Thursday, February 5, 2009

Nilai kasih Allah Ta'ala

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh...
Alhamdulillah syukur yang tak terhingga ku panjatkan pada ILAHI yang masih lagi memberi peluang buat diri ini mengecap nikmat2 yang tak terhingga banyaknya.

Baru saja semalam ana telah diberi peluang oleh Allah Ta'ala untuk merasakan satu pengalamn yang memberi kesan yang mendalam di hati ini, di mana ana telah dimarahi oleh seorang pensyarah hingga ter menangis di hadapannya. Waktu itu yang mampu ana ucapkan pada beliu hanya lah 'maafkan saya Dr.' Apepun semuanya memang kesalahan ana sendiri, cuai dan lalai dalam perkara yang amat penting iaitu mendaftar subjek. Tanpa subjek itu ana mungkin tidak akan dapat grad pada bulan 6 ini. Selepas keluar dari bilik beliau ana terus balik ke bilik lantaran air mata yang terus terus mengalir tanpa dapat dihentikan lagi. Niat asal mahu terus stay di makmal untuk meneruskan sedikit kerja2 yang tertangguh terpaksa dibatalkan.


Walaupun sangat sedih dengan apa yang berlaku ana tidak akan putus asa. Teringat kembali amanat Dr tersebut yang mengisyaratkan ana agar meminta sokongan mentor selaku academic advisor merangkap supervisor tesis,selepas itu barulah dia akan bersetuju untuk mendaftarkan ana dalam kursus itu. Alhamdulillah malam itu ana habiskan masa dengan membuat surat pada Prof dan merangka apa yang akan ana katakan pada beliau esok. Alhamdulillah jua kupanjatkan kesyukuran tak terhingga,Allah masih lagi memberi semangat dalam diri ana untuk terus berusaha, ditambah dengan semangat yang diberi oleh sahabat2 mulia ana, Ukhti Hidayah, Ukhti Izati, Ukhti Fida dan kak Noza menguatkan lagi azam ana untuk terus mencuba. Syukran lakum atas doa kalian. Jazakumullah khairan kathiro...hanya Allah Ta'ala sahaja yang dapat membalas nya.

Dan sesungguhnya Allah itu benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang pada hambaNYa. Apetah lagi disaat hambaNya merintih mengharapkan pertolongan hanya padaNya, bagaimana mungkin Sang Ar Rahim pemilik segala sifat kasih sayang tidak mendengar dan mengasihani hambaNya itu. Ingat lah walau sebesar mana ujian yang Allah Ta'ala berikan buat kita sesungguhnya pertolongan Allah itu jua adalah yang paling hampir.

"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat"(Al Baqarah 214)

Pagi itu sebaik sahaja ana berjumpa Prof(mentor) dia dahulu yang bertanyakan adakah ana pelajar yang tidak mendaftar kursus lagi. Rupa-rupanya Allah Ta'ala telah melembutkan hati Dr tersebut dgn asbab mungkin Dr tersebut merasa kasihan pada ana(selepas tengok ana nagis..hehe). Lalu dia sendiri yang telah menghubungi Prof tersebut dan alhamdulillah dengan mudahnya Prof telah memberi sokongan dan sedikit nasihat umpama seorang bapa kepada sang anaknya yang telah melakukan kesilapan.(alfatihah untuk arwah abah).

Dan yang lebih membuatkan ana terharu adalah bila ana berjumpa semula Dr yang memarahi ana semalam dia meminta maaf pada ana atas sikapnya semalam dan kerana berlaku sedikit salah faham. Ana rasa sangat2 terharu kerana ana lah yang bersalah sebenarnya dalam hal ini namun dgn kuasa Allah Ta'ala yang Maha Pengasih membuatkan hatinya jadi lembut berlainan daripada semalam. Syukru LiLLAHhi Ta'ala..

Begitulah besarnya kasih sayang Allah Ta'ala pada kita sebagai hambaNya. Setiap ujian yang datang buat kita sebenarnya tanda sayangNya pada hamba2 nya yang selalu lalai dan lupa padaNya. Ana sungguh tersentuh dengan apa yang berlaku,terasa Allah Ta'ala sangat hampir pada diri kita dan memerhatikan kita setiap saat,mendengar rintihan hambaNya yang lemah. Malu sungguh rasanya diri ini, walau banyak sungguh rasanya dosa dan maksiat yang bertimbun2 namun Allah Ta'ala masih sudi lagi memberi pertolongn Nya. Rasa sungguh2 malu dan kerdil di hadapanNya.

Hikmah yang dapat ana renungi buat hati kali ini adalah untuk tidak putus asa dalam usaha mendapatkan rahmat Allah Ta'ala. Sentiasa berbaik sangka atas setiap musibah yang datang dan berharap sepenuhnya pertolongan pada Dia. Jika direnung layakkah kita meminta2 pada selain darpadaNya? Dia lah yang mendatangkan musibah dan semestinya Dia jugalah yang mempunyai
penawar dan jalan penyelesaian bagi musibah tersebut.


Sebagai seorang hamba, harus berbaik sangka pada Rabbnya, menunggu karunia dariNya dan mengharapkan kebijaksanaanNya.
Karena siapapun yang berada dibawah otoritas kata 'Kun', maka harus percaya kepada janjiNya.
Tak seorangpun yang dapat memberikan kebaikan keculi Dia.
Tidak pula seorngpun yang dapat menghentikan bahaya kecuali Dia.
Di dalam setiap jiwa, Dia telah menentukan kebijaksanaan.
Dalam setiap gerakan ada hikmah.
Dan setiap saat Dia memberikan jalan keluar.

No comments: