نما مثل صاحب القرءان كمثل صاحب الإبل المعلقّة إن عاهد عليها أمسكها وإن أطلقها ذهبت وإذا قام صاحب القرءان بالليل والنهار
ذكره وإذا لم يقم به نسيه
Bermaksud :
“Sesungguhnya perumpamaan orang yang menghafal Al-Quran seperti si pemilik unta yang dtambat,jika dia menambatnya dengan kemas,maka untanya akan tertambat,jika dia meleraikanya (tidak diikat dengan baik) maka dia akan lari terlepas,dan jika orang yang menghafal Al-Quran itu mengulangi kembali hafazanya pada malam dan siang harinya,maka dia akan mengingatinya,jika tidak,dia akan melupakanya” (hadith riwayat Imam Bukhari)
Nasihat ilmu pada para kelana ilmu oleh Syeikh Ahmad Bamba dari negara Senegal
ولا تكن في كل يوم تاركا *** تعلما ثم به اعمل ناسكا
فالعلم يحي قلب من تعلّما *** ينوّر القلب كما يجلو العمى
واعلم بأنما تفاوت الورى *** بالعلم والدين يكون فاصبرا
وبهما يفضل من قد فضلا *** لا بانتسابه لمن قد اعتلى
من جهة الأنساب أم واب *** ففيهما اجتهد مع التأدب
وان تعلّمت فبالله استعن *** ثم بإخلاص بقلب مطمئن
وبملازمة درس وورع *** وقلّة النوم وقلّة الشبع
فدم على الدرس مع التكرار *** في ما قرأته بلا إدبار
وخالف النفس فإن النفسا *** أمارة بما يجر حبسا
وقلّل الرقاد فارق الكسل *** وقلّل الراحة قصّر الأمل
واعلم بأن من أبى التعلّما *** وقت صباه سيلا قي ندما
إذ كل من لم يتبادر للعلوم *** مع تفرغ لها قبل الهموم
فلا ينال غالبا مطلوبه *** منه وليس يحتوي مرغوبه
إذ مدحوا تعلّم الصغار *** بكونه كالنقش في الأحجار
وشبهوا تعلم الكبار *** بالكتب فوق الماء في الأثار
Bermaksud :
Dan janganlah dikau pada setiap hari (cuba-cuba) meninggalkan pembelajaranmu….kemudianya,gandingkanlah pembelajaranmu dengan membuat amal ibadat
Makanya ilmu itu menghidupkan hati…..barangsiapa yang menuntut ilmu makanya ilmu itu menerangkan hati,sepertimana hati sibuta yang diterangi
Maka ketahuilah, saling berbezanya keadaan manusia itu….. ialah dengan ilmu (padanya) begitu juga dengan agama padanya,maka bersabarlah!!! (wahai penuntut ilmu)
Dan dengan keduanyalah (ilmu dan agama) melebihi pada siapa yang diberikan kelebihan……dan bukanlah (kelebihan itu) dikira dengan keturunanya yang dimuliakan
Iaitu dengan keturunan dari sebelah ibu jua bapanya…..maka pada keduanya berusahalah kamu bersungguh-sungguh bersama adab (didalam menuntut ilmu bersama agama)
Dan jika kamu menuntut ilmu maka dengan Allah sahajalah kamu pinta pertolongaNya….kemudianya ditambahkan dengan rasa ikhlas jua dengan hati yang tenang
Dan melazimi pelajaran beserta wara’….dan kurangkan tidur juga kurangkan kekenyangan
Dan sentiasalah mengulangkaji pelajaran bersama (sentiasa) mengulang….pada apa yang kamu baca dan janganlah lalai jua leka
Dan (cubalah) bercanggah pada si nafsu,kerana sesungguhnya nafsu itu….amat menyuruh perbuat pada apa yang dilarang
Maka kurangkanlah juga banyak rehat dan jauhilah akan kemalasan…dan kurangkan lepak (kerana kesemua itu akan menyebabkan) kekurangan tumpuan
Maka ketahuilah barangsiapa yang tidak mahu belajar….pada waktu mudanya maka dia akan menyesal
Jika siapa yang tidak mempercepatkan diri untuk belajar….bersama mengosongkan fikiran dari selain belajar sebelum memberikan perhatian (terhadap pelajaran)
Maka tiadalah dia bakal mendapat apa yang diingininya….darinya(menuntut ilmu) dan bukanlah jua dia mempunyai keinginan padanya (menuntut ilmu)
Dan mereka (para a’lim) memuji pada belajar ketika masa mudanya belia…seperti keadaanya ukiran pada batu
Dan mereka menyamakan belajar ketika diri hampir tua….seperti keadaanya menulis diatas air
(dipetik dari laman INDAHNYA HIDUP INI DENGAN AGAMA)
Sabda Nabi SAW...
"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu maka Allah Ta'ala akan memudahkan bgnya jalan ke syurga"
Sebagai renungan buat diri ku dan saudara2 seiman sekalian janganlah sekali2 berputus asa dalam kita mncari sesuatu ilmu itu..kegagalan yang datang itulah yang merupakan permulaan bagi sebuah kejayaan...bertawakkallah sungguh2 pada Allah Ta'ala dlm proses menuntut ilmu kerana hakikatnya ilmu dan segala yang kita miliki di muka bumi ini hanaylah milik Nya Yang Maha Agung..ilmu yang ade di dunia ini hanyalah ibarat setitis darpada lautan yang luas jika nak dibanding kan dengan Sang Al 'alim...betapa sungguh kerdil nya kita...jahilnya kita dihadapan Allah. Sentiasalah ikhlas dalam menuntut ilmu semata2 kerana Allah Ta'la. Semoga berjaya dunia dan akhirat pd semua. Doakan ana sm ye.
Ilahi..kuatkanlah kembali semangatku ini...tabahkanlah hati hamba menempuh setiap ujian yang Engkau kurniakan serta bimbinglah hamba pada jalan yang benar dan lurus dalam pencarian hamba mencari redhaMu...hanya Engkaulah tempatku berharap mengadu dan memohon..aminn Ya Robbal 'alamin..
Assalamualaikum warahmatullah..:)
No comments:
Post a Comment