Neraka berteriak karena mencium baunya yang busuk. Mereka—para penghuni neraka itu— berkata kepadanya, "Apa yang telah kamu perbuat, wahai orang jelek? Kamu telah mengganggu kami dengan baumu yang busuk. Apakah tidak cukup bagimu rasa sakit dan keburukan kami?" Orang yang berilmu itu menjawab, "Dulu, aku ini orang berilmu, tetapi aku tidak memperoleh manfaat dari ilmuku."

Diriwayatkan bahwa Al Junaidi setelah wafat memperlihatkan dirinya dalam tidurku(mimpi), lalu ditanyakan kepadanya, "Apa kabar. hai Abu Al Qasim (panggilan Al Junaidi)?" Ia menjawab, "Semua ungkapan (ilmu) telah rusak dan isyarat-isyarat (ilmu yang lebih dalam) juga musnah. Tidak ada yang memberi kami manfaat kecuali rakaat-rakaat yang kami rukuk di tengah malam."

Wahai Anakku, Janganlah kamu menjadi orang yang muflis sebab amalmu, dan jangan pula batinmu dalam keadaan kosong dari dzikir pada Allah. Yakinlah bahwa ilmu semata tidak mungkin boleh diharapkan semata-mata.

Contohnya, seandainya seorang laki-laki gagah di tengah gurun sendirian memiliki sepuluh pedang India yang sangat kuat dan beberapa harta lainnya. Laki-laki itu dikenal pemberani dan pahlawan perang.

Kemudian seekor singa yang sangat besar menghampirinya dan mahu menerkamnya. Apa pendapatmu, apakah senjata-senjata yang hebat itu mampu mencegah laki-laki itu dan terkaman singa jika ia tidak menggunakan dan menghantamkannya kepada singa? Sudah pasti senjata-senjata itu tidak mampu melindunginya kecuali dengan digerak-gerakkan.

Demikian juga jika seseorang telah membaca 100000 masalah ilmiah dan berhasil menguasainya, tetapi tidak mengamalkannya, maka ilmu-ilmu itu tidak akan memberinya manfaat kecuali dengan mengamalkannva.

Contoh lain. jika seseorang sakit kuning, dan ia mengetahui bahwa kesembuhannya hanya dengan ubatan tertentu, maka ia tidak mungkin sembuh kecuali dengan meminum ubat itu.

Seandainya kamu telah belajar puluhan tahun, membaca banyak buku dan menguasai berbagai macam ilmu, lalu kamu menyimpan kitah-kitab sebagai bahan koleksi pribadi, maka semua itu tidak akan menolong dan menjadikanmu mendapatkan manfaat kecuali dengan mengamalkannya.

Allah swt. berfirman:

"Dan bahwa manusia tidak memperoleh selain apa yang telah diusahakannya."
(QS. Al Najm: 39).


"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya. maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh." (QS. Al Kahfi: 110).

"Sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan."
(Qs. Al Taubah: 82).


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh. bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya. mereka tidak ingin berpindah darinya." (QS. Al Kahfi: 107-108).

"Kecuali orang-orang yang bertobat, beriman dan mengerjakan amal saleh." (Qs. Al Furqan: 70).

Apa pula pendapatmu tentang hadis berikut ini:

"Islam dibangun di atas lima [dasar]: bersaksi bahwa tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah utuisan Allah, menegakkan shalat., mengeluarkan zakat, berpuasa Ramadlan, dan berhaji ke Baitullah bagi yang mampu [menempuh] perjalanan ke sana."

Iman adalah diucapkan dengan lidah, dibenarkan dengan hati dan dilakukan dengan organ-organ tubuh. Ini merupakan antara dalil yang menunjukkan keharusan beramal bagi orang yang menganggap bahawa seseorang boleh sampai ke syurga berkat keutamaan dan kemuliaan Allah. Akan tetapi, hal ini hanya mungkin tercapai setelah orang itu melakukan ketaatan dan beribadah kepadaNya, karena rahmat dan keutamaan Allah hanya untuk orang-orang yang mendekati kebaikan. Yakni golongan orang baik.

Seandainya dikatakan pula bahwa syurga bisa dicapai dengan iman semata, maka kami jawab, "Benar, tetapi sampai bila?" Berapa banyak rintangan yang menuju surga yang harus ditempuh jika benar-benar ingin sampai. Ujian pertama adalah ujian iman. Apakah iman yang dimilikinya berjaya dipertahankan dan tidak tercabut dari hatinya, atau sebaliknya? Jika imannya selamat, apakah ia termasuk orang yang khianat atau muflis?

Hasan Basri berkata. "Allah pada hari kiamat akan berkata kepada hamba-hambaNya, "Masuklah, hai hamba-hambaKu ke syurga sebab rahmatKu dan berbahagialah kamu dengan amalmu."

Wahai Anakku, selama kamu tidak beramal, maka kamu tidak mendapatkan upah (pahala).
Dikisahkan bahwa seorang pemuda Bani Israil telah menyembah Allah selama 70 tahun. Allah swt. ingin memperlihatkannya kepada para malaikat, Maka diutuslah satu malaikat untuk memberikan kabar kepadanya bahwa ibadah yang selama ini dilakukannya belum menjadikannya layak masuk surga. Ketika kabar itu diterimanya, ia menjawabnya demikian. "Kami memang diciptakan untuk ibadah. Karena itu, kami harus menyembahNya." Ketika malaikat itu kembali dan menghadap Allah, ia mengadu, "Tuhanku, Engkau lebih tahu atas apa yang ia katakan." Allah pun menjawab, "Jika ia tidak berpaling dari beribadah kepada Kami, maka Kami bersama kemuliaan Kami tidak berpaling darinya. Saksikanlah, hai malaikat-malaikatKu, sesungguhnya Aku telah mengampuninya."

