Sunday, February 22, 2009

HAD dalam HAK


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sewaktu kelas fermentasi industri a.k.a. industrial fermentation berjalan pagi jumaat lps ana tertarik dengan satu isu menarik yang dibawa kali ini oleh profesor. Profesor yang mengajar ana itu adalah seorang yang cukup berpandangn jauh dan sgt bijak berkata2 serta tinggi ilmunya. Walaupun mmberi kami kuliah berkaitan sains namun isu-isu semasa yang membuka minda xpernah beliau lupa untuk diselitkan. Sbb itulah ana seronok belajar dengan profesor(dirahsiakan namanya..hehe) ini.

Sebelum2 ini beliau banyak mengaitkan dengan isu Gaza dimana dalam usaha menerangkan proses2 yang berlaku dalam kitar yang melibatkan mikrob dia juga mengajak kami berfikir tentang keadaan yang berlaku di Gaza. Syukur alhamdulillah sekurang-kurangnya ia membuka minda dan mengingatkan kami sentiasa. Dan isunya pasti akan menyentuh pintu hati sesiapa untuk mengakui kebenaran yang terdapat di dalam agama Islam.

Pada kuliah pagi itu beliau mengajar kami tentang fasa2 dalam kitar hayat sesuatu mikrob. Sambil2 itu beliau mengajak kami berfikir tentang kitar hidup kita sebagai manusia. Beliau mengatakan bahawa kebanyakan saintis dan ilmuwan barat menafikan adanya perkara2 yang akan berlaku selepas kematian, namun kajian mereka dalam kitar hayat mikrob pula sebaliknya. Pada fasa terakhir iatu fasa pegun merupakan kematian bagi sel-sel mikrob,namun pada fasa ini jugalah berlakunya penghasilan metabolit sekunder. Contohnya seperti antibiotik. Meskipun mikrob telah mati namun penghasilan metabolit ini akn terus meningkat. Profesor mengaitkan ini dengan kehidupan manusia, dimana tidak semestinya kematian itu merupakan penutup bagi segala sesuatu seperti yang dipegang oleh para ilmuan barat. Mereka menafikan wujudnya alam seperti yang diimani oleh umat islam iaitu alam barzakh , kiamat. Bagi mereka mati adalah penamat dan tiada apa2 makna selepas itu.

Itulah yang menjadi pegangan golongan Atheis yang tidak mempercayai sebarang agama di dunia. kewujudan fahaman ini dipelopori golongan cendekiawan barat yang berfikir sekadar jangkauan akal mereka tanpa mahu menjadikan Al Quran sebagai petunjuk. Mereka menolak hakikat sebenar yang ternyata terlalu banyak bukti2 yang boleh menjadi hujjah menentang mereka. Lihat saja pada penciptaan alam dan organisma2 yang hidup secara teratur. Betapa besar dan agungnya kuasa Tuhan yang menjadikannya. Tidakkah mereka mahu berfikir?Jawapannya pasti tidak bagi mereka. Sekadar menegakkan benang yang basah semata2 memenuhi kerakusan nafsu mereka sendiri.

بَلِ ٱتَّبَعَ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَهۡوَآءَهُم بِغَيۡرِ عِلۡمٍ۬‌ۖ فَمَن يَہۡدِى مَنۡ أَضَلَّ ٱللَّهُ‌ۖ وَمَا لَهُم مِّن نَّـٰصِرِينَ (٢٩

Orang-orang yang zalim itu (tidak berfikir), bahkan menurut hawa nafsu mereka (melakukan syirik) dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Maka tiada sesiapa yang dapat memberi petunjuk kepada orang yang telah disesatkan oleh Allah (disebabkan bawaannya sendiri) dan tiada pula bagi mereka sesiapa yang dapat menolong melepaskan mereka dari azab.

(Ar Rum, 30:29)

Profesor bertanya pula pada kami, dalam kes Elizabeth Wong (adun PKR yang disebar gambarnya tanpa pakaian) adakah dia yang bersalah atau pihak yang menyebar itu ?Ade juga dua tiga orang yang mengatakan dia tidak salah dimana 2 daripadanya adalah pelajar cina. Dia memberi alasan kerana itu adalah haknya. Profesor menerangkan memang dia tidak bersalah kerana itu adalah hak nya, lingkungan yang dimiliki olehnya maka bebaslah untuk dia mencorakkan bagaimana bentuknya lingkungannya itu. Namun tidakkah kita terfikir bahawa terdapat makhluk lain yang turut berada di dalam lingkungannya itu?dia tidak hidup hanya sendirian meskipun itu adalah lingkungannya sendiri. Ia turut meliputi teman lelakinya, keluarganya bahkan rakyat di sekitar kawasan adun nya. Dan ternyata sebenarnya dia bersalah kerana tidak memikirkan had di dalam mencorakkan ruang lingkup haknya. Tidakkah dia berfikir bahawa akhlak dan moral yang baik sepatutnya ditunjukkan lantaran dia adalah seorang ahli politik yang dikenali rakyat. Kehidupannya yang tanpa had itu ternyata akan memberikan gambaran yang buruk pada rakyat terhadap dirinya sebagai seorang pemimpin.


Inilah yang dikatakan sebagai HAD di dalam HAK. Setiap perkara dalam hidup akan menjadi teratur andai kita tahu batasan hadnya. Dalam pergaulan ada hadnya,berpakaian ada hadnya. Masa kita seharian 24jam juga ada hadnya dimana Allah Ta'ala telah memerintahkan untuk kita menunaikn 5 waktu solat untuk melancarkan lagi perjalanan hidup seharian,hikmahnya bekerja terus-terusan tanpa henti pastinya akan melemahkan kita dan mengundang masalah tekanan dalam jiwa. Begitulah indahnya peraturan Allah Ta'ala, bukti kasih sayangNYa yang Maha Agung terhadap hamba2 dan makhluk ciptaannya. Kehidupan kita sebagai manusia juga mempunyai hadnya, apabila tiba masa yang telah dijanjikan kita semua akan kembali menghadap Ilahi.

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (١٨٥

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al 'Imran, 3:185)





No comments: