Tuesday, February 3, 2009

Tiket ke syurga

Seorang pemuda, ahli amal ibadah datang ke seorang Sufi. Sang pemuda dengan bangganya mengatakan kalau dirinya sudah melakukan amal ibadah wajib, sunnah, baca Al-Qur’an, berkorban untuk orang lain dan kelak harapan satu satunya adalah masuk syurga dengan tumpukan amalnya.
Bahkan sang pemuda tadi malah punya catatan amal baiknya selama ini dalam buku hariannya, dari hari ke hari.
“Saya kira sudah cukup bagus apa yang saya lakukan Tuan…”
“Apa yang sudah anda lakukan?”
“Amal ibadah bekal bagi syurga saya nanti…”

“Kapan anda menciptakan amal ibadah, kok anda merasa punya?”
Pemuda itu diam…lalu berkata,
“Bukankah semua itu hasil jerih payah saya sesuai dengan perintah dan larangan Allah?”
“Siapa yang menggerakkan jerih payah dan usahamu itu?”

“Saya sendiri…hmmm….”
“Jadi kamu mau masuk syurga sendiri dengan amal-amalmu itu?”
“Benar tuan…”
“Saya tidak pasti kamu boleh masuk ke syurga. Kalau pun masuk kamu malah akan tersesat disana…”

Pemuda itu terkejut bukan main atas ungkapan Sang Sufi. Pemuda itu antara marah dan diam, ingin sekali menampar muka sang sufi.
“Mana mungkin di syurga ada yang tersesat. Jangan-jangan tuan ini ikut aliran sesat…” kata pemuda itu menuding Sang Sufi.
“Kamu benar. Tapi sesat bagi syetan, petunjuk bagi saya….”
“Toloong jelaskan…”

“Begini saja, seluruh amalmu itu seandainya ditolak oleh Allah bagaimana?”


“Kenapa?”
“Siapa tahu anda tidak ikhlas dalam menjalankan amal anda?”
“Saya ikhlas, sungguh ikhlas. Bahkan setiap keikhlasan saya masih saya ingat semua…”
“Nah, mana mungkin ada orang yang ikhlas, kalau masih mengingat-ingat amal baiknya? Mana mungkin anda ikhlas kalau anda masih mengagungkankan amal ibadah anda? Mana mungkin anda ikhlas kalau anda sudah merasa puas dengan amal anda sekarang ini?”

Pemuda itu duduk lemah, pikirannya melayang membayang bagaimana soal tersesat di syurga, soal amal yang tidak diterima, soal ikhlas dan tidak ikhlas.
Dalam kondisi setengah kecewa, Sang sufi menepuk bahunya.
“Hai anak muda. Jangan kecewa, jangan putus asa. Kamu cukup istighfar saja. Kalau kamu berjya masuk syurga itu baik pula. Tapi, kalau kamu tidak bertemu dengan Sang Tuan Pemilik dan Pencipta syurga bagaimana? Kan sama dengan orang masuk rumah orang, lalu anda tidak berjumpa dengan tuan rumah, apakah anda seperti orang sengsara atau orang yang bahagia?

“Saya harus bagaimana tuan…?”

“Mulailah menuju Sang Pencipta syurga, maka seluruh nikmatnya akan diberikan kepadamu. Amalmu bukan tiket ke syurga. Tapi ikhlasmu dalam beramal merupakan wadah bagi ridho dan rahmat-Nya, yang menarik dirimu masuk ke dalamnya…”

Pemuda itu semakin pening antara tahu dan tidak.

“Begini saja, anak muda. Mana mungkin syurga tanpa Allah, mana mungkin neraka bersama Allah"


____________________________________________________________________________________

~secebis kisah yang dipetik dari sebuah blog yang ana dah xingat namanya.wallahu'alam bisswab.

ape yg ana boleh simpulkan dr kisah ini adalah untuk kite sentiasa muhasabah...hatta dalam keadaan kite melakukan ketaatan sekalipun belum menjamin untuk sampai amalan itu pada Allah Ta'ala.

Kisah diatas adalah sangat berkaitan dengan perkara 'ghurur' yang telah dibahaskan oleh Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali dalam kitab masyhur karangn beliau iaitu Ihya' Ulumiddin, Dalam bab ghurur telah diterangkan bahawa ia adalah golongan mereka2 yang menyangka bahawa jalan yang mereka lalui adalah jalan yang menuju Ilahi padahal mereka telah tertipu oleh tipu daya syaitan yang menimbulkan rasa sudah baik dan bagus lantaran amalan yang telah mereka perbuat.

(ana pun baru tau ni,syukran pada sahabat ana ukhti Illi yg mmberi ana assignment mencari tentang ghurur ni..hehe)

Orang kafir dan para munafik adalah sebagian contoh dari sekian banyak contoh korban sifat ghurur. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ قَالُوا بَلَى وَلَكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّى جَاءَ أَمْرُ اللهِ وَغَرَّكُمْ بِاللهِ الْغَرُورُ
“Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: ‘Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?’ Mereka menjawab: 'Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (setan) yang amat penipu’.” (Al-Hadid: 14)


Untuk mengetahui dengan lebih mendalam eloklah dipelajari dengan mereka yang arif, apa yang ana timbulkan disini hanyalah sekadar pengertian secara mudah. Ana pun berazam untuk mendalami kitab Ihya' Ulumiddin ni nanti...insyaAllah.

Apa yang penting adalah seimbangkan setiap amalan kita dengan keikhlasan semata2 kerana Allah Ta'ala. Janganlah kita beribadat sekadar nya untuk mengelakkn diri daripada azabnya atau beramal sebanyaknya dgn harapan mmperoleh syurga tanpa mendasarkan kepada Allah Ta'ala.

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu.” (Asy-Syams: 9)



Oleh itu sentiasalah kita berwasapada pada segala tipudaya syaitan dengan menanamkan sungguh2 kecintaan,ketakutan dan pengharapan yang sebenar2nya hanya pada Allah Ta'ala.

2 comments:

geniusdaily said...

kisah yg sgt menarik..letakkan watak pemuda itu k dlm diri kita..

An-najua said...

insyaAllah...syukran atas respon saudara..sama2 kite beramal untuk menuju redha Allah Ta'ala..ila mardhatILLAH..

:)