Rasulullah saw. bersabda:
"Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab dan timbanglah amal kalian sebelum (amal)kalian ditimbang."

Ali bin Abi Thalib ra berkata, "Barangsiapa mengira bahwa dengan tanpa amal boleh sampai ke surga, maka ia seorang pengangan-angan (pengkhayal). Barangsiapa mengira bahwa ia boleh sampai ke syurga hanya kerana amalnya, bererti ia adalah orang yang tidak merasa perlu akan rahmat Allah."

Al Hasan berkata, "Mencari surga dengan tanpa amal adalah satu di antara dosa-dosa [besar]." la juga berkata, "Tanda kebenaran yang hakiki adalah meninggalkan perbuatan yang memperhatikan amal dan bukan meninggalkan amal."

Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang cerdik adalah orang yang jiwanya dekat (pendek) dan beramal untuk sesuatu sesudah mati. Orang yang bodoh adalah orang yang mengikuti hawa nafsu dan mengangan-angankan Allah dengan angan-angan."
(Al Imam Al Ghazali)

~Allah..Allah..semoga kita dapat istiqomah dalam beramal dan tidak tertipu dengan apa yang kita miliki..kerana nilai Syurga amatlah tinggi tidak ternilai,pasti maharnya(usaha memperolehi Syurga) juga tinggi..beramallah sebanyak-banyaknya bukan sekadar untuk mengejar nikmatnya Syurga, tapi kerana itulah nilai sebenar kehambaan kita pada Maha Pencipta...Semoga Allah memudahkan jalan kita menuju padaNYA..aminn Ya Rabb..

Monday, July 19, 2010

Majlis Haul Saiyidatina Khadijah Kubra

untuk keterangan lanjut dan aturcara majlis klik disini
Semoga ALLAH memudahkn kita untuk hadir ke majlis zikir dan ilmu ini. Semoga majlis berjalan lancar dan diberkati ALLAH Ta'ala.InsyaAllah. (:

Tuesday, July 13, 2010

Majlis Kuala Lumpur Berselawat


Assalamualaikum warrah matullahi wa barakatuh,

InsyaALLAH majlis Kuala Lumpur Berselawat ini akan diadakan di Masjid Asy Syakirin KLCC, pada 18Julai 2010. Aturcaranya adalah seperti di poster berikut:



(klik pada gambar untuk maklumat lanjut)



~mari sama2 kita meriahkan sambutan ini dan menghadirkan diri ke majlis ilmu dan zikir ini yang akan diserikan juga dengan kehadiran seorang ulama' tasauf dari Madinah iaitu Dr. Syeikh Mahmud Al Marghalani Al Husaini. Semoga majlis ini di berkati ALLAH SWT dan semua yang terlibat mendapat syufa'at
kekasihNya, Rasulullah s.a.w...(: ALLAHUMMA Solli 'ala MUHAMMAD wa ali MUHAMMAD..Ameen Ya Rabb al 'alameen

Tuesday, June 15, 2010

That's not hijab


That's Not Hijab

Funny and entertaining yet very 'ilmiah also. :)
A short reminder for myself and muslim sisters out there. Let's follow what ALLAH SWT has guide us in the Al Quran and Hadith,by covering our hair n body(aurat) properly and protect our modesty. Learn what is permissible and what is not and don't ever let ourself being affected by the other culture like others followed(esp in Western).

“In our culture, not one part of a women's body is left untouched, unaltered. No feature or extremity is spared the art, or pain, of improvement. Hair is dyed, lacquered, straightened, permanented; eyebrows are plucked, pencilled, dyed; eyes are lined, mascaraed, shadowed; lashes are curled or false- from head to toe, every feature of a woman's face, every section of her body, is subject to modification, alteration." (Dworkin, 1974, p.112)


We choose what we want to do with our body but by the guidance from ALLAH SWT. Nothing wrong if you want to be good looking but there are boundaries. Allah Is The Most Beautiful and He also love beautiful things. But don't let the feelings to be attracttive and get as much attention as you could, end up in damaging yourself. In Islam the status of women have been uplifted since zaman Jahiliyyah. No double standard or gender violence to women as what some people accuse. They are just been blinded by the fact that it is their culture that abuse,manipulate women for their own. So let's follow every rules and be grateeful to ALLAH SWT. Islam is the perfect way of life. Just remember, ALLAH SWT knows what best for us.:)

And tell the believing women to lower their gaze and be modest, and to display of their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands' fathers, or their sons or their husbands' sons, or their brothers or their brothers' sons or sisters' sons, or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigour, or children who know naught of women's nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed.
(An Nur:31)



Monday, June 14, 2010

Alhamdulillah bertemu lagi Bulan Haram (Rejab) yang dirindui

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah Syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT dengan Qudrat dan Iradat Zat-NYA Yang Maha Agung menetapkan kita untuk ke sekian kalinya bertemu lagi dengan bulan Rejab yang mulia ini. Subhanallah wa bihamdih Subhanallahil 'azim.
Atas Rahmat ALLAH SWT jualah dipertemukan kita dengan bulan Haram yang mulia ini. Semoga dengan kehadiran bulan ini yang penuh dengan Barokah dan Rahmah ini,ALLAH SWT sentiasa memudahkan kita untuk beramal ibadah serta melapangkan jalan untuk kita lebih hampir agar sampai perjalanan kita menuju ALLAH SWT.

