Saturday, February 14, 2009

Bisik hati

Ya Ilahi,
Hamba ini hambaMU yang hina.
Penuh dengan dosa dan noda yang menggunung..
Malu benar rasanya hamba padaMU..
Walau seringkali hamba menderhakaiMU..
Walau seringkali hamba lupa padaMU.
Namun ENGKAU tetap hadir dalam hatiku..
ENGKAU lah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih..
Namun semakin hamba cuba mendekatiMU Rabbi..
Semakin getir ujian yang hadir..
Dunia memanggil-manggil..
Hati kelamku merintih..
Semakin lemah tiada daya..
Mengharap secebis ketabahan..
buat jiwa yang kelemahan..
Dengan rahmatMU Rabbi..
hamba datang pdMU..
Terimalah taubat hamba ..
Berilah ampunan dan rahmatMU yang luas..
Wahai Yang Maha Penerima Taubat..
Berilah walau secebis perasaan cinta padaku..
Agar bertambah-tambah kecintaan hamba padaMU Rabbi..
Sesungguhnya terlalu Agung cintaMU..
pada hamba-hambaMu yang Dikau ciptakan..
Bagaimana tidak hamba pula yang mencintaiMu..


“Wahai tuhanku

Jika hamba menyembah Mu kerana takut akan nerakaMu
Maka bakarlah hamba dengannya
Jika hamba menyembahMu kerana mengharapkan SyurgaMu,
Haramkanlah hamba memasukinya
Tapi Jika hamba menyembah Mu semata-mata kerana cinta kepadaMu
Maka jangan kecewakan aku dan janganlah tutupi diri Mu
Dari pandanganku.."

-Doa Munajat Rabia'tul Adawiyah-



2 comments:

Ibnurashidi said...

Assalamualaikum

Semoga renungan ini membawa erti berguna...
Jadikan Rabiatul Adawiyah sebagai model..juga muslimah solehah lain sebelum zamannya..

nur said...

waalaikumussalam wrahmatullah..

insyaAllah..doakan ye..
Begitu juga para ummul mukminin,penghulu bidadari di syurga...Saiyidatina Khadjah, Saiyidatina 'Aisyah dan Saiyidatina Fatimah Az zahra...itulah sebaik2 ikutan muslimah solehah.

Jazakallah khair.:)