Mudah-mudahan juga kita tidak digolongkan ALLAH SWT diantara golongan yang terus lalai dan terlepas peluang beramal di bulan mulia ini. Baru-baru ini kita di kejutkan dengan peristiwa serangan Yahudi Zionis laknatuLLAH ke atas flotilla kemanusiaan Turki, Hikmahnya, ia telah berjaya membuka mata dan hati ramai pihak tentang sikap sebenar kaum yang dilaknat ALLAH SWT ini. Namun begitu sekali lagi ALLAH ingin menguji kita, kehadiran Piala Dunia FIFA World Cup rupanya kembali melalaikan umat dan membuatkan ramai orang lupa pada nasib saudara kita di bumi barokah Palestin apatah lagi kehadiran bulan Rejab yang mulia ini. Begitu licik sekali rancangan golongan kuffar ini dalam usaha menutup kejahatan yang mereka telah lakukan.

Apakah kita masih sanggup bersorak gembira menonton bola di saat saudara kita ada yang meraung meratap kehilangan ahli keluarga? Apakah kita masih sanggup bersengkang mata dan berhabis duit semata-mata untuk hawa nafsu di saat saudara2 kita masih ada yang bersengkang mata mencari rezeki dan berikat perut menahan kelaparan? Apakah kita tidak sedar nikmat yang ALLAH SWT kurniakan itu semua hanyalah pinjaman dan bila2 masa sahaja akan hilang dengan keizinan-NYA?Lebih malang jika kita bukan saja melupakan saudara kita bahkan juga melupakan ALLAH SWT. Naudzubillahi minzalik.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (Al-Hasyr: 19)

Amalan Yang Digalakkan

Antara amalan yang digalakkan adalah berpuasa,bersedekah,banyakkan solat sunat rawatib, Dhuha, Witir, Tahajjud serta Tasbih, berzikir dan bertasbih sebanyak-banyaknya serta bertaubat beristighfar dan berdoa kerana bulan Rejab adalah bulan pengampunan dan bulan mustajab doa. Sabda Nabi SAW: "Bertaubatlah kamu sekalian pada Tuhanmu dan minta ampunlah dari segala dosamu dan jauhilah segala perbuatan maksiat di dalam bulan Haram iaitu bulan Rejab."

Digalakkan bagi orang mukmin beristighfar sebnayak 70 @ 100 kali dalam sehari, sekurangnya dengan istighfar, Astaghfirullahal 'azim wa atubu ilaih.
Digalakkan juga untuk berdoa untuk kedua-dua ibu bapa pada bulan ini dan digalakkan berdoa dengan doa Rasulullah SAW:

اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبَ وَ شَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَان

Allahuma Barik lana fi Rajaba wa Sha’bana wa ballighna Ramadhan
"Ya Allah Berkatkanlah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan ketemukanlah (sampaikanlah) kami dengan bulan Ramadhan."
(Doa Rasulullah SAW)


Marilah kita bermuhasabah kembali dan memohon ampunan ALLAH SWT dengan sebanyak2nya dengan kehadiran bulan yang mulia ini. Rebutlah peluang beramal sebanyak-banyaknya sebagai tanda syukur kita atas segala nikmat yang diberi serta pemangkin untuk kita membaiki diri menjadi lebih baik di pandangan ALLAH SWT. Belum tentu lagi kita akan bertemu Rejab yang seterusnya dan belum tentu kita masih sempat berada di bulan Syaaban dan Ramadhan depan. Astaghfirullah al'azim wa atubuilaih walahaula wala quwwatailla billahil'azim.

Thursday, June 10, 2010

Redha ALLAH atau redha manusia?


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dalam sebuah riwayat diceritakan, pada suatu hari, Lukman Al Hakim mengajak anaknya ke pasar dengan seekor unta. Lukman berada di atas unta,sedangkan anaknya menarik
unta itu. Di pertengahan jalan, mereka bertemu beberapa orang yang lalu. Orang2 itu mengatakan," Kejam betul org tua itu,dia yang menaiki unta,anaknya disuruh menarik unta."

Oleh kerana itu, Lukman menyuruh anaknya menaiki sekali ke atas unta. Tetapi,di tengah jalan ada beberapa orang yang lalu berkata pula,"Dua org naik satu unta?? Tambahlah seorang lagi jadi 3 orang."dengan nada yang sinis.

Mendengar cemuhan itu, Lukman turun menarik unta dan membiarkan anaknya di atas unta.
Sekali lagi,orang2 yang lalu mengkritik, "Anak kurang ajar! orang tua dijadikan hamba." Akhirnya, beliau menyuruh sang anak turun. Namun,masih lagi mereka mencela, "Bodoh sungguh, unta ada tapi tak dinaiki malah dipimpin pula.

Begitulah keadaannya hingga akhirnya mereka pun sampai ke pasar. Sebenarnya Lukman Al Hakim ingin memberi pelajaran pada anaknya mengenai orang yang selalu melihat pandangan orang lain. Begitulah keadaannya,walau apa pun yang kita buat tidak akan dapat memuaskan hati semua orang.
Dalam beramal juga begitulah keaadaannya. Ada orang yg beramal suka kalau dilihat dan diperhatikan orang. Padahal belum tentu dia selamat dari celaan orang.

Jika seseorang itu dalam bramal masih ada keinginan untuk senang dilihat oleh orang lain,maka hal itu adalah tanda sebenarnya dia tidak ada kesungguhan dalam menghamba
pada Allah Ta'ala. Kesungguhan dalam menghamba adalah untuk mencari redha Allah Ta'ala,bukan redha manusia. Jikalau orang itu memang ada kesungguhan dalam menghamba pd Allah,pasti dia merasa tidak suka dilihat orang lain kerana bimbang niatnya berubah dan dia sedar hanya Allah Ta'ala yang berhak melihat bukan untuk ipertonton orang lain.

Ada orang pula,dalam berbuat baik ibarat hangat2 tahi ayam saja. Awal2 saja semangat tapi mudah luntur apatah lagi jika dikritik orang lain. Kalau pergi ke masjid risau dikatakan berlagak baik. Kalau nak tegur kesalahan orang bimbang dibalas balik, "alah kau pun buat dosa juga". Kalau cuba beramal sunnah Nabi cthnya berjanggut dan
serban nanti orang kata kuno pula.

Ada juga yang suka mengikut pandangan orang lain walaupun dia tahu perbuatan itu tidak disukai Allah. Kalau tak ambil tahu gosip artis nanti orang kata tak up to date. Kalau pakai tudung labuh atau baju longgar nampak gemuk pula maka bertukarlah ke pakaian yang ketat dan singkat. Begitulah akhirnya pandangan Allah diabaikan
pandangan manusia diutamakan. Hidup pun tidak akan pernah tenang kerana setiap masa cuba memenuhi pandangan orang lain yang tak pernah puas.


Menurut Harts bin Asad Al Muhasibi,tanda2 orang yg ikhlas kepada Allah adalah dia tidak menghiraukan penilaian org padanya asalkan hubungannya dengan Allah tetap terpelihara. Tidak ada yang tahu kebaikannya walau sekecil debu dan tidak takut jika ada orang tahu keburukannya.

Menurut Syeikh Ibnu Athoillah,'Barangsiapa mengenal Allah Yang Haq,pastilah dia dapat melihatNya dalam setiap sesuatu. Dan barangsiapa yang fana dgn Allah,maka samarlah dia dari segala sesuatu. Dan barangsiapa cinta pada Allah maka dia tidak akan mengutamakn sesuatu ke atasnya.'

Beruntunglah orang2 yang mengenal (makrifat) pada Allah Ta'ala. Dia tahu Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui segalanya. Jadi dalam segala yg dilihat,didengar dan dirasa akan sentiasa ingatannya pada Allah. Kefanaannya pada Allah menyebabkan segala sesuatu yg berada di hadapannya kosong. Dan kecintaannya pada Allah Ta'ala menyebabkan dia tidak akan mengutamakan nafsu apatah lagi pandangan makhluk selain untuk Allah semata.

Marilah kita belajar mengenal Allah agar brtambah2 rasa cinta padaNya.Semoga Allah memelihara hati kita untuk sentiasa ikhlas dalam segala prbuatan demi redha Allah semata2.

Ilahi Anta maqsudi..redhaKa mathlubi..

Saturday, June 5, 2010

KENYATAAN BARISAN ULAMA SELURUH DUNIA MENGENAI PERISTIWA YANG BERLAKU KE ATAS FLOTILLA MAVI MARMARA


Kenyataan barisan ulama seluruh dunia mengenai serangan zionis ke atas kapal yang membawa misi kemanusiaan ke GAZA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah, Penolong orang- orang yang beriman, Yang menurunkan kehinaan ke atas orang-orang yang sombong, Yang menundukkan orang- orang yang angkuh dan ganas.
Selawat Allah dan barakah-Nya ke atas Imam pembawa hidayah dan islah, Saidina Muhammad, juga ke atas ahli keluarganya serta semua sahabat- sahabatnya.

Sesungguhnya barisan ulama yang menurunkan tandatangan pada kenyataan ini sangat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh komando- komando zionis terhadap sukarelawan yang datang dari pelbagai negara di dunia untuk memecahkan kepungan yang tidak berperi kemanusiaan ke atas Semenanjung Gaza. Para ulama beserta majoriti umat mengikuti dengan penuh rasa duka dan keciwa jenayah yang sungguh kejam dilakukan zionis yang diketuai oleh askar penjajah yang telah menyebabkan puluhan nyawa yang tidak berdosa terkorban dan puluhan yang lain tercedera.

Barisan ulama juga mengikuti dengan penuh kagum dan hormat di atas keberanian, keikhlasan serta kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua peserta konvoi serta kesediaan mereka untuk menghadapi sebarang tindakan jahat pihak zionis. Tidak lupa setinggi-tinggi ucapan penghargaan ke atas para syuhada dan mereka yang cedera, yang darah mereka mengalir demi mempertahankan orang- orang yang dizalimi dan terkepung di Gaza. Juga kepada tawanan yang terus bertekad untuk membantu orang yang tertindas sekalipun diugut dengan berbagai-bagai ancaman oleh pihak zionis.

Justeru, barisan ulama menyeru seluruh umat Arab, Islam dan dunia seluruhnya agar segera bertindak untuk membebaskan tawanan secepat mungkin. Dengan ini barisan ulama mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada seluruh umat sama ada rakyat atau kerajaan agar memainkan peranan masing-masing demi keselamatan para tawanan yang berada di bawah kepungan zionis, melindungi hak saudara kita di Palestin, menolong para mujahidin di bumi yang diberkati.

Serangan jahat yang dilakukan oleh zionis yang menyebabkan berlaku kematian, luka parah dan tertawannya peserta konvoi yang tidak berdosa dan tidak bersenjata yang berada di dalam kapal kebebasan yang menggabungkan peserta yang terdiri dari lebih daripada 40 buah negara di waktu fajar hari Isnin 18 Jamadil-Akhir 1431 bersamaan 31 May 2010 memberi gambaran bahawa zionis berada dalam keadaan selamat daripada tentangan negara Islam, kutukan Amerika dan bantahan antara bangsa terhadap keganasan dan kekejaman mereka.

Maka kami menyeru semua ilmuan umat, pertubuhan-pertubuh an, institusi-institusi , rakyat yang beragama Islam yang berbangsa Arab dan bukan Arab, bangsa-bangsa yang merdeka di seluruh dunia agar bangkit dan bergerak menentang kumpulan zionis yang jahat dan keji ini. Sesungguhnya dengan ini kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

Pertama : Sesungguhnya telah menjadi suatu hakikat, suatu realiti yang terang nyata bahawa Bani Israel adalah golongan yang suka menumpahkan darah, membunuh manusia yang tidak berdosa sebagaimana dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya) , sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?” (Al-Baqarah: 87)

Mereka tidak pernah bertanggungjawab dan berpegang kepada janji dengan orang yang beriman. Mereka tidak berintima’ kepada agama yang dibawa oleh Nabi Allah Musa a.s. sama ada secara dekat atau jauh. Dan Nabi Allah Musa tiada kaitan dengan mereka. Mereka adalah golongan terbuang, lanun-lanun di zaman moden dan tali barut zionis antara bangsa. Semua agama tiada kena mengena dengan mereka termasuk agama Nabi Musa a.s.

Kedua :
Kami menyeru kerajan Arab dan Islam agar menukar sikap mereka yang negatif sehingga menampakkan lebih dekat kepada bekerjasama dengan zionis dalam serangan mereka yang berulang- ulang. Kami menyeru agar segera diadakan persidangan tergempar yang menggariskan langkah-langkah yang wajib diambil dan dilaksanakan, sama ada dari segi politik, ekonomi, media dan ketenteraan demi menyekat kebiadapan musuh zionis dari terus sombong dengan tindakan ganasnya.

Perkara pertama yang wajib dilakukan ialah hentikan usaha rundingan damai sepenuhnya. Hentikan sebarang bentuk rundingan baik secara terang atau senyap dengan mereka. Gunakan segala kekuatan dan keupayaan yang ada pada umat Arab dan Islam, suburkan hubungan dengan semua negara di dunia bagi mewujudkan tekanan yang mengesankan ke atas rejim zionis yang telah merampas Palestin dengan cara haram dan tidak sah. Langkah ini wajib diambil demi membebaskan al-Aqsa dan Palestin, menyokong perjuangan yang diterajui oleh rakyat Palestin baik secara material, moral dan media, mengukuhkan kekuatan mereka, memudahkan hubungan rasmi dan sya’bi dengan mereka.

Kami juga menyeru kerajaan Mesir dan kerajaan-kerajaan Arab yang lain semuanya agar membuka sempadan Rafah dan meruntuhkan tembok kepungan ini. Mengapa kita harus menghormati perjanjian dan undang-undang antara- bangsa dengan Zionis sedangkan mereka tidak pernah mengambil peduli terhadap sebarang nilai akhlak, moral, uruf dan perjanjian antara-bangsa?

Ketiga : Kami menyeru rakyat Palestin agar segera berdamai dan bersatu. Lupakan perbezaan pandangan politik kepartian. Bersatu di atas landasan perjuangan menentang seteru yang sebenar. Kami menyeru pihak berkuasa Palestin agar berhenti sepenuhnya dari memburu mujahidin. Isytiharkan dengan segera pemberhentian rundingan damai secara total dengan musuh. Tiada lagi sebarang usaha ke arahnya baik secara langsung atau tidak langsung.
Batalkan sebarang pertemuan dengan pemimpin rejim penjajah zionis. Sesungguhnya pertemuan itu tidak sejajar dengan perinsip akhlak dan undang-undang kerana mereka telah melakukan kezaliman demi kezaliman.

Keempat : Kami menyanjung tinggi dan memohon keberkatan di atas usaha murni yang dilakukan oleh rakyat Turki, pertubuhan-pertubuhan serta kerajaannya. Kami mengakui bahawa pengorbanan paling besar adalah datangnya daripada rakyat Turki.
Kami menyeru umat Islam dan semua umat yang merdeka di seluruh dunia agar menghargai dan menjejaki peranan kemanusiaan Turki yang berani.

Kelima : Kami menyeru seluruh pertubuhan dan institusi hak asasi manusia dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara Arab, negara Islam dan semua negara di dunia supaya bergerak dan menggerakkan seluruh rakyat dengan kadar segera untuk menentang jenayah zionis di semua peringkat dan semua lapangan, dengan menggunakan undang-undang bagi mengenakan tindakan yang tegas ke atas penjenayah perang yang telah menyerang secara terang-terangan.
Mereka mesti didakwa di hadapan semua mahkamah di Eropah dan di peringkat antara-bangsa. Semua pemimpin mereka mesti diheret dan dibicarakan. Tiada seorang pun dari kalangan mereka yang boleh dilepaskan atau diberi keampunan.

Keenam :
Kami menyeru media massa Arab dan Islam agar memberi sepenuh keutamaan dalam mendedahkan kejahatan rejim Zionis yang merampas bumi Palestin serta keganasan- keganasan yang mereka lakukan. Dedahkan segala usaha mereka memalsukan dokumen rasmi kedutaan beberapa buah negara. Dedahkan identiti mereka dan usir mereka dari semua negara, dedahkan keadaan genting yang dialami oleh penduduk Gaza dan semua kawasan yang terletak di bawah jajahan mereka di Palestin dan akhir sekali penyembelihan konvoi keamanan Mavi Marmara.

Ketujuh : Berhadapan dengan ancaman musuh zionis ini, semua bangsa yang merdeka di seluruh dunia, bukan hanya penduduk Gaza sahaja, wajib menghidupkan ruh keimanan dan membangkitkan semangat juang menentang kezaliman serta menolak sebarang usaha rundingan damai dengan zionis. Jihad adalah satu-satunya jalan untuk menggerunkan penjajah itu dan membebaskan masjid al-Aqsa dan Palestin.

Oleh kerana ulama dan para ilmuan merupakan minda yang sedar di kalangan ummah, hati yang sentiasa berdenyut dengan keinsafan, lidah yang mampu menuturkan kebenaran, melakarkan cita-cita dan harapan; mereka adalah ibarat kepala kepada badan ummah, jantung yang menentukan kesihatan perjalanannya, maka kami menyeru para ulama dan ilmuan agar memainkan peranan memegang teraju utama dalam menyatakan kebenaran dan mendedahkan hakikat zionis yang sebenarnya sejak dahulu hingga sekarang.

Ulama dan para ilmuan mesti memainkan peranan menjelaskan kepada ummah apa yang mereka perlu sediakan untuk menghadapi zionis durjana ini, membebaskan tawanan-tawanan dan masjid al-Aqsa, membela mereka yang terluka, cedera dan terbunuh serta mengembalikan kemuliaan ummah seluruhnya. Allahu Akbar! Kemenangan untuk Islam dan muslimin!

Ditandatangani oleh:
Dr. Sofwat Hijazi – Mesir,
Dr. Muhammad Musa asy-Syarif – Saudi,
Dr. Solah Sultan – Mesir,
Syeikh Salim asy-Syeikhi – Libya,
Syeikh Muhammad al-Amin – Bahrain,
Syeikh Majd Makki – Syria,
Syeikh Akram Kassab – Mesir,
Dr. Hamdy Arsalan – Turki,
Dr. Khalid Hanafy – Mesir,
Dr. Muwaffaq Kadasah – Saudi,
Dr. Sa’eid al-Ghamidy – Saudi,
Dr. Abdul Ghani at-Tamimy – Palestin,
al-Qadhi Muhammad Tais al-Jamily – Qatar,
Dr. Saleh Sowwab – Yaman,
Syeikh Hasan Qatarji – Lubnan,
Dr. Muhyiddin Ghazi – India,
Syeikh Muhammad al-Hasan bin ad-Dadu – Mauritania,
Syeikh Wasfy ‘Asyur Abu Zaid – Mesir,
Dr. Ahmad Abu Bakar Jumi – Nigeria,
Dr. Abdul Hayyi Yusuf – Sudan,
Dr. Abdul Wahhab ad-Dailamy – Yaman,
Dr. Umar Abdul Aziz – Mesir,
Syeikh Khalid Saifullah ar-Rahmany – India,
Syeikh Amin al-Uthmany – India,
Dr. Muhammad Abdul Maqsud – Mesir,
Dr. Abdul Sattar Fathullah Sa’eid – Mesir,
Dr. Yahya Ismail – Mesir
, Dr. Ali as-Solaby – Libya,
Dr.Ahmad ar-Risuni – Maghribi, dan ramai lagi…
(sebenarnya terdapat 108 nama, rasa cukup dimasukkan sebahagian saja)

*dipetik dari blog Kembara Sufi

Sunday, May 30, 2010

Kasut Crocs tiruan hina nama ALLAH

“Kasut crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.

Kalau entri di isuhangat semalam berkaitan kucing ada kalimah Allah, oklah. Ini benda ciptaan manusia yang kemungkinan disengajakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja untuk menghina kesucian Islam

Ini adalah logo crocs yang ori..



Ini pula logo crocs yang dimaksudkan

kasut crocs

Sebarkan kepada rakan-rakan .

http://epondok.wordpress.com/2010/05/27/kasut-crocs-tiruan-hina-nama-allah/

That's ALLAH


Have you ever been down and out
and nobody seems to be around for
you to talk to.....
THAT'S ALLAH...
He wants you to talk to Him.

Have you ever been just sitting there
and all of sudden you feel like doing
nice for someone
you care for.....
THAT'S ALLAH....
He talks to you

Have you ever been thinking about
somebody that you haven't seen
in a long time and then next think
you know you see them or receive
a phone call from them....

THAT'S ALLAH....
There is no such thing as
"Coincidence"

Have you ever received something
wonderful, that you didn't even ask for..
THAT'S ALLAH...
He knows the desires of your heart.

Have you ever been in situation
and you had no clue how it is
going to get better,
but now you look back on it..
THAT'S ALLAH..
He passes us through tribulation
to see a brighter day.

In all that we do, we should totally realize that ALLAH is always there,
give Allah thanks and our prayers,
blessings will continue to multiply...

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Thursday, April 29, 2010

Buat hati kita yang sering terlupa


Perjalanan kehidupan yang memerihkan membuatkn kita seringkali lupa. Dalam kekalutan dunia sekarang,masing2 sibuk mengejar harta,pangkat,nama,kereta,banglo dan segala kenikmatan yang ada. Berlumba-lumbalah dalam kemewahan hingga terlupa segalanya. Semakin hari kita semakin melupai ALLAH Ta'ala..semakin banyak melakukan dosa...semakin jauh dan jauh dari ALLAH Ta'ala..nauzubillah minzalik.

Sesungguhnya beringatlah bahawa ISLAM yang kita anuti bukan sekadar agama sahaja,bukan sekadar solat yang kita lakukan 5 kali sehari,dan bukan hanya setakat cukup dengan puasa,zakat dan haji. Tetapi ISLAM adalah cara hidup kita yang sebenar. ISLAM merangkumi segala2nya termasuklah cara berpakaian,bertutur,belajar,bekerja,bersosial,berakhlak dan sebagainya...semuanya telah ALLAH gariskan buat kita. Sepatutnya kita berbangga kerana berada dalam agama yang benar...nikmat yang tidak ternilai harganya iaitu nikmat berada di dalam ISLAM dan iman. Namun sebaliknya sayang sekali...kitalah yang merendah2kannya,kita malu dengan agama ISLAM. Malu apabila orang lain melihat kita cuba membawa identiti ISLAM. Malah kita tidak segan silu pula mengikut budaya2 barat yang membawa kita jauh dari kehidupan ISLAM yang sebenar. Kita semakin lalai dengan kehidupan fana' yang mengasyikkan hingga terlupa ALLAH Ta'ala itu ada dan melihat setiap perbuatan kita.

Tidak patut bagi kita mengambil hanya sebahagian ISLAM dan meninggalkan sebahagian yang lain. Umpamanya sebuah rumah yang dibina hanya mempunyai dinding dan tiang sahaja. Pastinya pelik dan tidak selesa berada di rumah tanpa atap bukan?Begitulah juga kehidupan kita takkan sempurna tanpa Islam. Tapi sejauh manakah kita telah mengamalkan ISLAM dalam kehidupan?Adakalanya kita tahu bahawa ALLAH itu ada tapi kita tetap sombong pada-NYA. Kita kufur pada nikmat yang melimpah ruah hingga lupa mengucap syukur pada Pemberi Nikmat. Kita tahu adanya dosa dan pahala...dan kita juga tahu adanya syurga dan neraka....tetapi kita tidak peduli akan semua itu,kita melanggar semua perintah ALLAH Yang Maha Kuasa. Renungkan kembali layakkah kita digelar Muslim?Apalah ertinya kemewahan dan kenikmatan hidup andai diri tidak dipandangan ALLAH Ta'ala.

Renungilah sebuah hadits Qudsi, dimana Rasulullah SAW ada bersabda:
ALLAH SWT berfirman, "Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepadaKu dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKu. Jika dia ingat kepadaKu dalam hatinya, Aku pun akan mengingatinya dalam hatiKu. Dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khayalak ramai yang lebih baik. Dan jika dia mendekatiKu sejengkal, Aku pun akan mendekatinya sehasta. Dan jika dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika dia datang kepadaKu berjalan, maka Aku mendatanginya dengan berlari." (HQR Syaikhani dan Tidmidzi dari Abu Hurairah R.A.)


Begitulah besarnya kasih sayang ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada kita setiap hamba ciptaan-NYA. Andai terasa diri sudah jauh tersasar...marilah kita kembali kepada ISLAM yang sebenar.Kembalilah hati untuk sentiasa berzikir mengingati ALLAH Ta'ala. Kembalilah diri pada ALLAH Ta'ala yang tidak pernah jemu mendengar rintihan setiap hamba-NYA. Ingatlah sebesar2 kemurkaan ALLAH itu...lebih besar lagi kasih sayang-NYA.


**********************************************************************************
Rabbi...kemana lagi kah akan kami hadapkan muka ini jika ENGKAU tidak mengampunkan kami..maka dengan itu ampunkanlah segala keterlanjuran dan dosa maksiat yang telah kami lakukan YA ALLAH..kami sedar dan insaf atas setiap kelalaian kami...jadikan lah kami hamba-MU yang sebenar2 hamba.. perkenankanlah kami mencintai-MU dengan sebenar2 cinta..dan jadikanlah matlamat hidup kami hanyalah untuk-MU....

Ya ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM..dgn Rahmat-MU yg luas,perkenankanlah rintihan hati kami ini kerana hanya pada-MU tempat kami merintih dan mengadu..aminn Ya Rabbal 'alameenn..

Sunday, April 11, 2010

Yang Dicari Selama Ini

Dunia ini umpama perjalanan seorang musafir kelana menuju satu destinasi yang pasti. Laluannya cuma satu arah iaitu menuju pada ALLAH SWT. Dia lah yang menciptakan kita dan kepadaNya lah kita kembali. Di situlah asal kita dan di situ juga kita kembali. Mahu atau tidak itulah hakikat kehidupan kita sebagai hamba. Kematian yang akan menjemput kita menemui ALLAH SWT sama ada dalam keadaan yang baik atau sebaliknya..kita sendiri lah yang menentukan.

Ada juga manusia yang masih tidak sedar bahawa sebenarnya kewujudan di dunia ini hanyalah untuk menuju mati. HAti sering tertanya2 kenapa aku wujud di dunia ini jika suatu masa kematian tetap akan terjadi? dan kenapa perlunya kematian? Tiada salahnya jika hati bertanya kerana itulah fitrah yang telah Sang Pencipta titipkan di dalam diri setiap insan. Fitrah untuk kembali pada asal. Lihatlah alam di sekeliling kita, renunglah sedalam-dalam nya ke dalam diri...carilah bukti interaksi antara kita dan Sang Pencipta. Sesudah itu akan terbit rasa rindu yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Di akhirnya kita pasti sedar bahawa selama ini hanya Si DIA lah yang kita cari.

Dalam Risalah Mahabbah oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis, beliau mengatakan; Ramai manusia mencari apa yang belum pasti, sedangkan dia menuju apa yang pasti. Manusia yang bijak adalah, dia hanya mencari dan menuju apa yang pasti. ALLAH s.w.t.-lah yang pasti lagi hakiki. Tangisanmu biar terarah kepada mencariNya, agar jiwamu puas hanya dengan merinduiNya.

Umpama seseorang yang merindui sang kekasih, hati yang sentiasa merindui ALLAH pasti akan berusaha mendapatkan Cinta dan RedhaNYA. Bahagialah insan yang menemui ALLAH dalam bersama redha ALLAH dan rugilah bagi mereka yang berakhir dengan kemurkaan NYA. Moga Allah s.w.t. membimbing kita dan membawa kita kepada pembimbing yang boleh membawa kita kepadaNYa.

Allahummar zuqni hubbak wa hubb man yuhibbuk wal 'amalallazi yuballighuni hubbak...aminn Ya Rabb...


Lahaula wala quwwata illa billahil 'adzim.

Friday, April 9, 2010

Fenomena Sungai dalam laut?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Pada bulan Mac yang lepas, saya telah menerima sebuah emel mengenai fenomena yang sungguh menakjubkan iaitu Sungai Dalam LAut. Subhanallah..begitu hebat sekali kekuasaan ALLAH SWT. Pernahkah terfikir di akal kita akan fenomena yang sungguh mengagumkan seperti ini? Dan ternyata segala kejadian ini telah dibuktikan di dalam Al Quranul Karim. Ternyata ALLAH SWT Maha Kaya dan Maha Berkuasa dan hanya Dialah yang berhak disembah.

Alhamdulillah..di saat-saat menularnya berbagai fahaman songsang yang membuatkan manusia semakin hilang percaya pada kekuasaan Tuhan,di saat manusia menjadikan segala kenikmatan dunia sebagai berhala di hati mereka, Allah SWT memperlihatkan kita sekali lagi dengan sesuatu yang sungguh luarbiasa sebagai petunjuk bagi insan-insan yang semakin dibuai arus duniawi. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberi peluang pada kita melihat keagunganNYA ini dan mengetuk pintu hati kita untuk sentiasa menyedari bahawa kita manusia hanyalah seorang hamba yang lemah. Kembalilah pada Sang Pencipta kerana hanya padaNya tempat kita berharap dan memohon pertolongan. Semoga dengan penemuan seumpama ini lebih ramai insan yang kembali kepada agama fitrah iaitu Islam dengan sebenar-benarnya dan bukan hanya pada nama sahaja.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."
Surah Ali Imran.

Berikut adalah petikan artikel tersebut:

Sunday, March 14, 2010

Belum sampaikah masanya..

Kehidupanku dimulai dengan kesia-siaan, mabuk-mabukan, maksiat, berbuat zhalim kepada manusia, memakan hak manusia, memakan riba, dan memukuli manusia. Kulakukan segala kezhaliman, tidak ada satu maksiat melainkan aku telah melakukannya. Sungguh sangat jahat hingga manusia tidak menghargaiku karena kebejatanku.

Pada suatu hari, aku merindukan pernikahan dan memiliki anak. Maka kemudian aku menikah dan dikaruniai seorang puteri yang kuberi nama Fathimah.

Aku sangat mencintai Fathimah. Setiap kali dia bertambah besar, bertambah pula keimanan di dalam hatiku dan semakin sedikit maksiat di dalam hatiku.

Saturday, March 13, 2010

استغفر الله



Sometimes, there are times in our life dat we feel lost,we feel unguided and miserable, we feel like we've made a wrong choice and we have been too far away from God. Just remember it is a call from ALLAH SWT and a reminder for us to return back to HIM. ALLAH HE is The Almighty and the Most Loving towards all His slaves.
O Allah..please guide us to d right path..

"Show us the straight path, The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray."
[Al FAtihah:6-7]

Monday, March 8, 2010

Secangkir hikmah Al Imam Muhammad Al Ghazali


"Barangsiapa yang tidak tergetar dengan sesuatu yang berada di dlm hatinya, kelak apabia saat ajalnya telah tiba ia akan tetap berada di dalam kelalaian, kehilangan semangat dan selalu menunda-nunda dan akan disertai penyesalan akhirnya di atas apa yang dia kelewatan hingga kematian menjemputnya."


'Kalau seseorang merasa lebih baik dari yang lainnya, maka itulah puncak kebodohan dan ketololan orang itu."


"Saya heran kepada orang yang mengaku mempunyai akal tetapi tidak memakai akal."


"Manusia paling bodoh adalah manusia yang mempunyai keyakinan paling kuat terhadap keutamaan yang ada pada dirinya.
Adapun manusia yang paing berakal adalah manusia yang merasa dirinya penuh kekurangan."


"Barangsiapa yang ingin agar ALLAH SWT memberikan cahaya di dalam hatinya, maka hendaknya ia meninggalkan perbicaraan yang bukan urusannya."


"Cermin dan pautan umat Islam adalah Nabi Muhammad Sollallahu 'alahi wasallam."


"Kebaikan itu semuanya ada pada diri sseorang yang mampu menguasai nafsunya.
Sedangkan kecelakaan itu terletak pada diri seseorang yang dikuasai nafsunya."


"Tidak dapat mengetahui nilai sebuah kekayaan melainkan seorang yang faqir."


(dipetik dari Secangkir Hikmah, kumpulan kata mutiara danmotivasi hikmah dari Para Sahabat Nabi, Auliya',Ulama' dan Shalihin oleh Abdul Qadir Umar Mauladdawilah)

Monday, March 1, 2010

Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Muhammad SAW di Yayasan Al Jenderami

Assalamualaikum warrah matullahi wa barakatuh,
InsyaALLAH, pihak Yayasan Al-Jenderami berserta kerjasama Madrasah Islamiah Al-Jenderami berhasrat menganjurkan Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad SAW ke -8 dan butir butir nye adalah seperti berikut: